Betul, isteri kalau penat dia boleh bertindak tanpa sedar. Marah-marah anak dan ada lagi teruk sampai murung sebab tak terluah dek kata-kata.
Nak-nak pula kalau umur anak itu dekat dan hanya isteri yang uruskan seorang diri di rumah. Situasi penat ini digambarkan sendiri oleh seorang ibu, Puan Masturah Abu Bakar, dalam kehidupan hariannya. Mujur suaminya memahami dan sanggup mengambil alih tugas menguruskan anak-anak kejap.
Semalam saya hampir hilang kewarasan. Terlalu penat berkerja di rumah dan mengurus anak-anak.
Seminggu yang panjang, sendiri mengurus anak-anak. Suami tak sihat, ada kelas hingga ke malam dan ada kursus penuh di hujung minggu.
Houd meragam yang tak boleh nak dipujuk. Tidur malam tak lena. Melekat saja mulutnya menyusu. Anak-anak lain juga mahu perhatian.
Saya perlu masak dan bereskan hal rumahtangga dan bisnes.
Saya letih. Mental saya dah exhausted. Enjin saya hampir terhenti.
Dalam perjalanan balik rumah lepas selesaikan beberapa urusan di luar, saya minta suami turunkan saya. Dan bertanya boleh tak saya nak berjalan kaki hingga sampai ke rumah?
Saya perlukan masa bersendiri.
Melalui permintaan saya tu, saya tahu saya dah tak boleh berfikir dengan baik. Saya perlu rehat.
Sampai sahaja di rumah, saya masuk ke bilik. Suami layan anak-anak dan tutup pintu bilik. Suami batalkan kelas petang tu sebab nak take part jaga anak-anak.
Saya tertidur. Rasa dah lama tak tidur selena itu walaupun hanya sejam.
Suprisingly, bangun tidur saya terus bertenaga.
Emosi saya stabil. Mental saya stabil. Badan rasa segar.
Saya boleh tersenyum.
Alhamdulillah. Dengan rehat hanya sejam, saya waras kembali.
Bayangkan kalau saya tak diberi peluang oleh suami untuk berehat? Bayangkan suami perlekeh saya dan kata saya hanya mengada-ngada?
Apa tindakan saya? Macam mana dengan anak-anak?
Sebab itulah betapa pentingnya komunikasi suami isteri. Dan pentingnya suami yang memahami. Boleh membaca riak isteri yang dah terlalu kepenatan. Boleh bertoleransi menjaga anak-anak dan beri peluang isteri berehat.
Jangan perlekeh isteri. Jangan sindir. Jangan perli. Jangan membanding-banding.
Sebab kalau isteri cakap saya PENAT, saya NAK REHAT.
Dia betul-betul dah penat. Jangan paksa dia. Nanti kewarasannya hilang. Anak-anak jadi mangsa marah. Jadi tempat lepas kepenatan.
Sebab tu ada kes ibu bunuh diri sebab depresi.
Jadi para suami berhati-hati. Kalau isteri cakap penat, she really means it.
MW: Seoga perkongsian ini bermanfaat.