Majoriti wanita yang sudah berkahwin sekarang tidak hanya duduk di rumah, kebanyakan isteri mesti bekerja. Bukan sahaja untuk bantu suami tetapi tuntutan keadaan sekarang yang memerlukan pasangan suami isteri bekerja untuk menampung kos sara hidup di bandar.
Namun, kalau terlalu kuat bekerja sampai mengabaikan rumah tangga pun boleh timbulkan masalah. Suami pula risau dan rasa tidak selesa. Mana tidaknya, biasa suami balik lambat dari kerja tapi ini isteri pula yang pulang lewat malam.
Menurut pendapat Dr. Ahmad Kamal Bin Ariffin, Pakar Kaunseling Keluarga, ada sebab isteri kuat kerja, ini antara punca utama…
1. Nak cari duit lebih, maklum saja perempuan suka membeli. nak minta duit suami, memang tak sampai hati.
2. Nak hias rumah bersih, kemas dan cantik. Yang suka beli perabot, lagilah jadi sebab dia rela bekerja.
3. Nak hidup senang, ada sesetangah dah biasa hidup dengan keluarga yang senang. Jadi ini pilihan yang ada.
4. Nak bagi anak-anak kehidupan yang selesa dan mungkin nak cipta tabung anak-anak dari awal. Esok-esok kalau anak nak sambung belajar, ada duitnya!
5. Simpan duit untuk masa depan, nak pergi melancong atau mungkin yang niat nak ke Tanah Suci.
6. Suka poket tebal. Ini selalunya yang dah biasa pegang duit dan tak suka duduk rumah.
7. Memang jenis rajin, tak reti duduk diam. Kalau duduk rumah, asyik telefon suami. Baiklah dia kerja!
8. Nak bantu keluarga sendiri, tambah pula adik-beradik ramai. Tambah pula kalau perempuan itu anak sulung.
Kesan Buruk Isteri Sibuk Bekerja
Tapi ingat ya, bila isteri terlalu sibuk bekerja, kesan buruknya suami akan melalui situasi ini…
1. Rasa terabai dan akhirnya jadi murung
2. Suka marah-marah sebab isteri selalu sibuk
3. Lebih suka lepak dengan kawan-kawan
4. Curiga akan kesetiaan isteri
5. Makan hati dengan sikap isteri
6. Letih sebab asyik jaga anak kalau isteri sibuk
7. Ini boleh uka ruang untuk suami berlaku curang. (asalnya rasa sunyi dan tiada orang kisah)
Sebenarnya, tak perlulah keruhkan keadaan bila suami tengok isteri terlalu kerja kuat. Apa yang boleh suami isteri lakukan adalah baik komunikasi berdasarkan perkara ini…
1. Setiap pasangan mesti tahu hak dan tanggungjawab masing-masing.
2. Komunikasi dengan bahasa yang baik, jangan cakap kasar.
3. Isteri mesti hormat dan taat suami. Senang cerita, pegang pada agama.
4. Fikirlah, syurga isteri adalah tertakluk kepada redha suami.
5. Isteri kena tahu batas. Jangan sampai abai suami dan anak-anak.
6. Suami mesti jelaskan batas dan syarat jika isteri mahu bekerja.
7. Suami kena nasihat isteri dengan cara yang baik, bukan terus menuduh!
Jadi, pilihan di tangan anda ya… TEPUK DADA TANYA DIRI!
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Mengaji, Makan, Berjalan, Tengok TV Pun Berjemaah’ Rahsia Harmoni 10 Beradik
Hebatnya didikan mak ayah Ustazah Asma Harun dalam membesarkan 10 orang anak-anaknya. Setiap aktiviti keluarga, mak ayahnya akan mewajibkan 10 beradik ini terlibat sama. Tak boleh beri alasan tidak.
Perkongsian hebat ini sebenarnya dicatat sendiri oleh pendakwah bebas, Ustazah Asma Harun bersempena hari lahirnya yang ke-36. Diselitkan sama kisah tentang ayahnya yang selalu bantu ibu membuat kerja rumah. Jadi, ayah-ayah di luar sana.. ini sedikit sebanyak tip yang boleh dipraktikkan.
Sebab, dengan cara didikan mak ayah ustazah inilah berjaya mengharmonikan hubungan 10 beradik Ustazah Asma. Membuatkan mereka bersatu hati dan saling ingat akan adik-beradik yang lain.
Kongsi Ustazah Asma,
بسم الله الرحمن الرحيم. الحمد لله رب العالمين.
