Isteri Mana Tak Suka Shopping, Tapi Berkorban Perasaan Untuk Suami, Anak

Share

Kalau dinamakan wanita atau isteri ini pasti suka shopping.Shopping itu umpama terapi bagi wanita. Tetapi mungkin setelah berkahwin, segalanya berbeza. Seorang isteri cuba menahan diri atau mengurangkan sedikit aktiviti shopping semata-mata untuk keluarga dan anak-anak.

Minat mereka masih membeli tetapi utamakan keperluan suami dan anak-anak berbanding dirinya. Hingga satu saat, baju sendiri tak terbeli bila keperluan sendiri diabaikan. Ikuti perkongsian Razzaaq Ajaq

ini dan hadam baik-baik.

Berkorban Untuk Anak, Keluarga

Saya kongsikan semula pengorbanan seorang ISTERI dan yang bergelar seorang IBU.
Semasa saya cari baju dalam bakul baru basuh. Ternampak baju ada kilat-kilat ni.

Tiba-tiba hati ni jadi sebak pula tengok baju ni. Baju isteri saya waktu bercinta sebelum kahwin dulu.

Sudah nak masuk 5 tahun kahwin tapi isteri masih lagi simpan dan pakai baju sebelum kahwin dulu.

Sebak pula hati bila tengok isteri sanggup berkorban tak shopping barang dan baju baru.

Bukan saya tak belikan tapi dia lebih utamakan belanja keperluan untuk suami dan anak.

Jangan Marah Kalau Isteri Suka Shopping Tapi Raikan Apa Yang Dia Nak

Isteri Beli Barang, Suami Jangan Banyak Tanya, Sebab Semua Untuk Keluarga Juga

Info Menarik, Klik Saja Di Sini. 

Isteri Mana Tak Suka Shopping, Korbankan Perasaan Untuk Keluarga

Isteri mana yang tak ingin shopping, tak nak pakai kereta mewah, tak bercuti tapi berkorban semata-mata nak beri keselesaan pada anak dan keluarga.

Wahai suami, hargailah isteri anda. Hargai pengorbanan tenaga, keinginan dan masa diorang.
Usaha lah untuk ubah diri jadi lebih baik. Kalau dapat tambah rezeki, reward mereka dengan hadiah dan kasih sayang.

Jangan sibuk cerita tentang tambah cawangan kalau yang ada pun tak hargai.

#cikguscooter

MW: Wahai suami, hargailah isteri yang banyak berkorban dan utamakan keluarga melebihi dirinya. Jika ada rezeki lebih, rewardlah isteri dengan hadiah yang ikhlas dari hati. Isteri bahagia, anda sekeluarga turut bahagia.

Sumber: Razzaaq Ajaq

Published by
Nur Syazwani Mehat