Isteri Meninggal Dibelasah Suami Guna Tukul Besi, Baru Setahun Kahwin & Tinggalkan Anak Kecil Berusia 3 Bulan

Share

Isteri meninggal dibelasah suami guna tukul besi, baru setahun kahwin & tinggalkan anak kecil berusia  3 bulan. Tragedi di 15 Ramadan yang amat tragis.

Seorang isteri, Rubiah Sabtu, 41 maut dibunuh suami sendiri dengan tukul besi di Kampung Besol, Bukit Besi, dekat sini, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi, mangsa Rubiah Sabtu, 41, disahkan maut di tempat kejadian akibat kecederaan di bahagian muka dan kepala.

Isteri Meninggal Dibelasah Suami Guna Tukul Besi

Memetik laporan Berita Harian, mangsa sebelum itu dikatakan menghantar anak perempuannya  berusia enam tahun ke tadika dan  sebaik tiba di rumah, berlaku perselisihan faham di antara mangsa dan suspek berusia 32 tahun.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah, berkata pemeriksaan fizikal ke atas mangsa menemukan dua kesan hentakan pada bahagian mata kanan serta di bahagian dahi, hidung, mulut dan telinga kanan mangsa.

“Terdapat enam kesan kecederaan akibat hentakan kuat dipercayai menjadi punca kematian Rubiah Sabtu.

Katanya, beliau percaya kesan kecederaan pada beberapa bahagian itu berkemungkinan dihentak dengan tukul berkali-kali.

Baru Setahun Kahwin & Tinggalkan Anak Kecil Berusia 3 Bulan

Mangsa dan suami menjalankan perniagaan runcit secara kecil-kecilan dihadapan rumah

Beliau berkata, polis yang menerima laporan bergegas ke lokasi kejadian dan menemukan mangsa terbaring di atas lantai di ruang tamu.

“Siasatan mendapati terdapat kesan percikan darah di lantai serta dinding rumah berkenaan. Ketika kejadian, pasangan suami isteri serta seorang anak mereka berusia tiga bulan berada di dalam rumah itu,” katanya.

Baharuddin berkata, mangsa yang menjalankan perniagaan kedai runcit secara kecil-kecilan dipercayai dibunuh akibat masalah perselisihan faham.

“Pasangan itu baru setahun berkahwin dan dikurniakan seorang anak perempuan berusia tiga bulan dan wanita itu juga pernah berkahwin sebelum itu dan mempunyai enam anak.

“Berikutan kejadian itu, kita menahan suspek yang juga suami mangsa berusia 32 tahun untuk siasatan lanjut,” katanya.

Baharudin berkata, pihaknya masih menyiasat motif sebenar menjurus kepada kejadian bunuh terbabit. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Luahan rakan arwah. Alfatihah buat sahabatku Rubiah Sabtu. Ruby Siruby. Apakan daya kita manusia biasa. Ajal maut di tangan Allah tapi kematianmu begitu tragis berlaku pada 15 hari puasa bulan Ramadan. Ya Allah, sungguh aku tak kuat Bie. Aku janji nak gie tengok Bie dengan Baby sekali. Hari ini Bie dah tinggalkan kami semua. Ya Allah sungguh tak sangka. Kredit:- fb Cik Sue Rantau Panjang

Dalam pada itu, difahamkan, selepas berlaku perselisihan itu, suspek yang ketakutan dikatakan keluar dari rumah dan pergi ke rumah saudaranya tidak jauh dari situ sebelum menceritakan kejadian itu. Bahkan dikatakan suaminya kembali melihat keadaan isterinya yang terbaring kaku berlumuran darah sambil menangis.

Keluarga suspek yang dimaklumkan kejadian itu kemudiannya bertindak melaporkan kejadian itu kepada polis. Diceritakan, suspek turut cuba membunuh diri namun dipujuk oleh ahli keluarganya.

Difahamkan suspek baru mendirikan rumah tangga dengan mangsa sejak tahun lalu dan mempunyai seorang anak perempuan berusia tiga bulan dan mangsa bekerja peniaga kecil di kampung itu.

Sementara itu, adik tiri mangsa, Rozilan Yusof, 38, berkata, dia tidak menyangka abang iparnya tergamak melakukan perbuatan tersebut memandangkan lelaki itu seorang yang baik dan sering mengaji.

“Abang ipar saya memang seorang yang baik, bercakap pun lembut. Tak mungkin dia ada masalah mental. Saya tak sangka dia berkelakuan sebegini.

“Kali terakhir kakak hubungi saya, kira-kira pukul 1 pagi semalam ketika dia mahu meminjam kipas kerana bayinya kepanasan,” katanya.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Bermulanya detik hitam dalam kehidupan. Akibat sihir pengasih, tidur malam tak lena, rindu gila bayang asyik teringat hingga rela terlanjur. Rumahtangga musnah, bisnes hancur gara-gara dengki khianat ditikam dari belakang.
Published by
Almaswa Haji Che Ros