Wanita penuh dengan emosi dan lebih cenderung untuk mempamerkan apa yang mereka sedang rasaikan pada pasangan mereka. Dengan harapan, pasangan atau orang yang paling hampir dengan mereka akan faham apa yang mereka rasa.
Sebagai suami, pernah tak isteri anda merajuk? Puncanya anda sendiri pun tak dapat kesan. Apakah anda hendak biarkan saja atau memujuk isteri yang sedang merajuk?
Sebagai suami, anda tentu sudah mulai faham (walau pun belum sepenuhnya) bila isteri anda sedang merajuk. Mungkin dia banyak diam. Kalau ditanya, sepatah saja dijawab. Kemudian, sengaja menyibukkan
diri dengan kerja rumah dan anak-anak, seolah-olah menggelakkan diri daripada bercakap/ bermesra dengan anda.Jika begitu, cubalah cari puncanya mengapa isteri merajuk. Barulah anda boleh pujuk.Selain itu, terdapat cara-cara tertentu untuk memujuk isteri. Setiap wanita ada cara nak melembutkan hati mereka.
Di sini, apa yang dimaksudkan dengan ‘kelemahan’ isteri adalah apa yang dia suka atau sesuatu yang boleh buat dia ‘cair’. Ada wanita yang memang sukakan kejutan, jadi buatlah kejutan untuknya. Contohnya dalam diam, tempah jambangan bunga dan minta dihantar ke rumah. Pasti senyuman akan mekar di bibirnya umpama kuntuman bunga yang diterimanya itu.
Ada juga yang bersikap praktikal, cara untuk memujuknya pun mudah saja. Bila anda bantu dia uruskan kerja-kerja rumah yang belum sempat disiapkan, pasti dia akan rasa gembira. Sedikit demi sedikit, hampiri dia, dan tanya apa yang buat dia merajuk. Bila hati dan gembira, tentu dia akan berkongsi dengan anda.
Ingat wahai suami, jika puncanya disebabkan anda, minta maaf jika perlu. Tak jatuh maruah suami bila minta maaf dengan isteri. Berikan penjelasan sewajarnya.
Kadangkala pening juga kepala bila punca rajuknya hanya perkara-perkara remeh. Contohnya anda tidak memeluknya seperti biasa bila pulang kerja. Kalau begitu, lekas-lekas bagi pelukan dan ciuman
mesra untuknya. Jelaskan juga, di saat itu anda terlalu penat dan ‘terlupa’. Sebenarnya itu adalah tanda dia inginkan perhatian daripada anda, suaminya. Anggaplah dia rindu bila seharian tidak berjumpa kerana anda bekerja. Sweet bukan?Apa pun, jangan biarkan rajuk isteri tidak dipujuk. Ia boleh menjadi satu bebanan emosi di hatinya. Lain pula jadinya nanti!