Isteri mestilah cantik untuk suami. Betul tak? Barulah suami tambah sayang. Bila cakap tentang kecantikan, cukup sinonim dengan diri seseorang wanita. Tanyalah, siapa yang tak nak kan? Ada wanita yang dianugerahkan rupa paras yang menawan namun ada juga yang perlukan usaha untuk dia menyerlahkan kecantikan dirinya.
Ye Ke Isteri Cantik Untuk Suami?
Selain itu, sebagai isteri, pasti ingin kelihatan cantik demi untuk suami tercinta. Suami mana yang suka lihat pasangan dia comot dan selekeh kan?
Menurut Prof Madya TS. Dr. Mohd Nor Mamat, Pensyarah Kanan UiTM, tak dinafikan lelaki memang suka sesuatu yang cantik, termasuklah suka pandang wanita yang lawa. Itu memang fitrah lelaki suka wanita cantik, tapi kenalah berpandukan pada ilmu dan iman.
Betul ke bila dah tua suami rasa isteri dah tak lawa?
“ Apabila seorang lelaki itu memilih seorang wanita sebagai pasangan hidupnya, bermakna wanita itu sudah cukup cantik bagi diri lelaki itu. Itu isteri kena tahu.
“Bila semakin berusia, memang ramai wanita akan rasa bimbang, dirinya dah tak cantik di mata suami seperti ketika muda dulu.
Ads
“ Seseorang wanita itu tetap menawan walau pun sudah tua, tapi kata orang, ‘cantik orang tua’. Tak boleh bandingkan usia muda dan usia tua. Cantik di usia tua takkan sama cantik ketika muda.
” Yang penting, kena sentiasa kemas dan bersih di depan suami. Jangan asyik nak berbaju kelawar saja di rumah. Kena ingat, suami dulu berkahwin dengan ‘anak orang’ bukan anak kelawar,” jelas Prof Madya TS. Dr. Mohd Nor Mamat lagi secara bergurau.
Hargai Pasangan
Dalam hal ini, suami kena main peranan dan kena hargai isteri. Kalau suka pasangan berlawa untuk mereka, kena tengok juga. Tak suka dia pakai baju kelawar, tapi kalau itu saja baju yang dia ada, tak boleh salahkan dia. Apa pun, asas kecantikan adalah kebersihan diri.
Pada zaman penggunaan media sosial secara meluas ini, suami kena ambil tahu tentang isteri. Pantau mereka. Misalnya dia dah bersiap cantik, ambil gambar dan muat naik ke media sosial. Alasan mereka, cantik mereka adalah untuk suami. Tapi dalam tak sedar, mereka dah benarkan orang lain memuji mereka termasuk lelaki-lelaki lain.
Isteri juga kena ingat niat mereka berhias adalah untuk suami. Tapi jangan sampai suami-suami orang lain pula yang tergoda!
Suami Kena Rajin Puji
Prof Madya TS. Dr. Mohd Nor Mamat menyatakan, suami kena selalu memuji isteri.
“ Ini membuatkan isteri akan rasa ada orang yang menghargai dirinya. Dia tak perlu lagi orang lain puji. Tapi jika suami tak suka puji, inilah yang membuatkan dia mencari pujian daripada orang lain termasuk memuat naik gambar di media sosial. Mungkin mereka ini inginkan perhatian dan kurang kasih sayang,” akhiri Prof Madya TS. Dr. Mohd Nor Mamat.
Biasanya Anemia atau lebih dikenali sebagai penyakit kurang sering dialami wanita dan remaja perempuan. Kaum ini lebih berisiko mengalami anemia kerana kekurangan zat besi lebih banyak berbanding lelaki, sedangkan keperluannya dalam sehari adalah tinggi.
Masalah anemia sering dilihat sebagai penyakit ringan tapi sebenarnya tak dipandang remeh sebab berpotensi menjejaskan sistem imun. Jadi apa pula kesan pada si bayi? Haaa… ini yang doktor Taufiq Razif dah kupaskan, mohon kaum mak-mak baca sampai habis.
Kesan Anemia Pada Bayi
Ya Allah. Rupanya ramai lagi yang pandang sebelah mata je penyakit ‘kurang darah’ ( anemia ) masa tengah hamil. Ada yang sanggup taknak makan ubat yang doktor bagi. Jangan camtu wahai ibu-ibu semua.
Kalau doktor dah bagi ubat tambah darah Iberet ataupun Obimin tu makan je la ye. Mungkin kadang-kadang timbul rasa tak selesa di perut, cirit birit dan loya bagi sesetengah orang tapi demi bayi kat dalam perut tu tolong la tahan kejap.
Kesian bayi kat dalam perut ni. Tahu tak apa boleh jadi pada si comel kat dalam perut tu kalau haemoglobin rendah sangat?
1. Bayi tu boleh keluar awal daripada yang sepatutnya / kelahiran pra-matang. Bayangkan lah apa jadi kalau dah keluar lebih awal daripada waktunya. Paru-paru dia tak kuat lagi. Organ lain pun tak matang lagi. Macam-macam lagi boleh jadi.
2. Boleh sebabkan kematian bayi dalam kandungan ( Intrauterine Fetal Death ) disebabkan bayi tu tak dapat cukup oksigen. Yela, haemoglobin tu kan tugasnya nak angkut oksigen. Rosak la otak anak kita kalau tak cukup oksigen kat dalam tu.
3. Kemurungan pada si ibu tu sendiri selepas melahirkan yang dipanggil Post Partum Depression. Memang anemia ni dikaitkan juga antara penyebab kemurungan pada ibu lepas bersalin. Tiba-tiba rasa diri tak berguna, emosi jadi tak menentu dan boleh jadi timbul perasaan nak cederakan anak sendiri!
Apa pun ikut cakap doktor ye. Kalau rasa loya dan tak selesa perut masa makan ubat tu boleh makan bersama makanan lain kecuali susu, pil kalsium dan antasida.
Boleh juga cuba makan daging ayam untuk tambah zat besi dalam darah terutamanya bahagian hati ayam tu dan boleh juga cuba makan kismis, roti, ikan, jem kacang, oat dan sayuran hijau macam bayan dan lain-lain.
Nota:
Tolong save info ni dalam handphone masing-masing ye sebab ilmu ni akan sangat berguna bila dah hamil nanti.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ada benarnya, dalam kesibukan menguruskan keluarga dan anak-anak berperanan menjadi mak ayah, kadang kita terlupa untuk menjadi suami isteri. Sebenarnya setiap pasaangan kena ‘curi masa’ untuk dating berdua, barulah hubungan tak hambar dan dapat mengeratkan lagi perhubungan dan ikatan perkahwinan.
Sebab Inilah, PENTINGNYA Suami Isteri Kena Keluar ‘Dating’ Berdua
Tadi kami bangun awal pagi. Solat subuh sama sama, zikir sama sama.
Habis zikir pagi saya bisik pada girlfriend saya ni “Jom keluar rumah. Kita sarapan di luar harini “. Si dia tersenyum sambil mengangguk perlahan.
Biasanya kami sarapan oat di rumah je tapi nak taknak harini saya nak ajak juga girlfriend saya ni keluar.
Anak anak kami titipkan sekejap pada adik saya dan kami keluar berdua. Nak taknak kena dating juga pagi ni sebab tengahari nanti saya akan ada mesyuarat sampai petang. Lepastu akan sambung bermesyuarat lagi di Karangkraf sampai ke pukul 11 malam.
Jadi Suami/Isteri Buat Pasangan
Saya nak didik isteri saya bahawa walaupun apa pun pangkat kita dalam rumahtangga tak kisah la ibu ke mama ke mommy ke ataupun ayah ke daddy ke abi ke tetapi pangkat yang kita tak boleh lupa adalah menjadi suami dan isteri kepada pasangan masing masing.
Kadang kita terlampau sibuk jadi mak ayah sampai kita terlupa untuk jadi suami isteri.
Perkahwinan bukan semata mata untuk menjaga anak. Anak tu penting tetapi mewujudkan sakinah, mawaddah dan rahmah dalam hati pasangan juga tersangat la penting.
Kita taknak makin kita berusia makin kita lupa untuk berpegangan tangan.
Kita taknak makin kita berusia makin kita lupa untuk bercumbu bermesraan.
Kita taknak makin kita berusia hubungan cinta makin hambar, tawar dan akhirnya hilang ditelan kesibukan.
Mulai harini jom kita usaha untuk curi masa untuk dating berdua dengan pasangan masing masing.
Hingga akhirnya kita kembali menjadi suami idaman kepada si isteri. Dan hingga akhirnya kita kembali menjadi isteri dambaan kepada si suami.
Nota kaki : Tolong berikan dan kongsikan nasihat ini pada pasangan masing masing ya.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat.Sesibuk mana pun jangan lupa untuk menjadi pasanagan suami mahupun isteri. Banyak kelebihannya untuk mengeratkan dan menyemarakkan lagi hubungan rumahtangga.
Bukan senang nak gali punca tiap kali bayi menangis, ada mak-mak yang anggap bayi itu mungkin kembung atau boleh jadi tak cukup susu. Tetapi sebenarnya itu belum tentu tepat!
Haa… sebab itu sebelum beranak kecil, mak-mak kena cedok banyak ilmu. Nak-nak kalau kali pertama jadi ibu. Perkongsian ilmu daripada Puan Nor Azniza ini antara yang bagus, tiap kali bayi menangis, mak-mak boleh guna tip ini.
Siapa tahu anak akan berhenti daripada terus menangis.
Tip Hentikan Bayi Menangis
Orang pantang emosi tak stabil. Kalau baby nangis, tolong tenangkan. Ada caranya.
Saya biasa guna 5 s the happiest baby dan kaedah pukong (macam dalam gambar profile saya)
Bayi penuh misteri. Ada bayi mudah diurus. Ada sukar. Jangan bagi stress ibu dengan menghalang keinginan cara dia nak jaga baby.
Kalau ibu nak fully breasfeeding. Jangan la anda jadi punca kegagalan dengan downkan ibu. Kata tak cukup susu. Tapi bantu ibu memposisikan bayi dan melekap dengan betul ke payudara ibu.
Bayi mengamuk kadang-kadang sukar mendapatkan jawapan. Jadi tenangkan bayi seperti teknik yang saya mention di atas.
Ada bayi mengamuk setiap kali menghisap, hisap-hisap lepas. Kalau ikut pengalaman saya. Dia bukan lapar. tapi dia cari port nak tidur selesa. Dia akan bengang, jika ada susu keluar. Sedangkan dia just nak hisap. Bila ada susu keluar dia akan marah. So dia akan hisap-hisap lepas dan menangis. Dan orang sekeliling ingat baby tak puas.
Menangis Bukan Sebab Kembung
Perut bayi berbunyi macam ada angin. Itu maksudnya usus dia bergerak aktif dan ia normal. Bayi kembung akan menangis tak berhenti. Walau dipujuk atau dipegang, didodoi.
Kembung tu sakit, orang dewasa pun bergulung badan. Bayi lagi la. So jangan simply nak tuduh baby tu kembung. Pastu salahkan mak dia salah makan la dan macam-macam.
9 bulan dia dalam rahim ibu, gelap, suam, bau ibunya, sempit dan padat. Berayun. Sekali keluar, dunia ini luas, statik. Jadi bayi rasa tidak selamat dan ketakutan. Lebih-lebih lagi matanya tidak nampak. Hanya mampu merasa hangat tubuh ibu dan bau ibu yang menyenangkan. Itu pasal letak atas riba dia diam. Letak Sorang-sorang menangis.
Jadi, harap mak-mak boleh bertenang dan handle dengan sebaiknya kalau bayi menangis ya. Semoga berjaya jadi mak-mak berjaya mendidik anak dengan emosi yang manis-manis tanpa mengeluh!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Datuk Ram Singh: "Saya beri khidmat percuma, tertuduh bukan anak VVIP." Peguam yang mewakili salah seorang daripada lima remaja yang dituduh berhubung kes kematian Zara Qairina Mahathir mendedahkan, pasukan guamannya menawarkan khidmat secara pro bono tanpa sebarang bayaran.