ister kuat sentap bagaimana suami nak hadap

 

Kuat sentap? Apa tu? Mengikut Definisi Dewan Bahasa dan Pustaka, sentap ialah menarik dengan kuat. Namun jika dikaitkan sikap seseorang, apa yang dikatakan sentap atau tersentap itu terjadi apabila terbit rasa sakit hati dam terasa dengan sindiran, nak marah tak tentu pasal ataupun terkejut dengan kenyataan seseorang.

Orang yang kuat sentap ini terlalu emosi, sensitif dan tidak boleh menerima teguran walaupun teguran itu sekadar gurauan, terlalu mengikut perasaan dan kuat merajuk. Sebagai seorang suami, kadangkala bosan dan penat juga bila berdepan dengan sikap isteri yang terlalu sensitif dan kuat sentap ini kan? Pantang silap, dia akan sentap dan merajuk. Aduh, bagaimana ye?

Bukan Sempurna

Anda kena ingat, isteri juga manusia biasa yang ada banyak kekurangannya. Sama seperti diri anda. Sebagai pasangan, anda perlu terima kekurangan masing-masing. Nak tak nak, anda perlu jalankan tanggungjawab anda untuk mendidik isteri dan mengubah sikap mereka yang tidak elok itu.

Kenal Pasti Punca

Apa puncanya isteri anda teramat sensitif sehingga dia mudah tersentuh hati dan sentap walau pun dengan anda suaminya sendiri. Mungkin isteri mengalami tekanan yang tidak dapat diluahkan. Jadi sentiasa cuba berbual dengan isteri agar dia ada tempat untuk meluahkan segala apa yang dia rasa. Jangan sampai dia memendam rasa seorang diri.

Ads

Isteri Kuat Sentap, Bagaimana Suami Nak Hadap?

Elakkan Buat Isteri Marah

Sebagai suami, sudah pasti anda tahu apa yang isteri suka dan tak suka. Kalau dah tahu isteri tak boleh ditegur bab penampilan fizikalnya, elakkan menyentuh tentang perkara itu walau pun niat anda sekadar untuk bergurau.

Ads

” Mama ni comellah, dah macam teddy bear papa tengok.”

Gerenti dia akan sentap dan merajuk mendengar kata-kata itu. Mana taknya, perkataan ‘teddy bear’ itu merujuk kepada bentuk badan yang tembam dan montel. Bermakna anda sudah begurau tentang berat badan, yang merupakan perkara sensitif bagi ramai wanita. Jadi, awas bila bergurau ye wahai suami!

Ads

Teguran Berhemah

Sikapnya itu boleh menjadi bertambah buruk jika tak ditegur. Bayangkan kalau dia bersikap yang sama dengan orang lain. Pasti orang tak selesa dengan dirinya. Pantang bergurau atau orang bercakap sesuatu yang tidak disukai tentang dirinya atau pendapatnya tak diterima orang, terus dia terasa hati dan sentap.

Kena belajar berlapang dada dan isi diri dengan aura positif. Jangan anggap buruk terhadap komen dan gurauan orang yang mungkin tak bermaksud apa-apa. Kalau bersembang serius sepanjang masa, tak syok juga kan?

Ada masanya pula dia sentap dan merajuk bila kehendaknya tak dipenuhi. Sebagai orang yang paling rapat, sentiasa nasihati dia. Bukan semua perkara berlaku mengikut kehendaknya sahaja. Begitu juga dengan orang lain. Jadi, bila kehendaknya tak dituruti, jangan pula terasa hati dan sentap.

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI