Isteri Kalau Nak Suami Tolong, Cakap Terus Terang Takyah Berlapik!

Share

 

Sebenarnya ada teknik ‘memaksa’ suami membantu isteri, caranya senang je. Cakap terus terang tak payah berlapik. Ramai isteri yang kecewa bila suami tak tolong buat kerja rumah dan jaga anak. Isteri dah puas bagi hint tapi suami tak faham juga. Jadi memang kena sound setepek baru suami faham.

“Abang saya tak larat sangat, abang tolong mandikan anak. Saya nak masak”. Dengan cara berterus terang begini, suami faham dan jelas dengan mesej yang disampaikan isteri. Ramai isteri yang suka berlapik seperti memerli suami, menghempas barang sebagai protes dan sebagainya.

Dah tak payah nak buang masa tunjuk perasaan. Cakap je terus terang, apa akibatnya kalau suami tak tolong.  Cakap juga pada suami, saya pun penat. Tanggung jawab urus rumah tangga dan anak-anak, kena buat sama-sama.

Cuma satu nak pesan, jangan cakap masa emosional nanti bergaduh besar jadinya. Masa keadaan tenang, luahkan ketidakpuasan hati pada suami. Niatkan dalam hati, sesi luahan ini demi kebaikan bersama. Bukan nak kondem suami tapi kadang suami suka ambil mudah perasaan isteri.

Terus Terang & Susun Strategi

Isteri pun kena ada strategi kalau nak suami hargai. Ikuti perkongsian daripada Dr. Syed Yusainee Yahya, Promind Training And Consultation menerusi kolum Nota UntuK Isteri, majalah Mingguan Wanita edisi Mei 2020.

Anda boleh menjadi isteri yang sangat dihargai apabila suami tidak boleh hidup tanpa anda. Jika ada peluang, sesekali cubalah hidup berjauhan sikit daripada suami. Contohnya masa berpantang atau kursus di luar kawasan. Jika selama ini suami rasa semua senang dan mudah sebab anda menguruskan dengan baik pasti dia rasa kosong bila anda tidak ada.

Baca sini

https://www.mingguanwanita.my/jangan-lokek-selalu-lah-belanja-anak-makan-itu-rahsia-besar-murah-rezeki-1/

https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en

Jaga Makan Pakai Suami

Kini tidak dinafikan memang ramai isteri bekerja. Isteri yang dikagumi suami adalah isteri yang menjaga adab apabila berada di luar rumah dan masih berfungsi seperti isteri konvensional di rumah.

Memang tak mudah nak buat, tapi kalau nak jadi isteri yang luar biasa jaga makan pakai suami dengan baik. Suami yang terbiasa dengan layanan superb isteri akan sentiasa merindui momen ini.

Cakap Pada Suami Apa Yang Isteri Mahu

Jangan hanya mengharap suami faham dan menjadi suami yang baik. Isteri kena cakap bagaimana cara menjadi suami yang baik. Bagitahu suami apa yang isteri mahukan dalam rumah tangga. Cakap terus terang, apa yang suami kena buat dan apa perkara yang tak boleh buat.

Semoga perkongsian ini dapat mengelakkan salah faham suami isteri dalam rumah tangga. Niatkan yang baik, insya-Allah yang datang pun baik-baik. Amin.

Bebel sebab sayang, bebel sebab amanah. Sayang semua.

Published by
Intan