Isteri mengandung rentung bersama empat anak, terperangkap di pintu berkunci. Tragedi kebakaran di Kampung Berangan Enam, Umbai semalam cukup menyedihkan bagi Muhammad Khairudin bin Saari apabila isteri yang sedang mengandung serta empat anaknya dilaporkan rentung selepas terperangkap dalam kebakaran.
Dirinya yang mengalami patah kaki selepas terlibat kemalangan bulan lalu telah cuba untuk membantu kesemua ahli keluarganya namun gagal kerana pergerakannya terbatas ekoran kaki kanan patah (bersimen) dan mengalami sesak nafas akibat asap tebal.
Namun dirinya sempat terjun dari tingkat dan gagal untuk membantu isteri, Laila Fathinah Mustapa, 37 dan anak-anak yang terperangkap di dalam rumah ketika api marak membakar rumah kayu didiami mereka.
Jelasnya, semasa kejadian itu, sekitar jam 1.35 pagi, arwah isteri sempat menggerakkannya dan memaklumkan rumah terbakar. Namun suasana ketika itu agak kelam kabut kerana api mulai marak.
Keempat-empat jenazah anaknya iaitu dua perempuan dan dua lelaki, Nur Damia Batrisyia Abdullah, 13; Izz Daffa Hafizuddin, 7; Nur Dalilah Khadijah, 6; dan Izz Danish Fathi, 4.ditemui rentung berhampiran pintu hadapan rumah mereka yang berkunci.
Dilihat tidak mampu menahan sebak, dirinya menangis ketika menerima kunjungan dari Majlis Agama Islam Melaka bersama Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri merangkap Timbalan Pengerusi MAIM, YB Datuk Haji Rahmad bin Mariman yang mengunjungi keluarga asnaf ini. Ujian kehilangan semua ahli keluarga serentak, kesedihan yang tak mampu terungkap dengan kata-kata.
Dalam pada itu, dirinya turut berkongsi masih terngiang suara isteri yang meminta tolong dan memanggil nama anak-anak.
Bahkan dirinya turut meminta maaf kepada ibu mentuanya, Ruziha Osman, 60 tahun kerana gagal menyelamatkan isteri dan anak-anaknya dalam kebakaran rumah mereka di Kampung Berangan Enam, Umbai, awal pagi tadi.
“Maafkan saya mak, maafkan saya…
Dalan pada itu, jiran-jiran turut memaklumkan mereka terdengar jeritan meminta tolong namun tidak mampu berbuat apa-apa kerana rumah separa kekal itu bermangga.
Ketua Polis Daerah Jasin, Superintenden Mohamad Rusli Mat memaklumkan dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, lima beranak disahkan maut di lokasi manakala bapa mereka berusia 30-an terselamat.
“Wanita berusia 35 tahun itu ditemui di bahagian serambi rumah manakala empat anaknya berusia 2,7,12 dan 13 tahun berada berhampiran pintu rumah dipercayai cuba keluar menyelamatkan diri.
“Kesemua mangsa ditemukan dalam keadaan rentung,” katanya kepada pemberita pada Khamis.
“Siasatan lanjut turut mendapati semua jeriji besi pintu rumah masih dalam keadaan berkunci dan insiden ini tidak melibatkan kediaman lain yang terletak berhampiran.
“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Jasin untuk proses bedah siasat manakala suami mangsa turut dihantar ke hospital sama untuk rawatan lanjut,” katanya.
“Punca kejadian masih dalam siasatan dan polis masih menunggu laporan forensik daripada pihak bomba,” katanya.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE