Sesetengah isteri kerap marah bila anak buat sesuatu perkara yang boleh dikatakan hanyalah perkara kecil. Kadang-kadang perasan itu mungkin dari sebab lain tetapi anaklah yang dijadikan alasan untuk melepaskan geram.
Biasanya, perasaan yang tidak puas hati dialami oleh isteri adalah disebabkan oleh suami. Bukan untuk salahkan suami tetapi ada juga pasangan langsung tidak pandai mengambil hati suami dan menyerahkan segala kerja rumah di bahu isteri.
Tiada rasa untuk menolong dan merasakan segala tanggungjawab kerja rumah isteri yang harus lakukan. Sedangkan kerja rumah yang dilakukan oleh isteri memang tidak pernah habis. Suami pula hanya duduk ‘pose cantik’ di ruang tamu sambil menonton televisyen. Sehinggakan isteri mula pendam perasaan.
Baca Artikel Lebih Menarik Di Sini: Suami Isteri Kena Ada ‘We Time’. Inilah Masa Nak Luah Perasaan Yang Terbuku
Isteri Berleter Bukan Marah Atau Panas Baran TAPI Sekadar Luah Perasaan
Info Info Lebih Menarik DI SINI
Tiada apa yang diharapkan oleh isteri selain suami ada di sisi. Bayangkan kalau sebelum kahwin, suami bukan main banyak ‘cerita’ untuk dikongsi, ada saja ‘modal’ untuk berbual. Tapi bila sudah berkahwin, ‘modal’ untuk bercerita mula habis dan banyak mendiamkan diri.
Kadang-kadang, bila duduk bersama, 10 patah perkataan yang ditanya isteri, hanya satu patah perkataan yang dijawab suami. Mahunya isteri tidak marah atau merajuk. Ini belum lagi kalau isteri meluahkan perasaan atau masalah lain yang mungkin boleh dikongsi bersama suami.
Hakikatnya, ia tidak seperti yang diharapkan oleh isteri. Ada saumi hanya mendengar tanpa sebarang reaksi. Akhirnya, isteri hanya berlalu begitu sahaja. sedihnya. Jadi, keadaan inilah yang membuatkan isteri mula melepaskan geram pada anak-anak.
Perkongsian daripada Maha Blur ini boleh dijadikan panduan suami di luar sana. Isteri yang sentiasa melakukan kerja rumah memang tidak pernah habis dan ada yang lupa untuk berehat. Jadi, suami bila tengok keadan isteri ini, cubalah ajak keluar untuk berbual dan dengar keluh resahnya. Mungkin inilah boleh meredakan sedikit apa masalah yang dialami oleh isteri.
Ada sesetengah isteri suka meluahkan perasaan marah atau tidak puas hati di media sosial. Sehinggakan oelang yang tidak tahu, mula tahu apa keretakan yang berlaku dalam hubungan suami isteri itu.
Biasanya isteri uang mudah nampak perasaan marahnya kerana dialah isteri yang jarang diajak berbual oleh suaminya.
Suami kurang mendengar keluh resah isteri sehingga dia melepaskan tempias marahnya pada tempat yang salah. Wahai suami, cubalah fahami isterimu.
Apa yang isteri lakukan adalah untuk suami dan anak-anak. Dia rela tinggalkan keluarga dan kampung halaman demi untuk bersama suami. Sedar tak, nyawa isteri umpama di hujung tanduk saat ingin melahirkan anak.
Suami, ketahuliah isteri adalah makhluk lemah secara fisik. Ada sahaja yang perlu dilakukan bermula dari waktu subuh sehinggalah ke malam. Ini belum lagi memikirkan duit belanja yang diberikan oleh suami, adakah ia mencukupi bulan ini atau sebaliknya.
Badan dan jiwa yang penat, sepatutnya suami bukan sahaja berikan wang perbelanjaan tetapi sertakan sekalu ganjaran dengan kasih sayang, pelukan dan jangan hanya wang perbelanjaan bulanan atau bawa berjalan-jalan semata-mata.
Jadi, untuk semua suami di luar sana, jika anda mencintai dan menyayangi seperti masa awal-awal berkahwin dahulu, penuhilah keperluan zahir dan batinnya.
Jika mahukan isteri yang lembut, romantis seperti yang anda harapkan, suami kena fikir apakah yang diberikan selama ini kepada isteri sudah cukup terutamanya dalam mendengar keluh resah. Kalau masih belum, mintalah isteri bercerita dan dengarkan dengan saksama. Bincang dan berbuallah, jangan hanya tahu ego tanpa menyedari kesalahan sendiri.
MW: Bila isteri bercakap atau meluahkan perasaan, cubalah balas percakapan dan berilah komen. Sekurangnya isteri tahu, suami memahami. Bukannya hanya dengar tanpa memberi sebarang ulasan.
Sumber: Maha Blur
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita