Isteri kaya, duit berlambak.” Suami tetap wajib bagi nafkah pada isteri yang menjadi tanggungjawabnya. Berilah mengikut kemampuan, insyallah isteri yang baik akan menghargai pemberian suami walaupun sedikit.
Sekurang-kurangnya dia tahu suaminya seorang yang bertanggungjawab dan amanah dengan tuntutan agama. Menunaikan nafkah itu wajib biarpun gaji isteri jauh lebih besar.
Isteri kaya, suami gaji 3500 isteri gaji 14 ribu,
“Dia pun dah berlambak duit dia ustaz, takkan saya nak kena bagi lagi?”
Tetap wajib bagi nafkah kepada isteri dia. Makanan, pakaian, tempat tinggal, alatan kebersihan dan rawatan. Tetap Allah akan soal si suami tadi.
Tetapi selalunya, wanita-wanita yang solehah bertanggungjawab ini, dia akan bawa keluar duit dia untuk mengimbangi dan mengurangkan kesusahan dan keperitan si suami mengeluarkan menanggung nafkah tadi. Selalunya begitulah, kebanyakkannya macam tu.
Artikel Berkaitan: Suami Kerap Tidak Cukup Duit, Periksa Balik Nafkah Isteri Termasuk Dalam Bajet Keluarga?
Maka suami-suami, ayah ayah, abang-abang, hargailah isteri-isteri yang sudah 18 tahun, 24 tahun, 11 tahun. 60 peratus dia yang bawa keluar.
70 peratus perbelanjaan kedua keluarga dia yang bawa keluar. Ada tuan-tuan berbelas-belas tahun, 70 peratus isteri yang bawa keluar. Itu pun jangan duduk cari lagi dekat luar nak tambah isteri nombor 2 dan nombor 3.
Hasbunallah wani’mal wakil.
Memang muka tak malu sangatlah si suami yang tidak menghargai isteri yang mengurangkan beban ketua keluarga tadi.
Menarik : Terlepas Pandang Tentang Nafkah Isteri, Punca Suami ‘Sempit Rezeki’
Jadi, kalaupun kaya si isteri, maka suami tetap wajib keluar nafkah, kecuali isteri kata,
“Takpa bang, yang mana rawatan saya, barang dapur,…. takpa”. Isteri sendiri sebut. Kita pun hidup bersama. Insyallah pakat-pakat berdoa menjadi pasangan suami isteri sampai dalam syurga. Yang tu yang terbaiklah.
Suami-suami yang kadang anak sudah ada seorang, anak sudah 2 orang, masih tidak berkerja.
Baca Di Sini : Suami Kena WAJIB Dahulukan Nafkah ISTERI Dan ANAK, Barulah Ahli Keluarga Lain
Ada tuan-tuan. Jenis suami yang macam ini. Dia memang jenis yang tak ada tanggungjawab. Dan selalunya yang jenis macam ini pandai bercakap.
Suami yang jenis macam ni selalunya pandai bercakap, Tuhan bagi. Macam-macamlah ayat. Putar situ putar sini. Sedar-sedar 3 tahun sudah tak bekerja. Isteri bekerja, dia lepak buang masa, main game, baca surat khabar. Itu saja.
Hasbunallah wani’mal wakil.
Tiap-tiap hari itu dikira sebagai melakukan dosa kepada Allah SWT.
Mingguan Wanita: Seorang isteri yang taat dan solehah tidak akan mengungkit pemberian suaminya yang tidak berkemampuan. Namun jangan pula suami mengambil kesempatan dengan kebaikan sang isteri.
Sumber : TV Al-Hijrah
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita