Isteri Merajuk Belum Tentu Suami Nak Pujuk, Usah Dilayan Perkara Remeh, Ciptalah Bahagia

Share

Masa bercinta dulu-dulu, kalau isteri merajuk, cepat-cepat dia pujuk. Maklumlah sayang punya pasal. Kadang-kadang tak ada sebab pun, saja nak acah-acah manja.

Bila sudah berkahwin, lain pula ceritanya. Isteri merajuk sampai pujuk hati sendiiri. Suami mulalah buat tak tahu dan tak kisah pun.

Beza betul, merajuk sebelum kahwin dan selepas kahwin. Begitulah, sebelum dapat sanggup buat apa saja. Bila dah jadi hak milik lain pula ceritanya.

Walau bagaimanapun, masa awal-awal dan masih muda lagi boleh saja isteri nak merajuk. Tapi bila dah bertahun kahwin dan kenal hati budi, tiada lagi istilah merajuk. Pujuk diri sendiri. Jangan dilayan pun perasaan itu.

Setakat sekali dua isteri merajuk masih boleh dilayan tapi kalau dah terlalu kerap, boleh naik bosan juga pasangan nak pujuk. Bimbang nanti isteri pula yang makan hati, lagi teruk pasangan mula jauhkan diri.

Nak merajuk kena pada tempatnya, bukan saja-saja buat sampaikan suami pun naik rimas nak pujuk. Perkongsian daripada PUAN DIYANA TAHIR, Pakar Perhubungan & Keintiman, Ehati International Sdn Bhd harus diambil kira oleh isteri supaya tidak mengharapkan diri untuk dipujuk, sebaliknya ciptalah bahagia cara kita.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Mak Kena PUJUK Diri Dulu, Barulah Hati Lebih Tenang Dan Tak Cepat Marah

Bila Isteri Tengah Marah, Tak Perlu Pujuk. Cukup Dengan PELUK Saja

Info Lebih Menarik DI SINI

Isteri Merajuk, Usah Harap Suami Pujuk

Dalam perkahwinan, memang ada pasang surutnya. Kadang-kadang, ada yang bergaduh-gaduh manja, merajuk-rajuk manja. Ada pula yang merajuk macam tiada esok harinya lagi. Merajuk lama-lama sebab suami tak pujuk. Semuanya suami yang kena pujuk. Kalau beginilah keadaan, percayalah suami pun akan lari daripada anda. Suami rasa rimas apabila isteri asyik meminta-minta untuk dipujuk.

Tidak salah kalau nak merajuk. Mungkin anda tak sedar ketika anda merajuk, ada beberapa perkara akan berlaku. Terlalu berharap kepada suami untuk faham apa yang anda rasa dan mencari solusi kepada perasaan anda itu.

Wahai isteri, ketahuilah suami anda tak ada superpower nak baca fikiran anda. Anda terlalu mengharapkan suami untuk bantu anda settle emosi anda, tapi ini sebenarnya hanya akan membuatkan suami semakin menjauh.

Bila suami menjauh, anda pun nak menjauhkan diri juga daripada suami. Sebab apa? Sebab emosi anda masih tak settle lagi. Nampak je suami, mula lah nak rasa benci, meluat tengok suami sedangkan lelaki itu juga lah yang anda pilih untuk bersama dengan anda hingga ke hari tua. Perkara yang paling merisaukan adalah apabila hubungan intim pun menjadi semakin hambar kerana masing-masing melayan perasaan dan tidak mahu mengalah.

Situasi inilah yang akan menciptakan ruang kosong di dalam hubungan anda. Kekosongan itu akan dirasai sama ada oleh anda ataupun suami anda. Kekosongan ini juga lah yang akan membawa kepada hadirnya orang ketiga di dalam hubungan. Apabila suami mula memberi perhatian kepada wanita lain, hubungan anda menjadi semakin retak. Percayalah tindakan andalah yang telah mencipta lubang di dalam hubungan anda.

Perkara ini lebih dikenali sebagai triggering point di dalam hubungan. Perkara inilah yang ramai pasangan buat tanpa sedar kerana mereka sendiri pun tidak tahu tindakan mereka sebenarnya dah trigger pasangan mereka. Bila anda asyik merajuk dengan suami, anda sebenarnya mencabar ego suami dalam diam. Ramai wanita bila mereka merajuk, tanpa sedar mereka akan mengeluarkan kata-kata beracun terhadap suami kerana mereka sakit.

Ada beberapa perkara yang menyebabkan mereka rasa sakit dan sukar nak keluar dari perasaan tu. Perkongsian kali ini saya ingin mengupas isu yang mungkin ramai wanita di luar sana boleh ambil sebagai iktibar. Sekiranya anda seorang yang suka merajuk tanpa henti, teruskan membaca apa yang anda harus berhenti lakukan!

Berhenti drama merajuk membatukan diri

Membatukan diri atau lebih dikenali sebagai silent treatment adalah perkara yang sering wanita lakukan bila mereka merajuk. Mungkin bagi anda mendiamkan diri adalah cara terbaik untuk kurangkan pergaduhan antara anda dan pasangan. Tapi sedarlah, ini juga boleh mencetuskan kemarahan pasangan. Anda diam merajuk dengan harapan nak sembunyikan perasaan anda sedangkan lain pula yang difikirkan suami anda.

Bila anda memberikan silent treatment kepada suami, anda sebenarnya menyakitkan diri anda sendiri. Ia bukan cara terbaik untuk anda mengelak daripada terus disakiti. Ada pula sesetengah isteri merajuk hanya kerana dia tak dapat apa yang diinginkan daripada suaminya. Bila tak dapat je, merajuk adalah jawapannya. Itu salah. Anda hanya memberi lebih pressure kepada suami anda.

Dalam tak sedar, action anda terhadap suami juga akan mempengaruhi dirinya. Anda mungkin dapat mendiamkan diri. Tapi melalui perbuatan anda terhadap suami, suami dapat tangkap ada sesuatu tak kena.

Berhenti hidup dalam denial

Perkara kedua yang anda perlu berhenti lakukan adalah untuk berhenti hidup di dalam denial. Bila anda merajuk, anda susah nak mengaku bersalah dengan apa yang berlaku. Anda nak defend diri anda daripada terus disakiti. Ada saja benda yang anda rasa tak puas hati terhadap suami. Sedangkan, masalah kadang-kadang datangnya daripada diri anda sendiri.

Anda tak nak menyalahkan diri anda dan anda mula nak menyalahkan orang lain. Bila merajuk, anda lebih cenderung untuk melakukan perkara ini. Ye lah, pernah ada ke orang yang merajuk dengan suami sebab salah diri dia sendiri? Bagi saya, orang yang merajuk itulah yang sebenarnya menyalahkan orang di sekelilingnya.

Inilah sikap denial yang kerap para isteri lakukan. Mungkin sebahagian daripadanya berpunca daripada suami anda. Tapi sebelum anda merajuk memanjang, tanya pada diri anda terlebih dahulu, adakah anda ada membuat sebarang kesilapan hingga membuatkan suami anda mula buat perangai ? Jangan terus nak defend diri kerana menganggap kesalahan itu 100% adalah kesalahan suami.

Suami akan rasa rimas bila anda asyik meletakkan salah kepada dirinya sahaja setiap kali anda nak merajuk. Semuanya salah suami dan anda pula perasan suci tanpa sebarang dosa dalam perkahwinan ni. Bila suami rimas, ada possibility untuk suami mencari ketenangan di tempat lain. Perkara inilah yang kita perlu elak.

Urus emosi dan berkomunikasi secara bijak bersama pasangan

Untuk mengelak perkara di atas terus berlaku di dalam rumahtangga anda, anda harus mula mencari ilmu bagaimana untuk merawat hati, mengurus emosi dan berkomunikasi secara bijak untuk menjemput bahagia kembali di dalam rumahtangga anda. Urus emosi yang menyebabkan anda merajuk tu tanpa perlu bergantung kepada suami sahaja.

Elak Gaduh, Cipta Bahagia

Cipta bahagia anda sendiri kerana anda kehilangannya semasa anda meletakkan harapan kepada suami untuk pujuk anda. Bila anda merajuk, anda sebenarnya telah memberi kunci kebahagiaan anda kepada suami anda. Anda terlalu mengharapkan suami untuk bantu anda settle emosi anda.

Ramai wanita, bila mereka dah berkahwin, mereka lupa diri mereka yang dahulu. Sebab apa? Sebab mereka terlalu bergantung kepada suami dan anak anak mereka sehingga mereka melepaskan apa yang membahagiakan mereka dahulu.

Perkara penting di dalam hubungan antara pasangan adalah komunikasi yang jelas. Tanpanya, banyak perkara yang akan menjadi penghalang untuk anda capai bahagia bersama suami anda. Mungkin ada yang memandang remeh tentang komunikasi ni. Tapi, ini juga adalah salah satu kunci kepada keharmonian rumah tangga.

Tapi, jangan terus berkomunikasi dengan perasaan yang masih belum settle. Anda hanya akan mengeruhkan keadaan. Cari apa yang boleh bantu anda settle emosi anda terlebih dahulu dan bila anda dah tenangkan diri anda, start untuk berkomunikasi dengan suami anda. Teknik telling the truth adalah cara yang paling baik untuk anda baiki hubungan anda bersama pasangan.

Mungkin ramai yang berpendapat teknik telling the truth sangat mudah. Tapi, ada perkara yang anda perlu elak bila nak amalkan teknik ni. Teknik ini tak akan berjaya kalau anda menyalahkan pasangan anda sahaja. Ini hanya akan membawa kepada pergaduhan yang lebih besar lagi.

Jadi, amalkan teknik ni secara jujur dan tenang tanpa perlu menyalahkan siapa-siapa. Katakan kepada suami apa yang menyakitkan anda dan apa yang anda nak di dalam hubungan anda bersama suami. Ingat, jangan pernah salahkan suami kalau nak berkomunikasi dengannya. Anda hanya akan trigger suami okay.

Jangan lakukannya hanya sekali dan jangan rasa sedih bila suami tak memberi respon. Apa yang penting adalah diri anda. Anda dah melepaskan emosi anda tu dan boleh fokus kepada benda lain. Anda akan dapat rasa ketenangan hati bila dah let go. Bermula dari sinilah, anda boleh menjemput bahagia.

Mingguan Wanita : Mungkin awal-awal perkahwinan bolehlah nak merajuk bagai. Tapi bila dah ada anak, tak perlu nak layan semua tu, buat rugi masa saja!

Bangkit Wanita Mingguan Wanita

Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan

https://t.me/bangkitwanitaMW

Antara kursus-kursus asas yang dijangka mampu melahirkan peserta yang berkemahiran dan boleh terus dipraktik dalam perniagaan ialah:
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti.

( https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )

Cookies Viral Legend. Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak.

( https://toko.ideaktiv.com/product/cookies-viral-legend-jual-cookies-paling-masyuk/ )

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora