Isteri Kemas Rumah Buang Baju Lama, Padah Suami Sorok Duit, RM45,417 Terbuang!. Perkara penting seperti bab simpan duit ni, tak perlulah nak disorokkan dan rahsiakan daripada isteri. Kelak diri sendiri juga yang rugi nanti.
Seorang lelaki di Singapura ‘berputih mata’ apabila koleksi berharga wang kertas bernilai SGD14,000 (RM45,417) yang disorok dalam poket baju lama apabila isterinya membuang pakaian tersebut semasa mengemas kediaman mereka, lapor portal berita Mothership semalam.
Lelaki dikenali sebagai Zhuo itu berkata, dia mengumpul koleksi wang kertas nominasi SGD1,000 (RM3,244) selepas Pihak Berkuasa Kewangan Singapura menghentikan pengeluarannya pada 2021.
“Apabila mana-mana rakan saya mempunyai wang kertas seribu dolar, saya akan menukarnya dengan mereka untuk ditambah kepada koleksi saya.
“Saya telah menyembunyikannya dalam poket baju lama kerana bimbang ia akan dicuri tetapi terlupa untuk memaklumkan kepada isteri,” jelasnya.
Tambah Zhuo, insiden itu berlaku apabila isterinya mengemas rumah secara menyeluruh dan membuang semua barangan buruk, lama dan tidak dipakai atau digunakan.
“Saya segera turun ke tempat pembuangan sampah namun plastik berisi baju lama yang mempunyai 14 keping wang kertas SGD1,000 itu telah diambil pihak pelupusan sampah,” ujarnya.
Zhuo telah membuat laporan polis mengenai kehilangan wang kertasnya, namun sedar bahawa peluang untuk kembali menemuinya sangat tipis.
Artikel Menarik:Punyalah Nak Sorokkan Daripada Isteri, Padah Duit Rosak Digigit Tikus!
Mesti Baca:Suami Jangan Sorok Duit, Serah Biar Isteri Urus Kerana Dialah Pintu Rezeki Anda
Lagi Di Sini: JANGAN BUANG Duit Kertas Rosak, Ada Cara & Panduannya Untuk Tukar Kat BNM
Mingguan Wanita: Pengajaran buat suami, tak perlu sorok atau rahsiakan bab duit ni dengan isteri iya. Saling lah berkongsi.
Sumber: Kosmo
JEANS BURUK JANGAN BUANG, SERTAI KELAS JAHITAN KAMI. BUAT TOTE & SHOPPING BEG
Klik link untuk daftar: https://toko.ideaktiv.com/product/kelas-jahitan-kreatif/
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.