Perkara yang selalu diceritakan bila berlaku kematian pada pasangan terutamanya suami tentulah tentang pembahagian pusaka. Tak kisah banyak atau sedikit, ia perlu supaya tidak berlaku persengketaan antara keluarga.
Pembahagian pusaka untuk balu, anak dan mak ayah si mati mengikut ketetapan. Banyak atau sedikit, itulah yang perlu dilakukan. Melainkan ia diselesaikan dengan cara baik bila hali keluargamenyerahkan segalanya pada si balu.
Itu berkenaan pembahagian harta bagi suami meninggal. Bagaimana pula bila isteri meninggal. Inilah yang jarang diceritakan dan dikupaskan. Sebenarnya, ada caranya juga tnetnag pembahagiaan pusaka ini.
Ikuti apa yang dikongsikan oleh Ustaz MOHD KHUSAIRI SALEH ini.
Selalu duk bagi contoh suami je meninggal. Ingat isteri tak meninggal ke? Jadi isteri kenalah jugak hibah untuk suami.
“Ustaz, isteri saya meninggal, tinggal saya suami, anak perempuan tunggal dan ayah mak.
Macam mana pembahagian pusaka isteri?”
Ads
Saya jawab:
Semua tu adalah waris isteri. Suami 1/4 = 3/12 Anak P 1/2 = 6/12 Ayah 1/6 = 2/12 Mak 1/6 = 2/12
Ini kadar setiap waris mengikut pengiraan asal.
Tapi bila dijumlahkan, ia jadi 13/12.
Dalam faraid, kes begini dipanggil AUL
Jadi kena laraskan semula jadi begini ye…
Suami 3/13 Anak P 6/13 Ayah 2/13 Mak 2/13
Kalau contoh nak bahagi duit, duit tu kena bahagi dengan 13. Jangan bahagi 12, nanti ada yang mengamuk, sebab tak cukup..
Walaupun si mati hanya ada anak perempuan sahaja dan ada ayah, tidak bermakna ayah dapat 1/6 + Asobah. Lainlah kalau yang mati tu suami. Akan ada lebihan asobah untuk ayah.
Ads
Jadi ayah hanya dapat 1/6 sahaja. Tu pun dah jadi AUL. Bila berlakunya agihan sebenarnya ayah dapat kurang lagi daripada 1/6.
Jika isteri meninggal dan ada 2 anak lelaki, 1 anak perempuan. Adakah mak ayah dapat bahagian?
Jawapan:
Masih dapat. Mak ayah ini waris utama yang tidak akan terhalang samasekali drpd menerima pusaka, walaupun simati ada anak ramai mana sekali pun.
Suami 1/4 = 3/12 Ayah 1/6 = 2/12 Mak 1/6 = 2/12
Baki 5/12 untuk anak-anak Anak Lelaki : 2/12 seorang Anak Perempuan: 1/12
Mingguan Wanita : Sekurangnya ayah gunakan duit untuk besarkan anak. Tapi, jangan pula untuk kahwin lain. Awas!
Apakah ‘AUL
‘Aul merupakan salah satu kaedah yang unik dalam ilmu faraid yang mana melalui kaedah ini seseorang waris akan menerima kurang daripada apa yang patut diperolehinya. Ia berlaku dengan bertambahnya angka pembawah dan melalui pertambahan ini akan mengurangkan kadar bahagian waris-waris yang asalnya mendapat bahagian yang lebih banyak.
Kaedah ‘aul bertujuan untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan bahagian waris fardu yang mana setiap waris fardu berhak mendapat bahagian masing-masing dan tidak boleh dikurangkan bahagian mereka.
Walau bagaimanapun, dalam keadaan tertentu jika dibahagikan mengikut bahagian masing-masing, harta yang ada tidak akan dapat dibahagikan kepada semua waris fardu yang terlibat.
Masalah ‘aul hanya terjadi kepada waris fardu sahaja dan tidak melibatkan waris asobah. Ini kerana waris asobah hanya menerima baki sahaja. Tiada bahagian untuk asobah jika tiada baki.
Suami beri hadiah. Saat yang pasti cukup membahagiakan buat isteri bila suami menghadiahkan sesuatu istimewa sebagai menghargai pengorbanan isteri. Tak kiralah hadiah untuk ulangtahun perkahwinan, kelahiran dan sebagainya.
Tapi, bila ribut melanda, hadiah-hadiah untuk isteri dijadikan taruhan, gaduh atau perselisihan faham, mulalah suami ‘buruk siku’ minta kembalikan hadiah yang diberi itu. Kalau isteri yang malas nak layan, dia beri balik, geram punya pasal.
Sebenarnya, kalau suami beri hadiah, jangan sesekali minta balik sebab hukumnya haram. Fahami perkongsian daripada Ustaz Azhar Idrus ini.
Suami Bberi hadiah isterieri Hadiah, Haram Minta Balik
Satu perkongsian dalam ceramah okeh Ustaz Azhar Idrus, ada penonton mengemukakan soalan tentang suami beri hadiah pada isteri dan minta kembalikan semula.
Soalan: Apakah hukumnya, suami beli hadiah dan berikan pada isteri. Contohnya, telefon, barang kemas dan sebagainya. Selepas beberapa tahun, suami beri hadiah yang sama dan beri pada isteri. Masalahnya, dia minta diplangkan kembali hadiah yang diberi sebelum ini.
Jawapan:
Menjawab kepada persoalan ini. Jika suami bero pada isteri bukannya pinjam, ia seperti memberi hibah, haram hukumnya jika diambil semula.
Kecuali barang yang diminta untuk pulangkan semula adalah pemberian dari seorang ayah kepada anak. Ayah boleh ambil dan minta kembali daripada anaknya dengan nas hadis yang sahih. Tapi kalau beri pada isteri dan minta balik. Haram.
Waima, kalau bergaduh dan suami minta balik, siteri sanggup kembalikan sekadar untuk meredakan perbalahan, hukumnya tetap haram kerana ia sudah jadi milik isteri.
Nak Ambil Balik, Cakap Bagi Pinjam
Apa pun kalau ada suami yang bercadang untuk minta balik, semasa pemberian kena beritahu bagi pinjam rantai atau telefon, barulah boleh ambil balik.
Kes seperti in isama juga dengan yang berlaku ketika bertunang. Dalam majlis bertunang, lelaki akan hadiahkan cincin pada tunang. Apabila berlaku putus tunang, mulalah minta balik. Haram hukumnya. Masalah ini banyak berlaki dan minta dipulangkan balik sebagai simbolik ‘putus tunang’.
Sebenarnya, boleh saja minta balik bila berlaku putus tunang, dengan membuat syarat semasa majlis iaitu jika pasangan ini tidak berjaya teruskan hingga perkahwinan, barang ini hendaklah dipulangkan kembali, Ini pun atas persetujuan bersama.
Mingguan Wanita : Faham betul ye para suami. Dahlah buruk siku. Haram hukumnya kalau minta balik.
Bila sudah berkahwin, pasanganlah orang yang paling dekat dan terbaik dalam meminta dan memberi nasihat. Tak kiralah suami mahu pun isteri, sebab masing-masinglah orang yang tahu dan memahami apa yang dialami oleh pasangan. Boleh kata susah senang bersama.
Walau bagaimanapun, ada juga pasangan terutamanya suami merasakan nasihat isteri ini tidak ‘sesuai’ dan lebih suka mendengar nasihat daripada orang yang tidak ada kena mengena. Bukan bermaksud, sahabat atau orang yang dikenali itu tidak boleh dipercayai ye!
Sebenarnya, nasihat isterilah yang patut suami dengar dan apa yang dikatakan itu adalah dari hati. Seperti apa yang dikongsikan oleh Liyana AuraRich ini, suami lebih suka dengar nasihat orang lain. Walhal isterilah orang yang paling dipercayai dan paling dekat dengan suami. Kena ingat tu…
Kenapa kena dengar nasihat isteri lebih dari orang lain?
Kerana nasihat seorang isteri adalah satu-satunya nasihat yang tepat, betul dan sesuai dengan suami. Tiada yang lebih mengenali suami melainkan isterinya.
Bahkan lebih kenal daripada mak sendiri !
Buruk baik diri suami, isteri sahaja yang tahu. Dia hadap setiap hari 1001 kelakuan kita tanpa mengeluh. Walaupun dia nampak kelemahan kita tapi masih tetap setia dengan kita.
Patah perkataan yang keluar dari mulut isteri tak lain tak bukan hanya untuk kebaikan keluarga sendiri. Ini confirm!
Isteri Penasihat Terbaik
Dengarlah kawan-kawan bila isteri masih ada hati memberi nasihat. Di saat isteri dah tak ada hati nak bagi nasihat, nescaya kita dah tersangat rugi.
Kita baru kehilangan “Penasihat” terbaik yang telah di cipta untuk kita !
Tidak ada yang lebih baik memberi nasihat daripada isteri bahkan lebih baik dari nasihat mak ayah kerana ada mak ayah tak berapa kenal pun anak dia yang dah dewasa.
Tiada yang lebih jujur memberi nasihat daripada isteri bahkan adik beradik sekalipun ada masa tak sampai hati nak tegur takut kita berkecil hati.
Malah, tiada yang lebih tepat memberi nasihat berbanding isteri bahkan kawan-kawan sekali pun akan berat sebelah sebab mereka pasti utamakan keluarga mereka dahulu.
Paling Ikhlas
Dengan orang lain kita boleh berlakon tapi dengan isteri tidak. Dia tahu semuanya. Dari busuknya bau kentut kita sampai la ke busuknya perangai kita, semua dia dah hadap!
Tak usah bangga sangat kalau ada kawan-kawan duk puji kita baik, rajin, dan puji kita ni calon suami mithali kononnya.
Selagi kata pujian ni tak keluar dari mulut isteri sendiri, maknanya pujian tu tak 100 peratus benar!
Tiada yang lebih ikhlas puji suami sendiri melainkan isterinya.
Oleh itu, nasihat saya kalau nak dapatkan nasihat yang paling ikhlas dan paling berniat baik orang pertama yang anda kena cari ialah isteri sendiri.
Wallahu A’lam.
MW: Betul tu, isterilah orang yang tepat nak beri nasihat. Walaupun kadang-kadang suami kena ‘tadah’ telinga dengar bebelan tu. Tapi itulah yang sebenar-benarnya.
Menjadi doa dan harapan bagi setiap orang agar dipermudahkan segala urusan serta diberi kesenangan dengan rezeki yang melimpah ruah didalam kehidupan. Salah satu cara untuk menjemput rezeki yang luas dan datang tanpa putus adalah dengan mengamalkan Surah Al Waqiah yang juga dikenali sebagai Surah Kekayaan.
Al Waqiah bermaksud kiamat. Surah ini merupakan surah yang ke 56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan mempunyai 96 ayat.
Perlu tahu Surah Al-Waqi’ah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari berbangkit.
Selain kita selalu mengamalkannya sendiri, pesan juga pada anak-anak agar turut menjadikan surah Al Waqiah ini sebagai satu amalan harian. Ini kerana Surah Al-Waqiah memang terkenal dengan beberapa kelebihannya tersendiri dan hadis mengenainya adalah sahih.
Antaranya;
1. Dengan mewiridkan surah Al-Waqiah sebagai bacaan rutin setiap hari dan malam, maka Allah menjauhkan kefakiran selamanya. Sa’ad Al Mufti mengatakan, bahawa hadis ini sahih.
Rasulullah SAW bersabda:
Man qara’a suratal-Waqi’ati lam yaftaqir abada. “Sesiapa (membiasakan) membaca surah Al-Waqiah, maka ia tidak akan kefakiran selamanya.”
2. Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”
3. Daripada Ibnu Mas’ud r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap malam, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya.”(HR: Al- Baihaqi)
4. Rasulullah SAW bersabda: “Ajarkanlah surah Al-Waqiah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)
5. Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang membaca surah Al-Waqiah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”
Semoga perkongsian ini bermanfaat!
MW: Jadi selain mengamalkannya sendiri, ajarkan juga anak anak kita dan keluarga agar turut menjadikan surah Al Waqiah ini sebagai satu amalan. Semoga kita diluaskan rezeki dengan melimpah ruah, dijauhi daripada kemiskinan dan kepapaan dalam kehidupan. Amin
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...