Isteri kena dera suami meninggal dunia, jiran dedah pasangan kerap bergaduh. Seorang isteri menjadi mangsa keganasan rumahtangga apabila didera hingga meninggal dunia.
Menyedihkan, suaminya berpangkat Dato dan berdarah Pakistan telah melarikan diri selepas menghantar wanita ini ke sebuah hospital swasta selepas membelasah isterinya. Namun sebaik mendapat tahu isterinya meninggal, lelaki dikenali sebagai Mohamed Imran bin Mohamed Yunos telah melarikan diri dan kini dalam buruan pihak berkuasa.
Difahamkan arwah telah dibelasah oleh suaminya sehingga tidak sedarkan diri. Hasil pemeriksaan pegawai perubatan, terdapat kesan cedera dan lebam di seluruh tubuh mangsa akibat dipukul objek tumpul sehingga mengalami kecederaan dalaman serius selain terdapat kesan kecederaan di seluruh badan.
Dalam pada itu, hasil perkongsian individu di fbnya, Azmierawatie Hazlienda Musa yang juga adik kepada arwah telah berkongsi wajah lelaki pendera ini untuk diviralkan kepada orang ramai selepas kematian kakaknya terjadi.
Tulisnya, “salam mohon jasa baik semua tolong sebarkan bagi menjejaki suspek utama penyebab kematian ke atas kakak saya Azween Noor binti Alias. Suspek Mohamed Imran bin Mohamed Yunos, adalah suami mangsa. Kes kini di bawah siasatan pihak polis. Sesiapa yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan suspek boleh la menghubungi saya di talian 0192336310.
Perkongsiannya ini ternyata menarik minat kenalan fbnya yang memaklumkan pasangan ini satu tingkat dengan kediamannya dan dipercayai kerap bergaduh hingga dia pernah melaporkan kepada pihak pengurusan kediaman.
“Dulu dia orang stay Evo kan? Sma level dengan unit saya stay. Selalu dengar dia orang gaduh dan dengar macam berlaku keganasan rumah tangga tapi tak berani nak buat apa-apa. Saya mampu report dekat security dan management je. Polis pun pernah datang tapi lepas tu dia orang pindah.
Dalam pada itu memetik laporan Harian Metro, adik kandung arwah Azmir Alias, 37 memaklumkan, arwah tidak pernah bercerita mengenai masalah rumahtangga. Malah mereka juga jarang bertemu kerana kesibukan masing-masing.
Azmir adalah adik kepada Azween Noor, 38, yang maut dipercayai didera suaminya
di sebuah pangsapuri di Sungai Long, Kajang, Ahad lalu.BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Kisah Benar! Ustazah Tangani Kes Isteri Didera Mental Fizikal 30 Tahun Oleh Suami, Dipijak Hingga Keguguran 3 Kali
Suami YouTuber Masakan Terkenal Direman Tiga Hari, Dipercayai Cederakan Isteri
Nur Raisha Amanda Didera Kekasih Ibu Kerana Aktif & Bising, Lelaki Sudah Ditahan Polis
Tak Tahan Kerenah, Ibu Usia 74 Tahun Sakit Strok Maut Didera Anak Menantu
Azmir berkata, kali terakhir keluarganya bertemu dengan arwah adalah pada Aidilfitri lalu dan arwah tidak bercerita yang dia didera.
“Arwah memang seorang yang pendiam, dia bercakap apabila perlu sahaja, dia tidak pernah bercerita soal rumah tangganya. Ada dia beritahu mengenai suaminya yang kerap kerja di luar kawasan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Menurutnya, keluarga juga tidak pernah bertemu dengan suaminya (suspek) sejak arwah melangsungkan perkahwinan enam tahun lalu.
“Suaminya tidak membenarkan arwah ke rumah ibu, kami juga pelik dengan sikap lelaki itu. Pernah satu ketika ibu ke rumah arwah namun dihalau lelaki terbabit menyebabkan sehingga kini ibu tidak pergi ke rumah arwah,” katanya.
Katanya, arwah meninggalkan dua cahaya mata berusia enam dan tiga tahun yang kini di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
“Kami sekeluarga ingin membuat permohonan untuk menjaga kedua-dua anak arwah,” katanya.
Semalam, polis memburu seorang lelaki dikenali sebagai Mohamed Imran Mohamed, 32, yang beralamat terakhir di Apartment Sutera Pines, Jalan Sutera Pines, Sungai Long, Kajang.
Lelaki terbabit dipercayai suspek dalam kejadian mendera isterinya sehingga mati sebelum dihantar ke hospital. Wanita terbabit dihantar suaminya ke pusat perubatan berkenaan dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Selepas mendapat tahu isterinya disahkan sudah meninggal dunia, lelaki itu menghilangkan diri.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Figura watak mak-mak dalam drama mahupun filem Malaysia.