Isteri Kesepian Upah ‘Jurupeluk’ Profesional Ketika Berjauhan Dengan Suami

Share

Tak dinafikan kuasa pelukan mempunyai magis yang tersendiri. Ia mampu memberi ketenangan emosi dan mengeratkan lagi hubungan terutamanya buat suami isteri. Bagi pasangan yang tinggal bersama ia tidak menjadi satu masalah untuk berpelukan setiap hari, namun bagi suami isteri yang berjauhan ia menjadi satu cabaran untuk memenuhi ‘keperluan’ ini. Sehinggakan ada yang sanggup mengupah ‘Jurupeluk’ Professional.

Mungkin pelik dan agak janggal apabila seorang wanita di Amerika Syarikat mendedahkan bahawa dia menggunakan khidmat orang asing untuk memeluknya ketika berjauhan dengan suami, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Lebih memeranjatkan, suaminya tidak kisah akan hal tersebut.

Guna Khidmat Jurupeluk Profesional

Wanita dikenali sebagai Saskia itu menggunakan khidmat jurupeluk menerusi Cuddlist iaitu sebuah platform yang menawarkan khidmat pemeluk profesional.

Saskia berkata, dia menggunakan khidmat Cuddlist selepas berpindah ke New York untuk menyambung kerjaya lakonannya.Perpindahannya menyebabkan Saskia berjauhan dengan suaminya, Arthur untuk satu tempoh yang lama.

Keadaan itu menyebabkan Saskia kesepian, lantas mengupah pemeluk profesional untuk memenuhi nalurinya dengan bayaran AS$80 (RM332) sejam.

“Ramai menganggap perkara ini pelik kerana saya seorang wanita yang sudah berkahwin.

“Namun, saya tidak hiraukan cakap-cakap orang kerana saya sukakan perasaan disayangi dan bagaimana ia memberi kesan pada tubuh saya,”

ujar Saskia dalam program televisyen Love Don’t Judge.

Isteri Suka Sentuhan

Sementara itu, Arthur berkata, meskipun dia dan isterinya menjalani hubungan monogami, dia tidak menganggap aktiviti Saskia melanggar integriti hubungan mereka.

“Saskia memang suka akan sentuhan dan selesa untuk berada di sekeliling orang lain.

“Apabila kami bersama, kami kerap berpelukan, jadi saya faham mengapa dia memerlukan sentuhan seorang manusia,” jelasnya. – Agensi

Baca Lagi Di Sini:
SAINTIS Ramal Lebih Ramai Pasangan SUKAR Dapat Anak Menjelang 2045
Magis Kuasa Pelukan, Mak Ayah JANGAN BERHENTI Peluk Anak-Anak
Betulkan Cara Bercakap Dan Peluk Anak Lelaki Atau Perempuan, Hasilnya Mereka Lebih Dengar Kata

MW: Suami isteri berpelukan setiap hari memang beri kesan baik untuk emosi dan mengeratkan lagi kasih sayang. Namun bila berpelukan dengan orang asing, memang rasa janggal malah sangat dilarang dalam agama iya.

Sumber: Kosmo

 

Mingguan Wanita juga boleh diikuti di

YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial

Telegram: https://t.me/bangkitwanitaMW

Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita

Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita

Published by
Suhaidah Abd Wahab