Isteri kuat membebel ibarat irama dan lagu. Tahukah anda bahawa memiliki isteri yang suka membebel bermakna isteri anda seorang yang sihat dan normal. Wanita tanpa bebelan umpama bunga yang tiada serinya.
Sikap yang dikatakan seperti ’emak-emak’ ini sebenarnya satu perkara yang normal. Tetapi jika keterlaluan, ianya mampu mencetus perbalahan, bebelan selalunya berkurangan ketika remaja, namun sikap berkenaan mampu melarat sehingga fasa perkahwinan sampaikan kadangkala membingitkan telinga suami mereka.
Bukan itu sahaja, ada juga suami yang terpaksa menahan marah apabila isteri mereka bersikap sedemikian rupa dengan terlalu kerap. Namun menerusi beberapa perkongsian ini, mungkin orang lelaki boleh melihat perkara tersebut dari sudut berbeza.
Artikel berkaitan: Isteri Yang Biasa Kuat Membebel Tiba-tiba Senyap, Berhati-hatilah Wahai Kaum Suami
Terapi buat perempuan
Melalui perkongsian seorang individu bernama Hassan Muhammad menerusi Facebooknya, dia menyifatkan bahawa sifat membebel merupakan bukti tahap kesihatan wanita. Jika kita saksikan sendiri, serang wanita masih banyak bercakap meskipun sudah seharian penat melaksanakan tugas sebagai suri rumah.
Isteri kuat bebel, suami makin sihat
Mengikut kajian yang dibuat oleh seorang penyelidik bernama Profesor Hui Lui, siapa menduga rupanya personaliti membebel seorang isteri juga mempengaruhi kesihatan suami.
Sebagai contoh sekiranya suami mengalami masalah kesihatan kencing manis di mana perlu peka dengan pengambilan ubat ataupun kawalan pemakanan, isteri yang kuat membebel akan memainkan peranannya untuk memberi peringatan secara berkala. Ini sekali gus mematahkan tanggapan bahawa kesihatan akan terjejas sekiranya kuat membebel.
Artikel berkaitan: Isteri Membebel Itu Bukan Sifatnya, Tapi STRESS Dengan Perangai Suami
Membebel bukti sikap tanggungjawab wanita
Mungkin sesetengah suami beranggapan bahawa sikap membebel itu adalah sangat menjengkelkan dan tiada kepentingan langsung. Namun tahukah anda, sebenarnya ia membuktikan bahawa wanita itu penuh dengan sikap bertanggungjawab dan sangat peka dalam memastikan keluarganya terurus. Menerusi artikel The Asian Parent juga, isteri kuat membebel juga petanda dirinya dipenuhi dengan rasa penyayang.Gambar sekadar hiasan
Jika isteri anda seorang yang suka membebel, itu bermakna isteri anda seorang yang sangat sayangkan anda dan seorang yang bertanggungjawab!
Artikel berkaitan: Tip Jadi Isteri Yang Tak Membebel, Kalau Amal Mesti Suami Lebih Sayang Dan Buat Kerja Rumah Tanpa Disuruh
Sumber: Facebook Muhammad Hassan