Isteri ‘Makan Hati’, Suami Ugut Cerai Bila Ungkit Duit Belanja Rumah Hanya RM20 Seminggu

Share

Sedihnya, bila memikirkan tentang duit belanja rumah sekarang ini. Macam air lah kalau pergi pasar. Beli satu barang dah berapa jumlahnya. Tak dapat bayangkan kalau seorang saja pasangan yang bekerja. Mahu kena catu apa yang penting saja.

Tapi sedihnya, kalau suami mampu tapi hanya beri duit belanja rumah sebanyak RM20 saja seminggu, itulah untuk beli barang dapur dan duit sekolah anak. Rasanya duit sekolah anak pun tak cukup.

Malah, 8 tahun bertahan dengan cara suaminya ini. Sampai sanggup berhutang dengan kakak sendiri dan kalau beritahu suami tentang ketidakcukupan itu, mulalah suami jgut untuk bercerai.

Sedihnya bila keadaan ini berlaku dan sampai bila mampu bertahan. Inilah yang dikongsikan oleh peguam syarie, Amalina Adam tentang seorang surirumah tangga yang merasakan jalan terbaik adalah perpisahan atau kaunseling untuk mengubah kehidupan mereka.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Tak Perlu Nak CANANG Bahagia Hakikatnya Setiap Hari ‘Makan Hati’, Ujian Hidup Berbeza

Isteri Bercakap Lebih Baik Daripada Senyap, Boleh Makan Diri, Rasa Tawar Hati!

Info Lebih Menarik DI SINI

Duit Belanja Rumah Tak Cukup, Isteri Makan Hati

Seperti mana yang dikongsikan oleh seorang wanita anak tiga yang ketika ini hanya mampu meluahkan rasa sedih di hati sebab tidak bernasib baik seperti isteri-isteri di luar sana.

Apabila diungkit tanggungjawab menyediakan barang dapur, suami akan naik hantu dan ugut cerai jika isteri sibuk meminta-minta. RM 20.00 sahaja dibekalkan seminggu untuk beli barang basah. cukup tak agak-agak? itulah wang belanja dapur yang isteri tersebut dapat setiap minggu.

Kalau masak telur kicap, telur sambal suami akan menyindir dengan kata “RM20.00 kau masak ini saja?, baik aku lepak mamak”.

Isteri tidak bekerja selepas berkahwin sebab suami minta isteri memberi tumpuan sepenuhnya kepada rumah tangga. Jaga anak-anak. Memang suami tidak mengizinkan isteri tersebut bekerja.

Isteri tidak berfikir panjang, terus bersetuju untuk berhenti kerja dan duduk di rumah. Tiada langsung wang simpanan. Suami kata mampu tanggung. Kini RM20.00 itulah termasuk duit poket anak sekolah.

Mentua Pandang Sinis

Mentua pula bila isteri tidak bekerja, tiada gaji sendiri, tengok menantu pun dengan penuh benci. Minta beras pun, mentua suruh ganti semula ikut kiraan berapa mangkuk isteri ambil.

Setiap bulanlah isteri akan ganti semula selepas kakak kepada isteri itu beri bantuan kewangan setiap bulan walaupun tak banyak dalam RM 150.00 sebulan. Kalau tak ganti memang akan kena marah dengan suami. Suami akan kata “pandai pinjam pandai bayar”.

Isteri tersebut sudah makan hati hampir 8 tahun perkahwinannya sampai naik malu dengan keluarga sebelah isteri dan suami. Hidup susah sebab suami kedekut sangat.

Duit habis ke mesin judi dan bayar hutang kawan-kawan suami. Harta suami memang harta suami sahaja dan tak akan berubah jadi harta isteri dan anak-anak.

Kini isteri tekad dan nekad untuk menuntut perceraian sebab sudah tawar hati dengan hubungan suami isteri ini lagi. Perkahwinan sudah jadi huru-hara.

Isteri sudah penat. Penat yang bukannya harini rehat esok sudah hilang, tetapi penat mental & emosi. Tak boleh lagi dibawa berbincang, jika didesak akan bergaduh.

Kalau isteri saja yang perlu buat segalanya, jadi sukar juga untuk isteri memberikan layanan seperti yang diharapkan. Mungkin pada pasangan lain, lain pula ceritanya.

Oleh itu, dengan membuat suatu keputusan secara berlapang dada dan menerima segala nasihat positif meyakini segala konflik dan problem pada hari ini dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin untuk manfaat bersama yang berkepentingan dalam perkahwinan tersebut.

Mingguan Wanita : Sampai bila mampu bersabar. Tiba masanya akan meletup juga. Suami, janganlah aniaya isteri. Fikirlah kebajikan isteri dan anak-anak.

Sumber: Amalina Adam, Peguam Syarie

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita – https://www.facebook.com/mingguanwanita/
Instagram Mingguan Wanita – https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Twitter Mingguan Wanita – https://twitter.com/MingguanWanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora