Isteri Masih Membebel Kira Jiwanya OK Lagi, Tapi Jangan Dia Senyap

Ini tak, bila isteri buat kerja baik kat dapur atau tengah lipat kain. Suami biarkan isteri sorang-sorang. Tak nak temankan sebab bimbang nanti boleh bernanah telinga dengar isteri membebel sebelah tu.

Isteri dekat sebelah awak tu.. yang sambil buat kerja itu bukan membebel. Tapi dia cuma meluah rasa saja. Selagi dia masih ada rasa cinta pada keluarganya, dia akan ‘care’. Bila ‘care’ dia bercerita. Jangan sampai isteri dah tak nak cerita apa. Bahaya nanti bang!

Haa.. cuba dengar luahan hati Aimi Nawi yang mewakili orang rumah ini. Sebab banyak betulnya dan suami kenalah sedia hadam agar hubungan rumah tangga molek terpelihara.

Ini Masalah Orang perempuan

Orang perempuan ni bila dia dah penat kerja seharian, sampai rumah dia pun kalut nak masak makan malam, dia tak minta pun suami tolong masak sekali.

Takat duduk dekat dapur sambil berbual, berjenaka, bergurau senda dengan dia pun dah cukup. Tak lah dia rasa buat kerja sorang-sorang. Penat pun tak terasa sebab sambil masak tu bahagia je dia.

Orang perempuan ni bila dia hadap kain 2-3 bakul menggunung, dia tak harap sangat pun suami tolong lipat kain tu sekali. Kalau lipat, Alhamdulillah ringan sama dipikul berat sama dijinjing kan.

Ads

Tapi takat tok laki duduk sebelah berbual, dengar bebelan yang esok paginya confirm dia lupa dah dia bebel apa tu pun dah cukup bahagiakan dia. Dapat pulak bonus sambil dia melipat kain tu kau picit-picit sikit bahu dengan pinggang dia. Lenguh oiii lipat kain.

Orang perempuan ni bukanlah gila pujian sangat pun. Tapi memang Allah dah cipta perempuan ni lebih lembut dan hatinya lebih sensitif.

Dia bukan minta hadiah mahal pun. Tak minta barang mewah. Emas pun dia tak merengek nak. Kalau dapat Alhamdulillah. Suami yang suka belanja isteri memang murah rezeki kan. Ustaz yang cakap okay.

Isteri Kalau Dia Membebel Lagi, Kira Jiwanya Masih Okay

Haaa orang perempuan ni dia tak hadap sangat la semua tu. Tapi yang buat dia bahagia dan berbunga hati bila sambil dia masak tu kau peluk belakang dia sambil cakap thank you awak penat kerja pun awak masak jugak untuk saya dan anak-anak.

Ads

Yang hati dia boleh kembang sampai tidur malam pun tersengih bila kau puji dia masak sedap walaupun sayur masin nasi bau hangit.

Dia nak kan sedikit penghargaan je. Tak miskin pun kalau kau puji dia dan cakap thank you kan. Tu pun susah nak buat. Nak beli jiwa isteri pun malas. Dia tau dah kau tak romantik. Tapi romantik dengan menghargai lain okay.

Dan orang perempuan ni satu masalah dia kalau dia membebel lagi kira jiwa dia okay lagi. Tapi kalau dia dah mula senyap, malas nak kata apa, bahaya oii. Maksud nya dia dah mula fed up dengan kau.

Ads

Dekat Facebook sekarang ni banyak dah jugak orang lelaki sendiri selalu share pasal cara nak faham isteri, apa orang perempuan nak, macam mana nak beli jiwa orang perempuan. Contoh paling best Ustaz Ebit.

Tapi tu la kan. Golongan yang membaca benda-benda ni pun orang perempuan jugak. Patutnya golongan suami lah yang baca sebab boleh belajar untuk faham isteri masing-masing kan.

Orang perempuan suka baca sebab dia rasa orang yang menulis tu menyampaikan isi hati dia. Kalau ada lelaki di alam realiti macam tu cemana?

Kesimpulannya, beli jiwa isteri kunci kebahagiaan dan keharmonian rumah tangga. Betul ke?

Sumber/Foto : Aimi Nawi

Makluman : Artikel ini diterbitkan dengan keizinan daripada penulis asal.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI