Sikap mengungkit isteri kepada suami bukan bermakna isteri tidak ikhlas dalam membantu suami tapi mungkin kerana isteri terlalu penat mental dan fizikalnya. Bagi pihak suami pula apabila sang isteri telah berkorban membantu meringankan beban kewangan suami, pandai-pandailah mengimbangi semula bantuan yang diberikan oleh isteri.
Isteri ‘Mengungkit’ Bukan Tak Ikhlas
Bagi isteri yang bekerja, bukan sahaja penat di tempat kerja tapi boleh bertambah penat lagi dengan kerja-kerja rumah yang harus dibuat. Sementelah kalau suami tidak membantu langsung membuat kerja rumah.
Mulalah isteri ‘mengungkit’ dalam hati. Maklum sahaja, dia bekerja untuk membantu dan mengurangkan beban suami. Hakikatnya, suami tidak langsung mahu membantu isteri dalam hal-hal ruamh tangga.
Bab-bab ‘mengungkit’ ini bukan bermakna isteri tidak iklhas dalam membantu suami. Ini berlaku mungkin kerana isteri penat tetapi suami pula buat tidak tahu dan langsung tidak mahu membantu.
Mesti Ada Sebab Yang Suami Terlepas Pandang
Inilah yang ingin dikongsi oleh Firdaus Shakirin tentang apa yang membuatkan isteri mula mengungkit bantuan yang diberikan olehnya.
Bukan Tidak Ikhlas
“Mengungkit” sebagai tanda peringatan supaya jangan rasa selesa…
Bukan tak ikhlas dalam memberi pertolongan…bukan tak ikhlas dalam meringankan bebanan…
Lelaki susah nak figure out this situation…bila isteri cakap,
“Barang dapur saya beli, nurseri anak saya bayar, bil-bil utiliti pun saya tanggung, abang boleh pulak beli moto baru, tukar kereta, tambah komitmen keluarga?”
Suami: “Nampak sangat awak tak ikhlas, hilang pahala awak bila awak ungkit macam ni…”
Isteri Bayar
Dalam rumah tangga, persetujuan bersama itu perlu sebelum melakukan apa-apa keputusan walaupun guna duit sendiri. Ini kerana, mungkin si suami ada duit lebih hasil daripada apa yang tidak perlu dibayarnya kerana sudah pun dibayar isteri.
Kewajipan suami tetap menjadi kewajipan suami bila dia MAMPU.
Bila ada duit lebih, maka jangan fikir lagi hendak tukar motor, upgrade kereta, beli handphone dan sebagainya…tapi ambik balik apa yang isteri sedang bayar setiap bulan, di mana kewajipan itu bukanlah terletak dibahunya…tapi dibahu kita yang menjadi suami…
Kita kena ambil semula apa yang tak sepatutnya isteri bayar sebab kita sudah mampu bayar.
Buat Perjanjian
Jangan terus pejam mata sebab sudah buat perjanjian, rumah dengan kereta suami bayar, yang lain-lain isteri bayar dan perjanjian itu pula dibuat di awal usia perkahwinan dahulu.
Apabila anak sudah tiga, belanja dapur yang isteri keluarkan masa berdua tak sama jumlahnya dengan belanja dapur masa berlima. Sama juga dengan bil-bil utiliti dan sebagainya. Kita seronok sebab selesa dengan komitmen bulanan rumah dan kereta yang mana sudah tetap untuk 9 tahun dan 30 tahun akan datang.
Bila dengar isteri ada berbunyi tentang kewangan keluarga, tentang apa yang dibayarnya, maka itu adalah peringatan kepada kita yang menjadi suami supaya tidak menyalahgunakan bantuan tersebut dan menjadi terlalu selesa bila tak perlu mengeluarkan duit seperti dia.
Ingat, kita akan dikira ‘berhutang’ dengan isteri kalau kita biar dia bayar apa yang kita patut bayar dalam ketika kita sendiri mampu untuk bayar.
Sumber: Firdaus Shakirin
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI