Hati seorang isteri dan mak, setakat mana dia sanggup marah pada anak. Akhirnya, dia juga yang sedih dan menyesal. Begitulah, masa hati tengah marah dan geram bila tengok keadaan ruah tak terurus, belum lagi kepenatan yang dilaluinya sepanjang hari.
Dia marah pada anak bukan sebab tak sayang anak. Tapi sekadar luahan rasa bila ada sesetengah suami yang langsung tak ambil peduli tentang urusan rumahtangga. Segalanya diletakkan di bahu isteri.
Ada masa, anak buat hal atau bersepah, memang kena marahlah. Kadang-kadang tempiasnya turut terkena suami. Sebab dia nak suami faham dan turut sama-sama membantu dalam urus rumahtangga.
Antara perkongsian daripada Ebit Lew tentang luahan seorang suami terhadap isterinya yang sentiasa jerita dan marah anak-anak. Rupanya, isteri dahagakan perhatian dan belaian suami.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Bila Mak Ayah Marah Anak, Sumpah Dengan Doa, Sebutlah ‘Bertuah Punya Anak’
Mak Tak Perlu Marah Anak Makan ‘Comot’, Bersepah, Inilah Proses Ajar Anak Berdikari!
Info Lebih Menarik DI SINI
Seorang suami minta nasihat mengenai isterinya yang asyik marah anak-anak.
Anak saya 3 orang ustaz. Isteri asyik marah dan jerit pada anak-anak. Terasa kasihan pada anak-anak. Terasa tiada hari anak-anak tak kena marah. Kadang-kadang saya tengok isteri saya sayang yang kecil jer. Kakak sulung asyik kena marah. Semua salah kakak besar. Saya takut anak jadi trauma. Dia kalau menjerit atau marah saya rasa nak lari rumah. Kalau saya cuba pertahankan anak saya. Dengan saya-saya kena marah.
Bila dengar ketua keluarga ingin bertanya soalan begini tandanya dia seorang yang baik dan bertanggungjawab.
Sebenarnya selalu wanita tanya masalah suka cubit dan marah anak-anak. Bila dengar saya terus tanya ada bincang dengan suami. Sebab itulah antara puncanya.
Sebenarnya, bukanlah kita nak salahkan sesiapa. Selalu wanita yang marah-marah anak dan tak boleh kawal emosinya kerana dia dahagakan perhatian dan cinta suaminya.
Dia rindukan suaminya dan ingin suamibersamanya. Isteri, wanita yang Allah jadikan sensitif. Jiwa mereka lembut. Mereka dahagakan kasih sayang dan rasa kebersamaan dalam membuat segala urusan rumahtangga.
Wanita ini bila kita dah dapat hati dia. Semuanya akan jadi superb. Juta-juta kali lebih layanan dan kasih sayangnya kepada suami dan anak-anak. Bila dah terluka dan sakit semuanya berubah.
Kita perlu sedar. Dia bukan bibik kita, bukan orang gaji kita. Dia, wanita yang kita nikahi maksudnya ingin kita cintai,sayangi, bimbing dan pembantu kita sehingga syurga Allah. Mereka bukan milik kita dan dia amanah Allah..
Sebab tu kata ulama pintu agama sebuah keluarga ialah ayah. Pintu agama buat anak-anak ialah ibu. Jika kita membimbing isteri kita dengan Islam dengan cinta dan sayang insya Allah isteri akan bimbing anak-anak kita Islam dengan cinta dan sayang.
Mereka dahagakan belaian dan kasih sayang. Peluk mereka, sayangi mereka. Lihatlah nanti mereka akan peluk dan sayang anak-anak.
Bila sampai rumah sunnah beri salam dan peluk atau cium ahli keluarga. Anak-anak dahagakan pelukan dan ucapan sayang. Isteri kita yang penat sepanjang hari tu lagi dahagakan ciuman, pelukan dan ucapan sayang terima kasih dari suaminya.
Kita pun sama sebagai manusia yang sedang belajar nak jadi baik.Begitulah juga seorang ibu yang melayan anak besar sampai anak kecil dengan cinta dan sayang.
Suami isteri yang saling membantu, mencintai dan saling menghargai akan membuat anak-anak pun jadi begitu. Janganlah pernah bergaduh depan anak-anak.
Nanti anak kita akan jadi stress dan mereka akan jadi hipokrit. Jangan paksa anak kita terpaksa memilh antara kedua ibu bapa.
Dalam kata lain satu bas tapi ada 2 pemandu dan 2 arah tujuan. Kerana itu biarlah tidur sekali dan mimpi pun sama.
Bila isteri marah anak, jangan lawan atau marah isteri depan anak tapi kita bantu apa yang patut. Kadang-kadang masa tu dia tengah susu anak, 2 anak lagi bergaduh dan jatuhkan air atau makanan. Kita tolong kutip makanan yang jatuh bersihkan dan tolong jaga 2 anak lagi.
Biasa mereka marah sedang mereka masak lauk di dapur seorang diri. Kita suami kadang-kadang tengok tv atau hp. Anak-anak dah sepahkan rumah ada yang mengacau di dapur.
Isteri bukan marah anak. Seperti anak-anak. Mereka buat hal, jadi pelik, bergaduh, mereka tak nak pergi sekolah, dahagakan perhatian dan kasih sayang ibubapanya. Lagi mereka kena marah dan jerit lagi mereka berusaha tarik perhatian dan buat macam-macam.
Dulu Isteri Lembut
Sebab tu banyak isteri yang dulunya baik dan lemah lembut. Tapi bila suami dia buat hal dan ada perempuan lain. Dia maafkan tapi belum dapat lupakan mereka jadi berubah. Terus jadi pemarah dan kuat mengamuk dan bermasam muka, mula minta macam-macam. Cemburu lain macam. Sangka macam-macam sebab hati mereka dah luka.
Ubatnya kita sebagai ketua keluarga hidupkan amalan ta’lim dalam rumah. Pergi berdating berdua. Berjuang di jalan Allah.
Mingguan Wanita : Bila dah marah dan jerit-jerit tu, suami kenalah fahamdan buat-buat tak tahu pula.
Sumber: Ebit Lew
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita