Kekeluargaan

Isteri Merajuk, Diam, Marah, Suami Pergilah Pujuk, Bukan Jauhkan Diri

Share

Isteri merajuk, diam, marah, suami pergilah pujuk, bukan jauhkan diri. Wanita bergelar isteri memang ‘complicated dan sukar difahami kemahuannya. Suami perlulah lebih bijak memainkan peranan, memahami gaya bahasa badan dan riak wajah isteri.

Isteri Bila Merajuk, Diam, Marah, Suami Pergilah Pujuk, Bukan Jauhkan Diri

Seringkali apa yang diluahkan tak seiring dengan perkara sebenar yang dimahukan. Ketika isteri terasa hati, berdiam diri, merajuk dan marah bukanlah bermakna suami perlu ‘angkat kaki’, menjauhkan diri mahupun buat tak tahu sahaja. Dalam situasi begini, sebenarnya isteri memerlukan ‘lebih’perhatian dan pujukan daripada suami tersayang.

Untuk fahami lebih lanjut jemput baca perkongsian Puan Intan Dzulkefli ini sebagai panduan;

Isteri diam. Isteri merajuk. Isteri marah. Bukan bermakna suami perlu menjauhkan diri. Tindakan begitu hanya membuat dia bertambah sedih dan sakit hati.

Adakalanya bila isteri berkata, “Dah pergi! Leave me alone!” itu maksudnya suami perlu lebih-lebih lagi duduk di sisi, peluk, pujuk. Atau kadang cuma perlu pegang tangannya tanpa perlu kata apa-apa. Bukannya keluar meninggalkan isteri terkontang kanting sendirian.

Begitu juga apabila isteri mengamuk, menjerit berkata benci. Bukanlah bermakna dia betul-betul benci melainkan hatinya terluka kerana perbuatan atau ucapan si suami.

Suami, kalau kata setahun pertama perkahwinan bolehlah beri alasan masih tak mengerti bahasa badan, bahasa wajah pasangan. Namun, bukanlah bermakna kalian selamanya perlu buta mata, buta hati dalam mengenali sifat dan peribadi isteri.

Jangan pernah jemu. Jangan putus asa. Ambil masa untuk belajar mengenali isteri. Usaha itu wajib ada.

Apa yang dibencinya jauh-jauhkanlah. Apa yang disukainya selalulah dilakukan.

Ya, isteri memang makhluk complicated. Namun, sebagai makhluk yang fitrahnya untuk membimbing, melindungi dan mencintai kaum wanita, seharusnya suami tidak mudah rasa putus asa menangani emosi dan tingkah isterinya.

Memikat hati wanita ini bukan setakat waktu sebelum dia menjadi isteri, setelah dimiliki, dibuat seperti hal yang tiada harga.

Bahkan sepatutnya setelah menjadi isteri perlu dilipat gandakan usaha untuk memikat hatinya. Kerana dia adalah isteri, suatu perhubungan yang diiktiraf di sisi Allah. Segala perbuatan yang diniatkan untuk menggembirakan isteri adalah pahala belaka, bahkan termasuk dalam nafkah batin sebenarnya.

Rumah tangga yang terbaik ialah apabila kita jatuh cinta berkali-kali dengan orang sama.

Lebih bagus kalau setiap hari! Kalau tidak, masakan ada pepatah berkata, happy wife, happy life? Ye tak?

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan dijadikan panduan buat suami dalam lebih memahami isteri. Penting belajar ‘kenali’ isteri, jika ingin bahagia dan harmoni dalam rumahtangga.

Sumber: Intan Dzulkefli

Baca artikel lain juga: Suami Nak Hargai Isteri Mudah Saja, Singsing Lengan Baju, Tolong Buat Kerja Rumah

Isteri Tak Sanggup Bermadu, Suami Walaupun Mampu, Jangan  Tambah Cawangan  Sebab Nafsu

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

“Saya turunkan ego saya…

Kakak Hello Kitty. Usahawan ini pernah bercerai dan ramai mengaitkan perceraiannya kerana suami dipaksa pakai baju Hello Kitty.

Mesra disapa Na, mengakui perceraian selama 23 hari dengan suami membuatkan diri dan hatinya tidak kuat. Perlu melakukan kerja-kerja rumah yang selama ini dibantu suaminya, Mohd Afizi.

Dan kerana itulah dirinya mengambil peluang kedua diberi Allah dan mereka kembali rujuk demi anak-anak serta menurunkan ego masing-masing demi membina keluarga bahagia.

Ikuti video penuh kisah suka duka pasangan ini yang memilih peluang kedua dalam kehidupan mereka dalam Sembang Wanita Xtra di saluran YouTube MW.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Published by
Has