Isteri memang kena ‘bersiap’, berhias secantik mungkin serta berpenampilan menarik untuk tatapan suami walaupun ketika berada di dalam rumah sendiri. Tambahan pula, berhias untuk suami besar pahalanya.

Sebagai isteri sungguh tak sempat macam mana sekalipun, sibuk dengan urusan rumahtangga dan anak-anak, tetap kena pastikan penampilan dan kecantikan diri dijaga sempurna. Lebih-lebih lagi kena berhias wangi dan sedap mata memandang, barulah suami bertambah sayang.

Walaupun hanya menggunakan krim pelembab, foundation nipis, berbedak dan secalit gincu namun percayalah calitan ringkas tersebut mampu menaikkan seri wajah sepanjang hari berbanding pucat lesi, lesu tak bermaya.

Guna Krim Pelembap (CC Cream) Fungsi Menyeluruh

Namun faham sangat, bila dah jadi mak-mak ada anak-anak kecil masa yang ada sangatlah terhad. Memang tak sempat nak belek wajah depan cermin, sapu macam-macam barang mekap macam zaman anak dara dulu. Kalau boleh, nak guna satu barang mekap yang mempunyai fungsi menyeluruh. Menaikkan seri wajah, menutup cela pada masa yang sama merawat kulit muka.

Malah lebih memudahkan jika hanya dengan satu sapuan, mampu memberi kesan solekan terbaik untuk menutup segala cela sekaligus memberi litupan sekata tanpa membuatkan kulit bercapuk sepanjang hari.

IKLAN

CC Cream FCC

Oleh yang demikian, penting memilih krim pelembab yang fungsinya semua dalam satu. CC Cream FCC adalah krim pelembab berwarna atau “TINTED MOISTURIZER” direka khas untuk memberi keselesaan dengan efek seperti pakai foundation. Ia mengandungi Multimineral, Vitamin B3, Vitamin C, Minyak Macadamia Oil, Ekstrak Oat, Minyak Argan, Silk Protein, Spf 25 dan kolagen.

Istimewanya, tekstur CC Cream FCC ini cukup ringan, smooth, malah tak terasa ‘berat’ seperti pakai foundation membuatkan ia cukup selesa dipakai pada wajah setiap hari untuk kegunaan harian. Bila sapu dekat kulit, tak nampak berkerak, merekah malah boleh menghilangkan masalah kulit tak sekata yang dialami. Sekali gus memberi kesan cantik secara semula jadi pada kulit wajah.

Paling menarik dengan satu sapuan CC Cream FCC ini boleh bertahan dari pagi sampai ke malam. Tak perlu touch up, banyak kali. Ia bukan sahaja membuatkan wajah berseri, malah boleh juga merawat masalah kulit wajah kering/berminyak, jerawat, parut, kusam dan berjeragat.

Namun, paling penting sebagai seorang wanita muslimah, kena ambil berat dengan pilihan jenama kosmetik yang diyakini status halalnya, boleh dibawa solat malah tak perlu rasa was-was dengan kandungan bahan yang digunakan. CC Cream FCC ini Halal dan mesra wudhu. Ia bermaksud krim ini tak menghalang air wudhu’ dari sampai ke kulit malah menggunakan kandungan bahan yang Halal. Jadi, tak perlu lagi risau bila pakai krim ni jika nak solat.

Ada 2 Kod Warna
1. Light to Medium
2. Medium to Dark

Harga: RM 57.00 (SEMENJUNG) | RM 59.00 (SABAH & SARAWAK)

Jadi nak berhias untuk suami, tak perlu lagi guna pelbagai jenis produk kecantikan dan barang mekap. Pakai CC Cream FCC ini sahaja pun dah memadai untuk menaikkan seri dan merawat kulit wajah sepanjang hari. Boleh digunakan dan bertahan anggaran masa 6 bulan. Cukup jimatkan duit dan masa, malah sesuai sangat buat mak-mak yang sangat sibuk di rumah, tak sempat nak belek muka selalu.

Untuk 2019, FCC telah memperkenalkan kit MUA iaitu koleksi yang biasa digunakan oleh jurusolek profesional (MUA) dan dengan memiliki kit itu, wanita mampu menyolek sendiri wajah mereka bak sentuhan profesional.

Seleksi kosmetik eksklusif FCC ini boleh didapati dengan harga mampu milik di cawangan farmasi AEON Wellness, SOGO dan Parkson.

Baca Lagi Di Sini: Penting Pilih Jenama Kosmetik HALAL, Boleh Dibawa Solat Tanpa Perlu Was-Was!