Isteri Mintalah Masa REHAT, Suami Bukan Tidak Prihatin Tapi Akalnya Kena Diingatkan!

Share

Setiap hari kerja rumah tak pernah habis. Ada saja yang perlu dibereskan, lebih-lebih lagi bila anak-anak sedang membesar. Memang tak ada masa rehat dibuatnya. Baru saja nak duduk, anak terjerit minta itu dan ini.

Kadang-kadang masa rehat isteri pun tak cukup. Lepas kerja di dapur, fikir nak jemur baju, sapu sampahm bagi anak makan dan sebagainya. Kalau suami isteri yang tak faham, memang akan tengok dengan ekor mata saja.

Sebab itulah bila masa rehat isteri tak ada badan penat dengan kerja rumah, mulalah rasa stres, nak marah dan ada saja yang tak kena. Semuanya tak sempat untuk lepaskan lelah.

Jangan ingat isteri ini mampu, boleh lakukan kerja rumah tanpa henti. Boleh burnout juga. Malah, isteri kenalah minta masa rehat untuk diri sendiri.

Tak salah opun beberitahu suami yabg isteri perlukan rehat. Dapat jaga anak seketika dan isteri tidur dalam tempoh 15 minit pun dah cukup.

Bagi suami yang faham, tak perlu cakap pun nak masa rehat, dengan sendirinya dia minta isteri berehat. Tapi bagi suami yang tak faham dan kena ingatkan, isteri kenalah beritahu. Jangan pendam sampai makan diri.

Pendapat Afifah Shaari dalam perkongsian memang betul terutama suami yang kena perlu ingatkan. Minta masa rehat pada suami dalam sama-sama uruskan hal rumahtangga.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Bila Rasa Sensory Overload, Mak-Mak Ambil Masa Berehat. Bimbang Risiko Kemurungan

Asal Naik Kereta Mesti Tidur, Waktu Itulah Sebenarnya Isteri Sedang Berehat

Info Lebih Menarik DI SINI

Masa Rehat, Minta Dari Suami

Masa mencemburui kita.

Dari pagi hingga ke malam. Kita sibuk menguruskan keluarga.

“Pah, butang baju aku mana pah?”

Tanya si suami dari besar hinggalah sekecil-kecil perkara.

Belum lagi rengekan anak-anak minta dimanjakan.

Membontoti ke mana sahaja.

Ibu ke dapur mereka kecahkan dapur. Bila ibu ke ruang tamu, mereka bermain girang sambil mengalihkan barang. Masa ibu ke tandas, mereka setia menunggu sambil mengetuk pintu. Nak membuang boleh hilang rasa jadinya.

Belum masuk episod menjaga keluarga ketika sakit. Ada yang termuntah, terkucil di mana sahaja. Atas katil, sofa atau karpet. Semua perlu dibersihkan. Selesaikan waktu itu juga.

“Itukan semua Allah ganjari pahala? Usah diungkit. Hadapi sahaja.”

“Iya. Namun, kita manusia biasa. Bila lelah menguasai. Rasa ingin ditinggal lari.”

Suami, Ambil Masa Isteri

Isteri.
Mintalah masa dari suamimu.

Mengadulah lelahmu dengan penuh syahdu.

Mintalah bantuan. Jangan ragu.

“Abang, saya nak solat. Tolong tengokkan anak ya.”

Ambillah masa untuk isteri solat dengan tenang ketika suami berada di rumah. Kerana ketika suami keluar bekerja mungkin solatnya di hujung waktu atau mungkin solatnya laju-laju.

Mungkin sujudnya lama kerana menjadi kuda si anak. Pilu hatinya. Solat kurang sempurna.
“Abang, saya nak baca al-quran. Tolong tidurkan anak ya.”

Mintalah juga.

Membasahkan lidah dengan kalam Allah. Tanda zikir mengingati Tuhan yang Maha Mencintai. Semoga kembali subur cinta dan kasih pada keluarga. Semoga segar keikhlasan berbakti demi Tuhan.

Jangan kau sangka hatimu kuat. Berbakti takkan lelah. Demi cinta suami dan anak-anak.
Nanti tangismu menjadi-jadi. Hatimu resah gelisah. Penatmu bertambah-tambah.

Duhai isteri. Mintalah masa dari suamimu. Untuk dirimu bersenang-senang dengan Allah. Kerana kita berjuang untuk kembali kepadaNya. Bukan menjadi hamba rumah tangga.
Tunggu!

Renungkan sekejap.

Di mana kita?

Adakah suami isteri sedang beriringan meraih kasih sayang Allah. Berjuang bersama menghadapi tanggungjawab rumahtangga. Atau isteri sedang kuat menahan rasa. Ingin lari dari kepenatan?

Suami bukanlah manusia zalim. Bukan tidak prihatin. Cuma akalnya perlu diingatkan.
Mintalah untuk dirimu. Duhai isteri. Masa yang kamu perlukan.

#ilmubinabahagia

Mingguan Wanita : Jangan rasa diri kita kuat untuk buat semuanya, berikan sedikit untuk suami itu berkongsi rasa uruskan rumahtangga juga. Barulah tahu tanggungjawab masing-masing.

Sumber: Afifah Shaari

Bangkit Wanita Mingguan Wanita

Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan

https://t.me/bangkitwanitaMW

Antara kursus-kursus asas yang dijangka mampu melahirkan peserta yang berkemahiran dan boleh terus dipraktik dalam perniagaan ialah:

JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti.

( https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )

Cookies Viral Legend. Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak.

( https://toko.ideaktiv.com/product/cookies-viral-legend-jual-cookies-paling-masyuk/ )

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora