Isteri jika dimaki, dicarut dan dilayan seperti yang tidak sepatutnya, jangan hanya berdiam diri. Usah biarkan dirimu terus diperlakukan sesuka hati oleh suamimu. Amatlah menyedihkan bila mana seorang suami itu yang sepatutnya melayan isteri dengan baik, mengucapkan kata-kata yang baik, sebaliknya berlaku kasar pada isteri.

Isteri Kalau Dimaki, Dicarut Suami

Agama Islam mengajar supaya sentiasa bergaul dan bertoleransi di antara keduanya bagi melahirkan hubungan yang mahabbah. Ini kerana pasangan suami isteri itu saling melengkapi antara satu sama lain.

Isteri Kalau Dimaki, Dicarut Suami, Peguam Syarie Cadangkan Ini Yang Perlu Dibuat

Firman Allah SWT:

هُنَّ لِبَاسٌ لَّكُمْ وَأَنتُمْ لِبَاسٌ لَّهُنَّ

Maksudnya: Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka (Surah al-Baqarah, 187)

Ads

Jika anda para isteri mengalami situasi dimaki, dicarut dan dicaci, mulalah bertindak. Jangan biarkan suami terus menerus menjadikan anda tempat melepaskan amarah.

Peguam Syarie Cadangkan Ini Yang Perlu Dibuat

Berikut dikongsikan EMPAT perkara yang perlu seorang isteri lakukan jika dia dimaki oleh suami, carut, dilayan macam orang gaji dan macam-macam lagi yang menjadikan dirinya stres.

1) Rujuk kaunselor Pejabat Agama untuk kaunseling

Dapatkan nasihat daripada kaunselor bertauliah di Pejabat Agama berdekatan anda. Kalau suami tak hadir atau memang isteri dah tak ada hati sekalipun dalam perkahwinan, dapatkan khidmat kaunseling dulu. Sekurang-kurangnya, isteri ada usaha dan akan dapat laporan kaunseling yang akan bantu kes fasakh kelak.

Ads

2) Mengadu pada ahli keluarga

Jangan simpan masalah seorang diri. Setiap orang yang bermasalah akan lebih bertambah masalah mentalnya kalau dia tidak berkongsi dan meluahkan masalah dia pada orang yang dipercayai. Mengadulah pada ahli keluarga, rakan sekerja, dan siapa pun yang boleh bantu anda kelak menjadi saksi di mahkamah.

Isteri Kalau Dimaki, Dicarut Suami, Peguam Syarie Cadangkan Ini Yang Perlu Dibuat

3) Jumpa Pakar Psikatri di Hospital Kerajaan

Ads

Tiada orang lain yang boleh sahkan kesihatan mental selain daripada Doktor Psikatri. Stress dan tekanan mental adalah salah satu penyakit yang merbahaya. Dapatkan rawatan dan pastikan anda dapatkan Laporan Psikatri selepas menjalani rawatan.

4) Keluar dari rumah dan buat Cover Report

Sekiranya isteri memang sudah tidak mampu tanggung beban dan masalah yang boleh membuatkan kesihatan mental isteri terjejas, dia dibenarkan untuk keluar daripada rumah untuk ke klinik, pulang ke rumah keluarga dan yang paling penting kena buat tindakan menyelesaikan masalah perkahwinannnya segera.

Jangan biarkan diri anda tergantung tak bertali. Buat report polis kata anda keluar dari rumah atas sebab tertentu. Dan jangan tunggu lama-lama. Ingat, anda masih isteri orang. Kalau keluar daripada rumah tapi tak bertindak apa-apa, bimbang anda nusyuz disisi syarak. Berdosa.

Sumber: Fahmi Ramli, Peguam Syarie Perundangan Islam yang beramal di Kedah, Pulau Pinang, Perlis, Perak, KL, Selangor.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI