Hati isteri mana tak sakit bila suami ada perempuan simpanan. Rupanya cinta dan kasih sayang telah diberi pada wanita lain.
Perkongsian daripada Said Azlan tentang seorang wanita mengandung yang menaiki teksinya meluahkan perasaan dan rasa sedih bila suaminya sanggup tinggalkan dirinya semata-mata untuk berjumpa dengan perempuan simpanan.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Wanita Tawar Khidmat Profesional, PUJUK Perempuan Simpanan Putuskan Hubungan Dengan Suami Orang!
“Suami Curang Lebih Cepat Mati..”, Pilihlah Untuk Setia, Tentu Tak Berani Untuk Mendua
Lepas maghrib semalam aku dapat satu pelanggan melalui aplikasi. Pelanggan ini nak balik ke Kajang.
Masuk saja dalam teksi pelanggan ini hulurkan kabel dan minta aku tolong caj kan phone dia.
Tak sampai beberapa minit dia pun hidupkan phone dia setelah kabel aku cucuk pada port.
Aku perasan yang dia buat satu panggilan.
Apa yang aku dengar ialah,
“Sampai hati awak tinggalkan saya sendiri dekat Tesco. Awak takde hati perut ke?”
Diam seketika.
“Betul, awak tak dapat contact saya. Bateri phone saya habis. Kan tadi saya cakap saya nak pergi toilet!”
Suara wanita ini mula meninggi.
“Macam ni lah, jumpa saya kat rumah mak saya. Saya nak awak lepaskan saya malam ini jugak. Ceraikan saya depan mak saya”
Astagfirullahalazim.
Luahkan Perasaan
Tersentak aku mendengar kata-kata wanita ini.
Wanita itu mematikan talian.
“Abang, boleh saya luah sesuatu?”
Hah sudah. Aku pulak yang nak kena jadi tempat luahan.
Serba salah aku dibuatnya apatah lagi bila dengar apa yang dia katakan pada suami dia.
Tanpa aku berkata ya atau tidak, dia terus bercerita.
“Abang tahu tak, saya ni tadi baru balik dari hospital check baby dalam kandungan. Dah lah saya sendiri yang drive. Itu saya tak kisah sangat. Tapi yang buat saya marah, dia datang sini ambil kunci kereta dan terus tinggalkan saya semata-mata nak jumpa perempuan simpanan dia.”
Terkedu aku dibuatnya.
“Sabarlah puan. Istighfar banyak-banyak.”
“Remuk hati saya bang.”
Masa sampai di persimpangan Sunway, wanita ini minta ubah laluan.
“Bang, kalau saya tukar lokasi boleh?”
“Boleh. Tolong update lokasi baru dalam apps”
“Terima kasih abang”
Aku pandang pada phone. Notifikasi lokasi dan tambang baru telah aku terima.
Tak perlu lagi aku membelok ke NPE. Perjalanan aku teruskan ke Ampang.
Suasana sunyi seketika.
Tiba-tiba phone dia berbunyi.
“Apa lagi yang awak nak? Mak baru je wasap saya. Berani perempuan tu wasap mak saya ya. Awak dah gila ke semua benda dalam kain awak nak cerita dengan betina tu. Suami jenis apa awak ni?”
Wanita itu mula menangis dan sekali lagi mematikan talian.
Sedih pula aku melihatnya.
“Sabarlah puan. Mohon keampunan pada Tuhan.”
“Tapi bukan saya yang salah”
“Mesti ada sebab yang Allah nak uji kita. Istighfar banyak-banyak”
Sedar tak sedar aku pun sampai di sebuah kondo.
“Terima kasih bang sebab hantar saya balik”
“Sama-sama. Dah menjadi tugas saya”
“Sekali lagi saya ucap terima kasih atas kesudian abang dengar luahan saya”
Aku hanya tersenyum. Dah lali. Tapi pada aku elok juga mendengar kerana di luar sana ada ramai yang mengambil keputusan untuk menamatkan hidup mereka kerana tiada sesiapa yang sudi mendengar. Stress itu mampu membunuh.
Buat semua para suami di luar sana, sekiranya sudah tidak lagi ada hati bersama isteri, lepaskan mereka dengan cara baik. Usah buat mereka menderita.
Aku cuma berharap ada sinar buat semua wanita di luar sana untuk terus hidup walau tanpa seorang bergelar suami di sisi.
Mingguan Wanita:
Sumber: Said Azlan
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita