‘Bahaya’ sebenarnya bila leka bermain handphone, kerja rumah pun boleh jadi bertangguh dan lambat siap. Sampai suami isteri pun sampai boleh bergaduh!
Gara-gara leka dengan telefon bimbit sehingga terlupa menggosok baju suami, seorang wanita diugut sembelih di kediaman mereka di Seberang Takir, Kuala Nerus, semalam. Bukan itu saja, suspek turut menghambat anaknya dengan parang apabila cuba meleraikan perkelahian yang tercetus lagi selepas lelaki itu pulang dari kerja.
Baju Kerja Belum Bergosok
Menurut sumber, dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, suspek berusia 44 tahun itu sedang bersiap untuk ke tempat kerja apabila mendapati bajunya masih belum bergosok.
Ini menyebabkan suspek yang sudah terlewat, mengamuk dan memarahi isterinya yang berusia 38 tahun sebelum bertindak mengambil telefon bimbit wanita itu.
Wanita itu memujuk suaminya memulangkan semula telefon bimbitnya, namun suspek memaki hamun, mencekik dan menampar mangsa.
Ads
“Kekecohan yang berlaku disedari anak sulung pasangan berkenaan yang kemudiannya membantu meleraikan pergaduhan itu.
“Kemarahan suspek tidak berakhir di situ apabila dia pulang dalam keadaan marah kira-kira jam 9 malam itu.
“Suspek dikatakan menuduh mangsa menceritakan kejadian pagi itu dan masalah rumah tangga mereka kepada orang lain,” katanya.
Ads
Ugut Sembelih
Sumber itu berkata, suspek yang masih tidak berpuas hati mengambil sebilah parang lalu mengacukannya ke leher isterinya sambil mengugut akan menyembelih mangsa suatu hari nanti.
Pada masa itu, anak sulung mereka yang melihat kejadian itu bertindak memarahi suspek menyebabkan dia semakin berang lalu mengejar anaknya yang sempat lari menyelamatkan diri.
“Susulan kejadian itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Gong Badak untuk tindakan lanjut,” katanya.
Ads
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abd Rahim Md Din, ketika dihubungi, mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.
MW: Pesanan buat mak-mak dan para isteri, seeloknya siapkan kerja-kerja rumah yang patut disediakn dan disiapkan dahulu, barulah tengok handphone. Bukan apa, bila dah layan handphone memang leka.
Baru-baru ini, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Fuziah Salleh ada menyarankan golongan transgender menggunakan tandas OKU bagi mengelakkan kebimbangan dan perasaan tidak selamat di kalangan orang awam.
Katanya, saranan itu adalah suatu langkah yang difikirkan sesuai ketika ini, kerana kerajaan turut mengambil kira keresahan dan pendapat yang telah diutarakan ramai pihak yang bimbang berkenaan isu terbabit.
Ternyata, isu ini menarik perhatian ramai, serta ramai yang tidak bersetuju dengan saranan tersebut. Personaliti televisyen yang juga penyampai berita NTV 7, Ras Adiba Radzi,50 salah seorang golongan OKU yang terkesan dengan cadangan tersebut.Ras Adiba ada meluahkan rasa kesal dan tidak bersetuju dengan cadangan tersebut didalam posting Instagram dan Facebooknya baru-baru ini.
Didalam posting tersebut, Ras Adiba yang juga merupakan Pengerusi dan Pengasas Persatuan OKU Sentral, ada menulis surat terbuka kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Fuziah Salleh membantah saranan membenarkan golongan transgender menggunakan tandas orang kurang upaya (OKU).
Berikut Kandungan Surat Terbuka Ras Adiba Kepada Fuziah:
Assalamualaikum YB.
Saya sebagai Pengerusi dan Pengasas Persatuan OKU Sentral ingin menyampaikan bantahan kami di atas saranan YB untuk membenarkan LGBT menggunakan tandas kami.
Maaf kami sebulat suara tidak setuju. Ini adalah hak kami, kenapa perlu kami kongsi dengan mereka yang berupaya?
Tahukah YB bahawa tandas kami sering disalah gunakan Orang bukan OKU, juga untuk merokok, dijadikan bilik stor atau tempat rehat pekerja pembersihan.
Kami sudah sekian lama melalui keadaan sebegini, mengapalah YB ingin mencadangkan sebegitu?
Apa YB tidak membuat penyelidikan sebelum memberi cadangan ini dan apa YB tidak prihatin dengan keadaan kami ini?
Saya pohon YB sebagai seorang Menteri meminta maaf kepada komuniti OKU di Malaysia, kerana tindakan YB ini membuat saya dan sahabat-sahabat OKU semua marah.
Pohon berfikir dahulu dan hormati perasaan kami sebelum melulu memberikan cadangan tanpa tahu menahu akan hak kami.
Assalamualaikum
Ras Adiba Radzi
Pengerusi dan Pengasas
Persatuan OKU Sentral.
Terdahulu, Ras Adiba pernah terbabit dalam kemalangan jalan raya pada tahun 1996, sehingga terpaksa menjalani pembedahan tulang belakang dan kemudiannya disahkan lumpuh separuh badan pada Julai 2002. Meskipun disahkan berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) dan bergantung pada kerusi roda ia tidak menghalang wanita cekal ini untuk kekal aktif dalam meneruskan kehidupan seharian.
Mingguan Wanita mengharapkan agar pihak kementerian, mempertimbangkan cadangan yang lebih baik demi kebaikan buat semua golongan.
Pelukan merupakan salah satu tanda luahan rasa cinta dan kasih sayang pada pasangan mahupun terhadap anak-anak. Bukan sahaja sentuhan secara fizikal namun juga secara emosi.Ia mampu menambah keharmonian dalam rumah tangga, eratkan kasih sayang anak-anak, bahkan, sangat baik untuk kesihatan!
Jika pasangan dan anak-anak sering jatuh sakit diserang penyakit seperti selsema, batuk dan demam, ‘magis’ kuasa pelukan setiap hari dikatakan mampu memberikan kesihatan yang lebih baik. Ini kerana terdapat kajian bahawa dengan memeluk seseorang ia dapat mengelakkan penyakit-penyakit tersebut, berbanding mereka yang jarang dipeluk lebih mudah kena selesema, demam dan batuk.
Tingkatkan Ketahanan Diri
Sheldon Cohen, seorang Professor dari Carnegie Mellon University merumuskan bahawa tekanan dalaman mampu meningkatkan daya ketahanan diri seseorang daripada serangan penyakit.
Menggunakan 404 responden, Cohen dan rakan penyelidiknya melakukan ujian dimana sekumpulan daripada mereka akan dipeluk dan selebihnya tidak dipeluk.Selang 2 minggu, kumpulan yang dipeluk tidak diserang penyakit, sebaliknya kumpulan satu lagi mengalami simptom penyakit seperti demam dan selesema.
Cohen juga merumuskan bahawa dengan memeluk seseorang, ia mampu merendahkan rasa tekanan, seterusnya meningkatkan daya tahan seseorang.
Selain itu, antara kelebihan kuasa pelukan ialah;
Meningkatkan Kadar Hormon ‘Oxytocin’
Berpelukan mampu menghasilkan banyak Hormon oxytocin yang dikatakan juga sebagai hormon cinta. Apabila banyak hormon cinta dirangsang, maka bertambahlah kasih sayang dan ia dapat menghilangkan perasaan kesunyian atau kemarahan pada pasangan, malah pelukan pada anak juga mampu membuatkan anak lebih mendengar kata.
Tidur Lebih Nyenyak
Jika sukar tidur, mintalah pasangan memeluk semasa tidur. Kajian membuktikan, tidur berpelukan secara automatik membantu anda menyingkirkan masalah seperti sukar tidur (insomnia), merasa lebih relaks dan tidak memikirkan hal-hal lain dan membuatkan lebih cepat terlelap.
Tanda Luahan Kasih Sayang
Pelukan adalah tanda luahan kasih sayang antara suami dan isteri. Ia memperbaiki hubungan yang retak dan menyuburkan kasih sayang antara suami isteri serta meningkatkan kepercayaan pada pasangan.Malah menambah kasih sayang serta mengeratkan hubungan dengan anak-anak.
MW: Menarik juga kajian ini. Jadi buat suami isteri, rajin-rajinlah peluk pasangan dan anak-anak setiap hari. Banyak kelebihannya bukan sahaja dari segi kesihatan malah manfaat lain.
Bimbang tabiat hisap botol susu hingga tertidur diketahui keluarga, gadis ini sanggup menumpang rumah kawan.
Macam-macamlah hai, tapi itulah ada sesetengah orang memang sukar untuk meninggalkan habitnya ketika kecil.
Bimbang Tabiat Hisap Botol Susu Diketahui Keluarga
Seorang gadis dari Jakarta, Indonesia mendedahkan tabiat aneh rakannya yang menghisap botol susu seperti bayi meskipun telah dewasa, lapor laman berita Suara.com semalam.
Menerusi satu klip video yang dikongsikan di aplikasi TikTok, gadis tersebut memberitahu bahawa rakannya itu sering datang ke rumahnya untuk menumpang menghisap botol susu kerana bimbang tabiatnya itu diketahui keluarganya.
Gadis Ini Sanggup Menumpang Rumah Kawan
“Saya mempunyai seorang rakan yang gemar menghisap botol susu hingga tertidur. Semoga tidak sampai ke pengetahuan keluarganya.
“Jika dia melakukan aktiviti ini di rumahnya, pasti dia dimarahi keluarganya kerana masih menghisap botol susu walau sudah dewasa,” kata keterangan pada video tersebut.
Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada netizen.
“Kalau sudah mempunyai anak, pasti dia akan berebut botol susu dengan anaknya,” komen seorang pengguna.
“Sama seperti saya. Sudah berusia 20 tahun namun masih menghisap botol susu,” kata seorang lagi netizen. – Agensi
Mingguan Wanita : Walaupun susah, gadis ini perlu juga mencuba untuk meninggalkan tabiat buruknya. Bimbang juga tabiat itu lama-kelamaan membuatkan dia hilang keyakinan diri.
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan https://t.me/bangkitwanitaMW
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...