Isteri Meninggal Dalam Labour Room, Suami Maafkan Jururawat Beri Alasan Mahu Tidur Dulu

Share

Isteri meninggal dalam labour room, suami maafkan jururawat  beri alasan mahu tidur dulu. Saat melahirkan adalah detik perjuangan di antara hidup dan mati. Sebab itulah, saat melahirkan adalah detik terpenting dalam kehidupan seorang ibu kerana dari rahimnya bakal lahirnya seorang lagi khalifah di muka bumi ini.

Bagaimana pun ajal maut sudah tertulis buat kita semua sejak di luh mahfuz lagi. Curahan hati seorang suami yang kehilangan isteri dan anak sulungnya pada 9 Mei lalu ketika bertarung di bilik bersalin sesuatu yang sangat pahit ditelan.

Isteri Meninggal Dalam Labour Room

Lika Santosa akui dia menerima qada dan qadar isteri dan anaknya meninggal tetapi tindakan bidan yang menyambut kelahiran isterinya yang memberikan alasan mahu tidur dulu sementara menanti bukaan rahim isterinya yang agak lambat adalah kekecewaan hatinya.

Katanya dia tidak mahu menyaman atau memanjangkan kesilapan yang terjadi ketika isterinya dalam proses bersalin itu tetapi mahu kisah isteri dan anaknya ini dijadikan pengajaran buat orang lain.

“Saya tak mahu saman atau penjarakan mereka yang cuai tapi ia jadikan pengajaran agar tak berulang kepada orang lain pula. Kerja itu satu amanah,” katanya.

Dalam perkongsiannya, Lika mengakui membawa isterinya ke Rumah Sakit Puskesmas Pauh sekitar jam 10 malam selepas isterinya berasa masa melahirkan sudah tiba.

“Sejam setengah selepas itu, isteri mula pecah air ketuban. Namun sampai jam 2 pagi masih juga belum bersalin,” ,”  tulisnya di akaun Instagram @palembanginside, pada Isnin Senin, (29/5/2023).

Sekian lama menunggu sedangkan isterinya belum ada tanda-tanda mahu bersalin lagi, bidan yang bertugas memaklumkan mahu tidur sebentar.

Suami Maafkan Jururawat Beri Alasan Mahu Tidur Dulu

Katanya, jam 3 pagi, bidan dan doktor yang bertugas mahu tidur dulu namun dia memaklumkan kepada mereka untuk melihat dahulu keadaan isterinya yang dilihat semakin melemah.

“Saya maklum pada mentua hal ini yang keadaan isteri mulai melemah dan mereka mahu tidur dulu. Tapi teguran ini buat bidan tersinggung dan menyuruh mentua yang menemani di ruang bersalin untuk keluar begitu saja.

“Namun keadaan isteri semakin kritikal hingga pada jam 5 pagi perlu dibawa ke Rumah Sakit Ar Bunda Lubuklinggau namun isteri dan anaknya meninggal di sana.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI:- Pasangan Sehidup Semati, Isteri Meninggal Hanya 34 Minit Selepas Suami Dijemput Ilahi

Majikan Hanya Beri Cuti Bersalin 2 Hari, Balik Dari Kerja Suami Jumpa Isteri Dah Meninggal. Anak Merengek Kelaparan

‘Saya Reda Awak Bahagia Bersama Sumayyah’ Anak & Isteri Penjaga Gol Negeri Sembilan Meninggal Lepas Bersalin

Termakbul Hajat Nak Sambut Anak Keempat, Jalan Jem Isteri Terberanak Dalam Triton!

Kata Lika, apa yang dikesalinya, kalau keadaan isterinya sudah nampak teruk seharusnya mereka mengambil tindakan pantas mengejarkannya ke rumah sakit yang lebih baik. Namun kerana kecuaian begini, isteri meninggal.

Lebih dikesali, bidan mahu tidur dulu kerana mengantuk,” katanya memaklumkan ianya sebuah kelalaian yang tidak seharusnya berlaku.

Berkahwin tahun lalu bersama cinta hatinya, Lika akui kehilangan isteri satu tamparan buatnya kerana ia terlalu cepat terjadi sedangkan mereka baru setahun lebih berumahtangga.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Bukan Menantu Pilihan
Dah kahwin, mak mentua pulak tak sebulu, serba tak kena dengan menantu. Apa nak buat bila dah macam ni? Ini jawapan yang dikongsikan oleh Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre, Pendakwah Bebas dan perkongsian daripada Puan Yanti Yushilla.

 

 

 

 

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros