Isteri membebel sebab penat, bukan suka-suka, sebenarnya nak tarik perhatian suami. Membebel adalah satu perkara yang sering dikaitkan dengan kaum wanita, terutamanya isteri. Ramai suami yang merungut dan merasa terganggu dengan keluhan isteri mereka.
Isteri Membebel Sebab Penat, Bukan Suka-suka, Sebenarnya Nak Tarik Perhatian Suami
Namun, adakah kita benar-benar memahami mengapa isteri membebel? Adakah ia semata-mata kerana mereka suka melakukannya atau ada sebab lain yang lebih mendalam?
Satu faktor utama mengapa isteri sering membebel adalah kerana mereka penat. Beban tanggungjawab seorang isteri dan ibu adalah sangat besar. Selain bekerja di luar rumah, mereka juga perlu menguruskan rumah tangga, menjaga anak-anak, dan memastikan segala-galanya berjalan lancar.
Apabila isteri penat, mereka lebih cenderung untuk meluahkan rasa letih mereka melalui bebelan. Ini adalah cara mereka untuk melepaskan tekanan dan mencari kelegaan.
Isteri membebel bukan kerana mereka suka mencari kesalahan atau mengkritik suami. Sebaliknya, mereka sebenarnya mahu perhatian dan pengiktirafan dari suami. Mereka mahu suami menghargai usaha dan pengorbanan mereka dalam menguruskan rumah tangga. Dengan membebel, isteri berharap suami akan lebih peka dan mengambil berat tentang keadaan mereka.
Satu lagi sebab mengapa isteri membebel adalah kerana komunikasi yang kurang berkesan antara suami dan isteri. Ada kalanya, isteri merasa suami tidak mendengar atau memahami keperluan dan perasaan mereka.
Oleh itu, mereka menggunakan bebelan sebagai satu cara untuk menarik perhatian suami dan menyampaikan mesej mereka. Ini adalah satu bentuk komunikasi yang mungkin tidak ideal, tetapi ia adalah cara yang isteri rasa boleh mendapat perhatian suami.
Inilah yang dikongsikan oleh Muhammad Hassan dalam facebooknya. Hayati bersama ye suami-suami di luar sana.
Ini betul.
Kawan saya tanya. Wife kau suka bebel, merungut tak?
Saya kata jarang sangatlah. Dalam tahun ini boleh kira berapa patah dia bebel.
Lalu kawan saya ini minta nasihat bagaimana untuk kurangkan wife dia membebel dan merungut.
Saya bagi 2 tip:
1. Bagi dia tidur kau jaga anak-anak. Bila dia tidur, mulut dia akan tertutup.
2. Ajak dia pergi makan kau jaga anak. Apabila dia sedang mengunyah dia takkan membebel.
Ada tambahan lagi tak? kawan saya tanya.
Ada…Jawab saya.
Ini kau kena buat betul betul. (Muka saya serius)
Kau jangan buat kepala otak dia berserabut. Biasanya wife bebel ini sebab rumah bersepah, pinggan mangkuk penuh singki, kau suka melepak sehingga larut malam, kau tak kemas tempat tidur dan kau biarkan isteri kau buat rutin yang sama setiap hari.
Dan paling teruk, jika kau ada di rumah, isteri dan anak anak tidak merasa keberadaan kau.
Saya berhenti sekejap hirup kopi panas. Dan sambung semula.
Dua tip di atas nampak agak kelakar, tapi cukup besar bagi mereka yang perlu masa untuk rehat, perlu masa untuk makan dan minum dengan tenang.
Jadi keluarkan sekejap isteri kau dari toksik keserabutan itu. Tunaikan nafkah semampu mungkin, jadi imam solat fardhu dan solat sunat. Bawa pergi cuti walaupun ke rumah mentua, bagi dia layan me time silang panggung.
Buat kerja rumah bersama, kemas tempat tidur kau, kemas apa yang patut kat rumah, sebelum tidur sental tandas, susun pinggan di rak.
Nanti kau akan tengok hasilnya nanti sebagaimana aku dapat kira berapa patah perkataan dalam setahun jika wife membebel atau merungut.
Dan bukan mulutnya membebel lagi, bahkan ucap terima kasih yang dah lama kau tak dengar.
Fikir fikirkan semoga dapat beramal.
Sumber: Muhammad Hassan
Baca artikel lain juga: Hancur Hati Seorang Isteri, Suami Tergamak Noda Anak OKU Hingga Lahirkan Bayi Perempuan
Isteri Merajuk, Diam, Marah, Suami Pergilah Pujuk, Bukan Jauhkan Diri
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI