Tanyalah mana-mana isteri, apa yang dilakukan dan setiap pengorbanan adalah untuk keluarga. Dia sakit dan tak larat pun sanggup bergagah untuk memastikan keluarga dapat kesenangan dan mampu diuruskan dengan baik.
Bangun seawal pagi, menyiapkan sarapan, uruskan makan minum dan bersiap ke tempat kerja. Balik ke rumah, mula bersingsing lengan untuk sediakan makan malam, selesaikan kerja-kerja melipat baju, mengajar anak dan banyak lagilah.
Ini belum lagi termasuk alahan semasa mengandung, kesakitan melahirkan anak dan banyak lagilah. Rasanya mampu tak suami buat semua ini.
Inilah yang diperkatakan oleh Anis Afiqah tentang pengorbanan seorang isteri dan ibu. Para suami kena hayati betul-betul yer.
Orang perempuan ni kalau nak berkira macam-macam dia boleh berkira.
Dialah yang menerima segala alahan ketika mengandung sampai lembik badannya. Dialah yang menerima berat badan yang meningkat semasa hamil. Dialah yang menerima tanda-tanda stretchmarks selepas bersalin.
Dialah yang menerima kesakitan ketika melahirkan. Berapa jam dia menahan sakit contractions? Tapi dia tahan. Dialah yang menerima kesakitan ketika dijahit hidup-hidup.
Dialah yang menerima sakit berpantang, sakit rengat dan pelbagai sakit lagi. Tak campur lagi anak menangis, berjaga malam dan sebagainya.
Dialah yang menjaga anak-anak, yang menyusu anak, dialah yang mandikan anak, yang menidurkan anak. Anak merap, dialah yang pujuk. Dialah memasak, dialah mengemas, dialah yang membasuh pakaian.
Suami bila balik dia tak rasa apa sebab semua telah diselesaikan sebelum dia balik.
Sebab tu saya cakap, perempuan kalau nak berkira macam² dia boleh berkira. Tapi dia tidak. Dia senyap dan buat kerjanya.
Apalah sangat pengorbanan isteri dengan masa yang kita (suami) korbankan untuk mereka?
MW: Itulah seorang isteri dan seorang ibu yang sanggup berkorban apa sahaja demi keluarga tersayang.
Sumber: Anis Afiqah Mohd Isa