Hubungan

Isteri Masaklah Walau Seminggu Sekali, Berbunga-bunga Hati Suami Makan Hasil Air Tanganmu

Share

Isteri sesibuk mana pun dengan kerjaya, cubalah untuk memasak walau seminggu sekali. Tanyalah pada suami, tentu dia suka menikmati hasil air tangan isterinya. Jika di hari bekerja tidak berkesempatan untuk memasak, cubalah ‘pulun’ hujung minggu masak untuk suami.

Isteri Masaklah Walau Seminggu Sekali

Kata orang, hendak menawan hati suami, perlulah jaga perutnya. Bermakna isteri kena memasak dan menyediakan hidangan enak untuk suami. Mungkin ada wanita yang tak bersetuju tentang perkara ini. Tapi cuba tanyakan pada suami, pasti ramai yang mengiakan kata-kata itu!

Masaklah, Hati Suami Pasti Gembira

Ada juga suami yang cakap berlapik kerana tak nak menyakitkan hati isteri, “ saya tak kisah awak tak masak pun sebab faham awak penat kerja. Cuma, kalau awak masak, lagi saya suka. Rasa seronok sangat.”

Bagi isteri, penat bekerja dan melayan anak-anak membuatkan mereka rasa membeli makanan lebih mudah. Lebih-lebih lagi bagi yang anak-anak masih kecil. Belanja membeli makanan yang dah siap lebih murah berbanding membeli barang basah untuk dimasak.

Nak seronok, boleh ajak suami sama-sama beli barang basah. Itu juga sebenarnya masa kualiti suami dan isteri.

Berbunga-bunga Hati Suami Makan Hasil Air Tanganmu

Suami Sebenarnya Kisah

Itu kata isteri. Bagaimana pula bagi suami yang dalam diam sebenarnya ingin isterinya lebih rajin ke dapur dan menyediakan hidangan untuk dirinya dan anak-anak? Bukan dia tak faham kepenatan isteri, tapi dia teringin nak merasa air tangan isteri. Yelah, dah ada isteri takkan memanjang makan makanan beli.

Untuk isteri, jangan ambil kesempatan pula bila suami macam tak kisah kalau isteri tak masak. Suami mana yang tak nak makan masakan isteri? Sedap tak sedap belakang kita. Yang penting, effort atau usaha isteri nak masak paling penting.

Puji Masakan Isteri

Jika sesekali isteri masuk dapur untuk memasak, suami akan puji masakannya walau pun mungkin tidak selazat yang dibayangkan. Itulah sebenarnya tanda suami menghargai usaha dan penat lelah si isteri itu.

Kemudian suami akan komen, apa kekurangan masakannya itu secara elok-elok dengan niat supaya isteri boleh perbaiki mutu masakannya kelak. Contohnya, mungkin jika lebih pedas, akan lebih sedap. TAPI, suami jangan sesekali mengkritik masakan isteri dengan secara marah-marah atau merendahkan isteri. Silap hari bulan, isteri langsung mogok masak!

Masaklah Walau Lauk Yang Ringkas

Selain itu, suami sebenarnya TAK KISAH LANGSUNG walau anda hanya masak lauk yang ringkas untuknya. Hanya dengan satu lauk saja pun dia mampu makan bertambah. Tak seronok ke wahai isteri?

Namun, suami jangan terlalu cerewet kerana kadangkala skill masakan ini perlu diasah. Kalau rajin masak, lama-kelamaan gerenti memang sedap air tangan isteri!

Tawar Diri Jaga Anak

Memang betul, kadangkala isteri terkejar-kejar pulang kerja hendak uruskan anak-anak pula. Jadi, seeloknya suami tawarkan diri untuk menjaga anak ketika isteri sibuk di dapur. Jadi, isteri pun tak rasa terbeban bila tugas dikongsi bersama.

Suami boleh ambil tugas mandikan anda dan mempersiapkan anak. Waktu itu juga adalah waktu untuk anda bersama anak-anak setelah seharian bekerja. Itu juga tanda suami memahami kepenatan anda dan dia cuba ringankan beban anda! Bahagia tak?

Bantu Isteri Masak

Jangan salah sangka, isteri bukan malas nak masak tapi kadangkala dia memang penat kerana seharian bekerja. Jadi, jika suami hendak isteri rajin masak, anda juga kena rajin membantunya. Selain menjaga anak, suami juga boleh bantu isteri di dapur seperti tolong mencuci pinggan mangkuk dan sebagainya. Percayalah, hilang penat isteri bila suami membantunya. Tak percaya, cubalah!

Bagi isteri yang tak berapa pandai masak, suami bagi semangat untuk belajar memasak. Kalau perlu, ambil inisiatif untuk ke kelas belajar memasak.

Suami Berkias

Ada suami yang suka ‘berkias’. Bila dia ingin isteri masak, mungkin ketika di pejabat, dia akan menelefon dan memberitahu yang dia teringin hendak makan sesuatu masakan dan tawarkan diri hendak singgah membeli barang keperluan balik kerja nanti. Secara tak langsung, dia memberitahu yang dia nak anda  masak hari itu.

Masaklah, Jangan MALAS!

Tak dinafikan, ada isteri yang memang malas nak masak. Asyik nak membeli saja. Aduh. Susah juga tu. Tak boleh macam tu kerana itu tanggungjawab isteri untuk sediakan makanan untuk suami dan anak-anak.

Bahkan, bila masak sendiri, banyak faedah bila memasak sendiri. Boleh kawal perbelanjaan rumah dan makanan yang dimasak sendiri sudah tentu terjamin bersih berbanding di kedai yang kadangkala kita tidak tahu sejauh mana tahap kebersihannya.

Artikel berkaitan: Suami Kalau Nak Hidup Bahagia, Senangkan Hati Isteri Bukan Buat Hal

Suami Panas Baran, Isteri Jangan Berdiam Diri, Peguam Syarie Beri Saranan Apa Nak Buat

Suami Bila Terlampau Ralit Dengan Gajet, Anak Membesar Depan Mata Pun Tak Perasan

 

 

 

 

 

 

Published by
Has