Isteri kerap tolak lakukan hubungan, ini pandangan mufti buat suami yang rasa teraniaya. Setiap manusia Allah ciptakan hidup berpasangan dan saling melengkapi antara satu sama lain.
Penciptaan dua gender ini agak unik. Secara fizikalnya, lelaki berbentuk gagah dan kuat. Dan sifat ini mereka dijadikan pelindung buat kaum hawa. Perempuan pula fizikalnya lebih lemah. Sebab itulah, dalam hati mereka penuh sifat kasih sayang dan lemah lembut. Pun begitu, Allah menjadikan keduanya saling melengkapi melalui perkahwinan.
“Dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (Hawa), dan daripada kedua-duanya Allah mengembang biakkan lelaki dan perempuan yang ramai.” (Surah An nisa, ayat 5).
Tapi bagaimana kalau ada hubungan perkahwinan yang pada awalnya bahagia tetapi kemudian bertukar bila isteri kurang melayani hubungan intim? Bukan saja kerap tolak tapi ada kala menjangkau setahun lamanya dengan pelbagai alasan serta tidak mempeduli nasihat suami dan tidak menjaga ibadat kepada Allah SWT. Jika isteri bersikap seperti itu, adakah wajib bagi suami untuk memberi nafkah kepada isteri?
Berikut adalah jawapan dari Mufti Wilayah Persekutuan mengenai isu dibangkitkan.
Jawapan:-
Nafkah Dan Tanggungjawab Suami Isteri
Nafkah adalah pembelanjaan keperluan manusia seperti makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan selainnya. Ia dinamakan Nafaqah kerana dikeluarkan atau digunakan untuk keperluan itu. (Lihat: al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 4/274)
Para ulama bersepakat (Ijma’) suami wajib memberi nafkah kepada isterinya. Ini seperti mana firman Allah SWT:
وَالْوَالِدَاتُ يُرْضِعْنَ أَوْلَادَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ ۖ لِمَنْ أَرَادَ أَن يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ ۚ وَعَلَى الْمَوْلُودِ لَهُ رِزْقُهُنَّ وَكِسْوَتُهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ
Maksudnya: Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. (Surah al-Baqarah 233).
Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI:- Suami Isteri, Bacalah 3 Doa Ini Sebelum & Selepas Melakukan Hubungan Intim Agar Anak Dilahirkan Soleh
Suami Usia 80 Tahun Kelar Leher Isteri Hanya Kerana Tolak Ajakan Hubungan Intim!
Jalin Hubungan Cinta Dengan Lelaki 44 Tahun Lebih Tua, Wanita Ini DiGelar Pengikis
Syarat Wajib Suami Memberi Nafkah Kepada Isteri
Nafkah disyaratkan ke atas suami sekiranya isteri memenuhi syarat yang ditetapkan. Di dalam al-Fiqh al-Manhaji telah membahagikan kepada dua syarat iaitu:
Jika kesemua syarat itu dipenuhi, maka wajib bagi suami untuk memberi setiap nafkah yang diperlukan oleh isteri. (Lihat: al-Fiqh al-Manhaji: 4/181-182)
Nusyuz
Dr. Muhammad Zuhaili mentakrifkan Nusyuz bermaksud derhaka. Dan nusyuz seseorang perempuan ialah derhaka kepada suaminya dengan mengingkari ketaatan terhadap suaminya. Dan Nusyuz bagi lelaki ke atas wanita adalah meninggalkan tanggungjawabnya dan menyakiti pasangannya. (Lihat: al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e: 4/90)
Firman Allah SWT:
اللَّاتِي تَخَافُونَ نُشُوزَهُنَّ فَعِظُوهُنَّ وَاهْجُرُوهُنَّ فِي الْمَضَاجِعِ وَاضْرِبُوهُنَّ
Maksudnya: Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). (Surah al-Nisa’: 34)
Perbuatan Nusyuz yang dilakukan isteri adalah haram dan ia merupakan salah satu daripada dosa-dosa besar. Ini seperti mana hadis daripada Abi Hurairah RA, Sabda Nabi SAW:
إِذَا دَعَا الرَّجُلُ امْرَأَتَهُ إِلَى فِرَاشِهِ فَلَمْ تَأْتِهِ فَبَاتَ غَضْبَانَ عَلَيْهَا لَعَنَتْهَا الْمَلاَئِكَةُ حَتَّى تُصْبِحَ
Maksudnya: Apabila suami mengajak isteri untuk tidur bersama-sama, kemudian isteri tidak mahu datang dan suaminya tidur dalam keadaan marah, maka malaikat melaknati isterinya sehingga ke pagi. Riwayat Muslim (1436)
Dr. Muhammad Zuhaili di dalam kitabnya menyatakan Nusyuz seorang itu berlaku dalam pelbagai keadaan dan gambaran. Seperti seorang isteri tidak taat dan tidak patuh kepada suaminya, sebagai contoh keluar rumah tanpa keizinan suaminya tanpa ada keuzuran yang membenarkannya seperti keluar berjumpa dengan qadi dan mencari nafkah bagi membantu suami yang susah. Atau enggan bersetubuh dalam keadaan uzur syarie’ dan sakit (Lihat: al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 4/92)
Kesimpulan
Berdasarkan persoalan di atas dan nas yang diberikan, perbuatan seorang isteri tersebut kepada suaminya tidak sepatutnya berlaku. Ini kerana tanggungjawab seorang isteri adalah melayan suaminya dengan baik serta memenuhi tuntutan suaminya. Melainkan sekiranya suami meminta kepada perkara yang diharamkan syara’ atau isteri dalam keadaan uzur dan sakit.
Suami dan isteri seharusnya berbincang dan mencari jalan penyelesaian yang baik. Sekiranya isteri masih tidak berubah, maka suami boleh lakukan apa yang disarankan di dalam al-Quran. Firman Allah SWT:
اللَّاتِي تَخَافُونَ نُشُوزَهُنَّ فَعِظُوهُنَّ وَاهْجُرُوهُنَّ فِي الْمَضَاجِعِ وَاضْرِبُوهُنَّ
Maksudnya: Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). (Surah al-Nisa’: 34)
Oleh itu, suami tidak diwajibkan untuk memberi nafkah sekiranya isteri tidak melakukan tanggungjawabnya kepada suami serta berkelakuan nusyuz. Melainkan, sekiranya tuntutan suami menyalahi batasan syara’ maka isteri boleh menolak perkara tersebut dan tidak menggugurkan kewajipan suami untuk memberi nafkah.
Namun sebaiknya, perkara ini dibawa kepada pihak yang berautoriti untuk menjalankan proses sulh yang terdapat di dalam undang-undang keluarga islam di negeri-negeri. Ini bertujuan mengadakan perjanjian damai serta menyelsaikan perselisihan di antara suami dan isteri.
Semoga penjelasan ini memberi manfaat kepada penanya. Kami berdoa agar Allah memberikan sakinah kepada keluarga.
JEANS BURUK JANGAN BUANG, SERTAI KELAS JAHITAN KAMI. BUAT TOTE & SHOPPING BEG
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery