Memang ada benarnya kerja-kerja di rumah takkan pernah habis. Isteri akan mudah ‘burnout’ apabila kepenatan dalam menguruskan rumahtangga dan anak-anak. Sebenarnya suami yang baik dan bertanggungjawab, akan turut sama membantu isteri melakukan kerja rumah disamping membelikan gajet yang bersesuaian dalam menyenangkan lagi urusan rumahtangga.
Baca perkongsian daripada Mohd Yazid Ismail ini sebagai panduan;
Burnout isteri boleh mencetuskan gelombang kehancuran. Suami kena tolong kawal.
Si suami bukan tak mengalami burnout, ada tapi threshold lelaki agak tinggi. Susah nak trigger burnout.
Saya pernah tengok isteri kemurungan satu hari sebab baju yang disidai ditimpa hujan. Burnout. Padahal benda biasalah tu. Hujan nak buat macam mana.
Cara Suami Bantu Kurangkan Penat Isteri
Bila diperhatikan, isteri mudah burnout ketika penat.
Cara saya untuk mengurangkan kepenatan isteri ialah dengan belikan gadjet yang memudahkan kerja-kerja rumah.
Walaupun dulu saya tak banyak income, tapi tetap megutamakan perbelanjaan yang dapat memudahkan urusan rumahtangga. Perbelanjaan untuk diri sendiri dikurangkan demi perbelanjaan rumah.
Saya sanggup bersusah-payah berjimat naik motor untuk urusan bisnes supaya dapat kurangkan kos minyak dan tol.
Bila cukup duit, saya belikan dryer supaya tak perlu sidai baju. Dah tak risau hujan.
Belikan steam iron supaya tak penat iron baju. Cepat siap. Tak ada risiko baju terbakar.
Belikan cordless vacuum, sangat menyenangkan kerja. Kami beli masa cordless vacuum masih belum ramai orang guna.
Belikan Thermomix supaya boleh masak secara santai. Tak penat.
Kalau dia minta izin nak beli apa-apa peralatan rumah, saya selalu setuju dan bagi kad bank saya. Dia memang buat research dulu kalau nak beli apa-apa.
Dulu dia bekerja sebagai pensyarah dan menghadapi sedikit burnout di tempat kerja. Masa balik kerja selalu menangis dalam kereta. Tahun 2016 dia nak berhenti kerja, saya menyokong keputusan yang dipilih. Keputusan yang berat baginya tapi terpaksa sebab beberapa faktor.
Sampai sekarang dia jadi surirumah sambil buat bisnes.
Belanjakan Duit Untuk Keluarga
Alhamdulillah saya yakin duit yang dibelanjakan untuk keluarga akan dapat ganjaran yang besar dan akan dimurahkan rezeki. Rasulullah ﷺ bersabda:
“Duit yang kamu belanjakan di jalan Allah dan duit yang kamu berikan kepada hamba (untuk membebaskan) dan duit yang kamu sedekahkan kepada orang miskin serta duit yang kamu sedekahkan kepada keluargamu. Maka yang paling besar ganjaran pahalanya adalah yang kamu sedekahkan kepada keluargamu”. [Riwayat Muslim (995)]
Ada sesetengah suami agak berkira dengan isteri dan anak. Hanya selesaikan apa yang wajib. Duit yang lebih dihabiskan untuk diri sendiri, hobi dan kawan-kawan. Kononnya untuk reward diri. Rugi hidup lelaki macam ni sebab tak ambil lebih banyak peluang untuk dapatkan ganjaran yang besar bila berbelanja untuk keluarga.
Mohd Yazid Ismail
Ayah 6 orang anak
Mesti Baca:Ringankan Tugas Isteri, Suami Ini ‘Rekemen’ Hadiahkan Sebiji Mesin Dryer!
Baca Lagi Di Sini:Lepas Viral ‘Beli Dryer Ibarat Hadiahkan Bibik Elektrik Kepada Isteri’, Lelaki Ini Jawab Pro & Cons Bila Setahun Pakai
Artikel Menarik:Isteri MANJA Pun Boleh Jadi ‘Singa’ Kalau Semua Urusan Rumah Dia Buat, Hargailah Pengorbanannya!
Mingguan Wanita: Ada benarnya, isteri mudah burnout bila penat. Suami yang bertanggungjawab dapat bantu kurangkan kepenatan isteri dalam menguruskan kerja-kerja rumah dengan membelikan gajet yang mampu memudahkan urusan rumahtangga.
Sumber: Mohd Yazid Ismail
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI