Mana-mana isteri pun kalau dibelai dengan baik, dihargai kewujudannya, dia akan jadi isteri manja untuk suaminya.
Malah terpaling manja sehingga suami pun sayang nak lepas. Tapi kalau suami sendiri selalu lepas tangan, semua isteri nak kena buat.. dari urus anak sampailah rumah. Tiada lagi istilah manja.
Dia akan jadi isteri terpaling kental, garang bak rimau.. kerana segala beban dan tanggungjawab terbeban di atas dirinya sendiri.
Susahkah memanjakan isteri sendiri? Bukan susah mana pun, kalau berkata-kata dengan isteri gunakan bahasa lembut.. menegur isteri dengan hemah. Bukan memaksa, menyentak-nyentak.
Mahupun menjatuhkan maruah isteri di khalayak ramai. Itu juga sudah membolehkan isteri jadi wanita terpaling manja dalam hidup suaminya.
Isteri Manja Lembut Hati Pada Suami Tunai Tanggungjawabnya
Bukan nak minta duit berkepuk-kepuk pun. Cukuplah tahu menunaikan nafkah zahir dan batin setiap bulan. Kadang itu, batin saja terlebih.. zahirnya isteri sendiri yang kena sediakan.
Payahlah macam itu. Walau isteri bekerja, suami tetap perlu menunaikan keperluan isteri. Dari tempat tinggal yang selesa, sehinggalah menyediakan pakaian yang baik untuk isterinya.
Isteri akan taat dan jatuh kasih berkali-kali jika suaminya tetap memenuhi kantung emosi isteri dengan ketenangan.
Macamana pula itu? Jadilah suami yang ringan tulang. Benar, memasak.. membasuh semua itu adalah ihsan isteri.
Mudah Jatuh Kasihan Pada suami
Isteri ini sebenarnya mudah jadi kasihan dengan suaminya. Walau penat macamana pun, dia akan buat juga kerja rumah tanpa suami suruh.
Ads
Walau pun hakikatnya itu bukanlah kerja hakiki seorang isteri. Andai nampak isteri pun tidak berkira membuat kerja dapur, suami bantulah membasuh pakaian dan mana-mana semampunya.
Jangan cuma tahu mengarah, lepas depan tv atau bermain game. Bila tengok ewah.. ewah suami macam raja.. nak jadi isteri manja pun tak kuasa dah.
Tu yang kadang tak pasal-pasal tercakap kuat, termelawan, termuncung sedepa malas nak bercakap dah.. sebab menanggung lama makan hati dah.
Itu belum lagi, bila tahu suami diam-diam ada wanita istimewa lain dalam hidupnya.. makin retaklah hati isteri.
Waktu mula nak hidup isterilah yang berkorban jiwa raga. Kadang wang ringgit sama.
Bila hutang suami susah nak langsai, isterilah gadai barang kemas.. duitnya bantu langsaikan hutang suaminya.
Ads
Tak pula dia minta dibalas kembali. Silap-silap isteri sedekah saja pada suaminya.
Jadi, bila segala susah senang telah diharungi bersama, tup-tup suami bermain katu tiga di belakang isteri. Manalah isteri tidak rasa seperti dikhianati.
Jangankan nak bermanja, nak pandang muka suami pun rasa nak gaduh je.
Kalau suami tahu menjaga dirinya. Tahu batasannya sebagai seorang suami ketika berada jauh dari isterinya. InsyaAllah isteri tetap akan merasa tenang.
Bila isteri tenang, tiada syak wasangka pada suami. Walau jauh sebatu jaraknya hati kan tetap saling merindu.
Setia menanti kepulangan suami dengan sikap manja dan mendamaikan.
Ads
Pucuk pangkalnya, suamilah dulu yang kena memainkan peranan untuk memberi kasih sayang kepada isterinya.
Isteri pula, bila suami dah mencurah segalanya. Jangan sedap sedap ambil kesempatan. Kenalah ada give and take orang putih kata.
Kalaupun pengorbanan kita itu tidak mampu suami balas di dunia.. ingatlah andai ikhlas, pasti tuhan akan memberikan ganjaran pahala di akhirat kelak.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 9.30 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Dalam hubungan suami, isteri jangan mahalkan kata maaf, cuba rendahkan ego dan rutinkan minta maaf dengan pasangan sebelum tidur yakni mati seketika. Barulah bahagia rumah tangga.
Walaupun susah tetapi pupuk hati untuk biasakan diri memohon dengan pasangan setiap hari walaupun tak bergaduh. Ikuti perkongsian Puan Nur Farhana Fizal dan fahami sebaiknya penjelasan yang cuba disampaikan.
“Ana tak gaduh ke dengan suami?” Ramai sangat tanya. Iya, ramai. Huhu. Jawapan dia, takkan lah kami tak gaduh.
Mana ada rumah tangga tak ada masalah sayang-sayang semua. Wajib ada. Sudah kata tiket ke syurga. Tiket syurga mahal. Ujian juga pasti terlalu mahal.
Sejujurnya, kami juga membina bahagia bersama bergelen-gelen air mata yang sudah tumpah. Kami juga membina bahagia dengan banyaknya pahit dan duka.
Kami juga punya rumah tangga macam kalian. Sikit-sikit marah, sikit-sikit terasa. Sekejap yang ini menjeling. Sekejap yang itu pula mencebik. Hahai, sama. Sama dengan kawan-kawan.
Realiti Perkahwinan, Usaha Cipta Bahagia
Perkahwinan kami, juga perkahwinan realiti macam kawan-kawan semua. Sekali-kali bukan macam drama. Juga bukan sketsa atas pentas teater yang manis dan indah jalannya.
Saya ada angin saya, suami pun ada angin dia. Begitu juga saya ada cara saya, suami pun ada cara dia. Saya ada kemahuan saya, suami juga ada kemahuan dia. Kami sama-sama berperang untuk keinginan masing-masing.
Siapa selalu tarik muka, siapa selalu merajuk, siapa selalu mengamuk, siapa selalu buat tak tahu, siapa selalu mengalah, siapa selalu memujuk, biarlah menjadi rahsia.
Tapi, percayalah, kami juga sama seperti kalian. Dengan berjuta air mata itu semua, kami sama-sama berdiri. Kami sama-sama mencari bahagia kami. Kami usaha cipta bahagia bersama.
Nak Tidur, Rutinkan Minta Maaf
Ada masa, saya diam, dia faham. Ada masa dia pula senyap seribu bahasa, saya pula cuba faham. Cara kami, biasanya diam. Dan kemudian dah tenang, baru kami berbicara hati ke hati.
Dah malam, nak tidur, kami sama-sama genggam tangan satu sama lain. Masa itu air mata kami lah paling laju. Beribu-ribu maaf akan keluar dari kedua-dua mulut kami.
Iyalah, satu hari tak ada komunikasi. Seorang ke hulu, seorang ke hilir. Maka, apabila nak bertemu mati yang seketika, wajib kata maaf diutara.
Ucaplah maaf, walau sakitnya hati. Dan berilah maaf walau pedih dan parahnya disakiti. Meminta maaf dan memaafkan insyaallah membantu melapangkan hati dan jiwa.
Paksa Diri Minta Maaf
Mula-mula memang susah. Tapi paksalah diri. Rutinkan memegang tangan satu sama lain sebelum tidur, dan ucap kata maaf. Sekalipun tak bergaduh, maaf wajib sebelum kita tidur.
Janganlah mahalkan kata maaf kita. Dengan maaf lah selalunya, melembutkan hati yang sedang derita, jiwa yang sedang berduka. Pasangan kita nak dengar maaf je, yang daripada mulut kita. Minta maaf dan memaafkan.
Insyaallah, Allah berikan hari esok yang juga bakal penuh dengan ujian, tapi DIA lah juga yang pasti melapangkan. Yakinlah!
MW: Rumah tangga ini tak selalunya indah, ada masa di atas dan ada masa di bawah. Memang tak seindah dalam drama ya mak,ayah tetapi yang penting kita dan pasangan saling memahami. Jangan lupa memaafkan pasangan dan minta maaf pada pasangan walaupun tak bergaduh. Itu juga rahsia bahagia rumah tangga.
Anak berusia 2 hingga tujuh tahun memang lain macam perangainya. Mak, ayah ada anak umur dua hingga tujuh tahun? Macam mana perangai mereka, menguji kesabaran bukan?
Mula-mula minta makan nasi, bila disua pinggan, mahu disuap pula. Bila mak,ayah tak nak suap, dia mengamuk lalu terbalikkan pinggan. Memang panaslah hati, memang marahlah habuannya.
Sebenarnya itulah sifat mereka dalam usia ini untuk melindungi diri mereka. Walaupun menguji kesabaran tetapi ia bermakna anak mak,ayah menjadi anak-anak yang normal dan suatu hari kelak sikap mereka ini akan sangat dirindui mak,ayah.
– Anak-anak akan jadi patuh pada semua arahan
– Bila kita suruh diam anak akan diam
– Bila kita suruh anak berhenti bermain dia akan berhenti bermain
– Bila kita suruh anak senyap, dia berhenti bercakap
Bila anak-anak ikut kita sangat maka perkembangan anak kita akan ROSAK 😫
Untuk otak anak berkembang sempurna, anak kita perlu :
– Berlari
– Memanjat
– Melompat
– Bercakap
– Menangis
– Eksperimen sini, sana
– Explore sini, sana
Maka bersabarlah sedikit wahai mak-mak semua. Akan sampai masanya anak-anak kita semua akan,
Masa tu barulah kita tahu bahawa perangai anak yang membuatkan kita mengucap panjang setiap hari itu rupa-rupanya adalah sifat anak-anak yang kita paling rindu dan ianya juga adalah sifat anak yang paling mereka perlu
Terima kasih. Silakan share jika ianya bermanfaat untuk mak ayah yang lain. Silakan juga klik link ni untuk belajar ilmu parenting percuma setiap hari 👉t.me/NotaTaufiqRazif
MW: Biar pun sikap anak-anak dalam usia begini menguji kesabaran, cuba bertenang dan gunakan langkah yang betul bagi menegur kesilapannya. Walaupun agak susahm tapi insyallah ianya lebih berkesan.
“Moga Baby Haider Baik-Baik Saja Dalam Perut Mama, Sabar Ya” selain itu pelakon dan penyanyi Elly Mazlein memohon doa agar bayi yang berada dalam kandungan dilahirkan cukup minggu.
Menerusi perkongsian di akaun Instagramnya, Elly Mazlein berasa panik apabila tiba-tiba perutnya mengeras pada usia kandungan 35 minggu.
Dek kerana rasa tidak selesa dan mengalami rasa sakit seperti kontraksi bersalin itu, Elly telah bergegas ke hospital dan mendapatkan rawatan. Setelah diperiksa oleh doktor, kontraksi berkurangan dan dia dibenarkan pulang.
“Moga Baby Haider Baik-Baik Saja Dalam Perut Mama, Sabar Ya”
“Malam tadi kelam kabut amik flight MAS 1st class hokeyyyyy sebab rasa baby macam dah tak sabar nak Jumpa Atok Papa Mama & kakak Manja. Mengeras.
“Alhamdulillah cecah je kaki di Melesiaaaa trus pergi check in la dik di hospital.
“Alhamdulillah Doktor Khamsiah Check jap ni , katanya baby dah mula relax. Kalau taka da apa-apa boleh pulang ke rumah.
“Doakan kakak kepom & baby ya.
“Doakn Haider dilahirkan cukup minggu,” tulis Elly Mazlein.
Menerui perkongsian yang lain, Elly yang mendirikan rumah tangga dengan Mohamad Azlan Che Nuh pada 18 Januari 2020 kini sedang sarat mengandung.
Menerusi perkahwinan terdahulu, Elly pernah berkahwin dengan pengarah Azmi Hatta pada 9 November 2014 namun bercerai pada 15 Oktober 2015. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Putri Sara Sefhia yang kini berusia lima tahun.
“Ok dah bole balik kejap lagi. Alhamdulillah rasa contraction dah kurang lepas Nurse bagi Ubat & injection.
“Moga Baby Haider baik-baik saja dalam perut mama ya. Sikit je lagi. Sabar ya. Atuk Papa Mama & kakak Manja pun tak saba nak jumpa Haider.
“InsyaAllah see u soon Permata Ke 2 mama wahai Haider,” kongsi Elly.
Elly juga berasa sangat bersyukur apabila jantung bayinya semua dalam keadaan baik. Malah dia bersyukur anak dalam kandungan pada waktu ini kuat menendang.
“InsyaAllah soon kita jmpa ya Sayang,” luah Elly yang tidak sabar melahirkan anak keduanya.
Sumber/Sumber Foto : Instagram Elly Mazlein
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!