36 tahun yang lepas saya lahir di kampung Batu 6, Kuala Terengganu. Ibu tercinta bernama Fikriah binti Awang, seorang guru fizik. Ayah tersayang Harun bin Ismail seorang peniaga (kedai nasi ayam bt6) dan juga pendakwah. Salasilah, Tok Guru Haji Abbas adalah moyang, Ustaz Haji Awang Abu Bakar adalah datuk saya.
Adik beradik 10 orang, Najihah, Asma’, Ibrahim, Aishah, Abdul Hadi, Asiah, Siti Khadijah, Siti Aminah, Muhammad Nasrullah dan Nabilah.
Alhamdulillah, kami membesar dengan kasih sayang, disiplin dan didikan agama yang baik. Sedikit perkongsian biasa, kami 10 beradik semuanya belajar dan khatam AlQuran dengan emak ayah. Waktunya selepas maghrib dan subuh. Alhamdulillah.
Sesibuk dan sepenat mana pun, mereka tetap disiplin mengajar semua anak-anak. Itulah juga yang selalu diingatkan oleh emak saya, supaya mengajarkan sendiri anak baca AlQuran.
Waktu Makan Mesti Berjemaah, Dilarang Makan Sendiri-sendiri
Satu lagi, waktu makan mesti berjemaah, dilarang makan sendiri-sendiri walaupun ketika itu dah lapar (pandai-pandailah sementara tu isi perut dengan biskut ke), kalau dah kenyang pun kena duduk di meja makan bersama-sama, kena buat-buat lapar.
Daripada kecil Emak Ayah istiqamah bawa anak-anak hadir kuliyah Jumaat Tok Guru Haji Hadi di Masjid Rusila, sehingga adik ke-10 pun begitulah rutinnya. Walaupun kami tak faham apa-apa lagi tapi memang suka pergi sebab boleh pergi pantai dan beli macam-macam makanan daripada gerai yang sangat banyak.
Hampir setiap hujung minggu pula Emak Ayah akan bawa ke mana-mana, taman mainan dan pantai lah selalunya, asyik berkelah aje. Memang mereka rajin bawa anak-anak berjalan walaupun tempat sama sahaja.
Kereta sedan dengan jumlah yang ramai kami duduk sambil beribakan adik-adik. Semua wajib ikut walaupun dah besar.
Ayah Ambil Peranan Memasak Setiap Hari
Kerana memahami kesibukan emak sebagai guru dan menguruskan anak-anak yang ramai, ayah ambil peranan memasak hampir setiap hari. Asalnya ayah tak pandai masak, tapi belajar melalui emak sehingga jadi chef yang terbaik bagi kami. Sikap toleransi yang tinggi di antara emak ayah menjadi inspirasi kami.
Saya boleh simpulkan, usaha Emak Ayah secara berterusan memastikan kami adik beradik sentiasa bersama dan berjemaah, sehingga waktu tengok TV pun semua wajib ada bersama. Moga kami kekal saling berkasih sayang dan menghormati. SubhanAllah, moga Allah rahmati dan ganjarkan SyurgaNya buat semua Ibu Bapa.
Pengajian saya bermula daripada PASTI, Darul Taqwa, SMU (A) Darul Anuar Pulau Melaka, SMU (A) Maahad Muhammadi Lilbanat KB, KUSZA, alAzhar Mesir dan OUM. Doakan rezeki ke PHD. InsyaAllah.
Pengalaman bekerja di JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan bermula 2008. Sebagai Pen.Pengarah Bahagian Undang-undang Keluarga Islam dan Pen.Pengarah Bahagian Halal. Meletakkan jawatan pada 2017.
Ketika Umur 22 tahun, saatnya Allah temukan saya dengan seorang lelaki, suami dan ayah yang sangat baik. Tengku Fazli bin Tengku Yahya, orang Kuala Besut, Terengganu.
Selalu beliau dipanggil ustaz sebab isterinya ustazah. Beliau seorang pensyarah dalam bidang chemical engineering.
Alhamdulillah, kami dikurniakan Allah 7 orang anak, Atikah, Luqman, Maisarah, Imran, Sofwan, Raihanah dan Fatimah.
Susah Payah Emak Ayah Didik 10 Beradik
Apa kebaikan atau kelebihan yang dilihat oleh manusia tentang saya, hakikatnya kerana susah payah didikan Emak Ayah, dan seorang suami yang sangat sabar, memahami, prihatin, pendengar setia, serta tidak jemu memberi nasihat dan semangat kepada saya.
SubhanAllah, hanya Allah sebaik-baik yang memberi ganjaran atas segala kebaikan mereka, Moga saya kuat berusaha untuk memperolehi redha daripada Emak Ayah dan redha seorang Suami.
Saya tak pernah share cerita peribadi kerana segan. Namun sempena hari lahir hari ini, sekadar mengimbau dan muhasabah akan perjalanan usia yang Allah kurniakan.
SubhanAllah, saya hanya orang biasa-biasa sahaja, yang diberi sedikit kemampuan dan amanah untuk menyampaikan, mohon doakan terus kuat untuk melangkah, mohon teguran bila saya buat salah.
Terima Kasih atas semua ucapan dan doa, mohon maaf yang tidak terbalas. kembali semua doanya kepada sahabat sekalian.
MW : Hebatnya seorang suami dan ayah dengan disokong isteri dan ibu yang taat itulah melahirkan keluarga tenang lagi membahagiakan.
Sumber/Foto : Asma Harun
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Seminggu Tak Bertegur Dengan Isteri..’ Rupanya Ada Cara Jadi Suami Tenang
Pengembara berbasikal, Ahmad Mohd Isa mendedahkan pernah terjadi salah faham. Antara dirinya dan isteri, Noradilah Mohd Sapie sehingga tak bertegur sapa selama seminggu.
Bayangkan berada di luar negara, membuat misi kayuhan bersama. Tapi tak bercakap antara satu sama lain. Kongsinya, perselisihan faham seringkali juga terjadi antara mereka.
Apabila keadaan kembali reda, fahamlah suami ini bahawa untuk menjadi suami yang terbaik, dirinya perlu bertenang.
Tahu tak..
Waktu kami kayuh basikal ke Mekah dulu, banyak kali terjadi salah faham & banyak kali juga saya & Adilah bertikam lidah.
Ada orang tanya saya.
“Korang masa kayuh basikal selama 1 tahun 3 bulan, tak pernah gaduh ke?”
Tuan Puan..
Kalau saya masukkan cerita kami gaduh, nescaya Buku Ustazah Basikal 2 kali ganda tebalnya, sebab banyak sangat! haha
Saya teringat waktu kami di Pakistan.
Seminggu saya tak tegur isteri saya sebab waktu tu saya rasa isteri saya tak faham saya.
Bayangkan, kami ada kat luar negara & kami tak tegur seminggu, boleh bayang?
Kalau kat Malaysia, mungkin Adilah boleh merajuk & balik rumah mak. Tapi kat Pakistan, nak balik rumah siapa?
Puncanya simple je. Saya ni jenis introvert & Adilah extrovert, kelemahan saya adalah nak mula menegur orang yang saya tak kenal.
Adilah ‘paksa’ saya untuk beri salam pada stranger. Kalau tak dia akan belebe (orang ganu faham la ni).
Saya kalau nak mulakan perbualan, menggigil satu badan weh!.(sampai sekarang, maaf kalau saya tak tegur kalau jumpa depan-depan orang yang saya tak kenal).
Bila dia dah mula belebe, saya pulak naiklah angin. Berlakulah salah faham. Gitu je.
Mujur masa kat Pakistan tu, kami duduk di rumah Kak Dila selama seminggu. Host di Islamabad. The best part, tuan rumah tak tahu pun kami tengah dalam krisis ‘silent mode’ selama seminggu.
Tak Bertegur, Berbaik Semula Selepas Seminggu
Lepas seminggu, kami berbaik semula. Sebab kami tiada keluarga di luar negara. Hanya kami berdua sahaja di jalanan.
Saya kena jaga Adilah. Adilah kena jaga saya.
Dalam perjalanan, saya belajar sesuatu.
Kenapa orang sekeliling saya respon atau buat perkara yang kita tak suka & menyakitkan hati saya?
Rupanya, saya yang mula dulu.
Tanpa saya sedari, percakapan saya menyakitkan hati orang. Perbuatan saya mengecilkan hati orang.
Seorang guru saya pernah beritahu konsep ni. ADA > BERI > DAPAT.
Kalau saya ADA marah, saya akan BERI marah & saya akan DAPAT balik marah.
Kalau saya ADA cinta, saya BERI cinta, saya akan DAPAT balik cinta.
Mat Saleh Jawa selalu cakap.
“What you give is what you’ll get back”
Justin KayuBalakTasik cakap,
“What Goes Around… Comes Around”
Bila Tak Bertegur.. ‘Saya Kena Jadi Tenang Dulu’
Dalam perjalanan kayuh basikal ke Mekah tu, saya banyak belajar, lagi-lagi macam mana belajar nak betulkan diri. Nak orang lain selesa dengan saya. Nak jadi suami terbaik dalam dunia (cewah).
Salah satunya, saya kena jadi tenang dulu.
Saya sangat terinspirasi dengan satu ayat Al-Quran ni :
Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhoi-Nya. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam syurga-Ku.
(Q.S. Al-Fajr [89]: 27-30)
Allah swt kata, Allah swt hanya redho orang yang hatinya TENANG sahaja masuk ke dalam SyurgaNya. Logik juga.
Kalau kita pun, kalau orang tak tenang datang rumah, kita pun tak bagi masuk rumah. Saya kena tenang, supaya boleh masuk Syurga.
So, nak jadi lelaki atau suami tenang ni, ada 30 perkara yang saya kena buat. Kalau kalian yang lelaki atau suami nak buat, lagi bagus.
Baca sini : Jangan kedekut untuk berbuat baik pada pasangan, ini punca rezeki isteri tak putus
30 Tips Jadi Suami Tenang
Ini cadangan je, saya copy paste dari facebook, tak tahu siapa empunya, but it’s make sense for me. “What Goes Around… Comes Around”
30 tips untuk keluarga bahagia till jannah (for men only):
1. Kalau isteri bergaji RM3K dan kau bergaji RM4K, ingat household income is not RM7K but it remains RM4k. That’s the math of happy marriage.
2. No matter how right you are, minta maaf dulu walaupun kita tak bersalah. Say sorry and straight masuk dapur cuci periuk. Forgive our lovely wife all time. It takes training guys.
3. Jangan mengeluh kalau tunaikan tanggungjawab. Jangan sekali pernah cakap penat kalau tunaikan amanah sebagai suami.
4. Wife first, anak second. Anak first, kerja second.
5. Jangan tinggikan suara serentak. Ikut turn. Unless periuk kat dapur terbakar.
6. Gigit lidah, paksa jugak zip mulut bila dia buat sesuatu yang tidak kena dengan mata kita. Terima itu kekurangan dia.
7. Jangan tidur dalam keadaan marah. Cinta tak padamkan kemarahan, tapi kesabaran boleh matikan api kemarahan. Selamat datang ke alam kesabaran.
8. Bila dia buat salah, kau minta maaf. Bila kau buat salah, kau minta maaf. Simple.
9. Wife never think about divorce, murder yes. Live together elok-elok.
10. Rule to stay together no matter what is first; stay together; and second; no matter what.
Terima Pendapat Isteri
11. Kalau berbeza pendapat, terima pendapat dia. Trust your wife six sense.
12. Keep the house clean. Keep the sex dirty. hiks.
13. Jangan happy lebih-lebih dengan member. Never show your happiness.
14. Guys, the toughest job in the whole world is jaga anak. Acknowledge it! This is fact.
15. Tidak akan ada pergaduhan bila suami duduk lipat baju depan TV. Mustahil berlaku apa-apa pertengkaran situasi itu.
16. Kalau kecil hati dengan isteri, ingat Allah sayang kita – Ebit Lew.
17. Jangan sesekali letak apa-apa expectation selepas kahwin. Marriage is like walking in the park. Jurassic Park.
18. Weekend je ambil alih kerja jaga anak. Dari anak bangun sampai anak tidur. Weekend je pun.
19. Dont show your tears. Kan Allah sayang kita. Kekuatan kita hanya pada Dia. Bukan dear. lol.
20. Kalau dia tak sure nak makan nasi atau mee, buy both. Don’t risk it.
Beli Apa Isteri Nak..
21. Jangan tangguh apa keinginan isteri. Keep your mouth shut and keep your wallet open.
22. Don’t try to explain your financial position. Manage it. Kalau short setiap bulan, ingat kan Allah sayang kita?
23. Solat
24. Minta pendapat isteri dalam apa jua keputusan.
25. Jangan cuba build your six pack while your wife is busy babysitting your children.
26. Jangan suka bagi statement tergantung. Always finish your word with yes, i’ll buy it.
27. Don’t change your routine, don’t change anything suddenly.
28. Be strong when she is weak.
29. Never cheat. Be loyal. With the dishes and laundry, no time lah for other things.
30. Never expect isteri faham kita. Apa-apapun, Allah sayang kita. Allah sayang kita guys.
Lagi sekali saya ulang.
“What Goes Around… Comes Around“.
Saya pun masih banyak kelemahan yang nak kena betulkan & tak buat lagi macam kat atas ni.
Jom usaha masuk syurga.
Jom bantu isteri kita masuk syuga dengan tenangkan hati mereka.
Sumber/Foto : Ahmad Isa,
Bebas, Tenang, Bahagia.
#JiwaWanitaJiwaTenang
#HidupLuarBiasa2022
Mingguan Wanita : Jika tiba-tiba terjadi tak bertegur sapa dengan isteri atau suami, belajarlah untuk kembali bertenang. Semoga daripada tak bertegur itu, akhir kembali sayang menyayangi.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Selagi Bahagia, Pedulikan Cakap-Cakap Orang Yang Cuba Tentukan Hala Tuju Rumahtangga Kita
Selagi Bahagia, Pedulikan Cakap-cakap Orang
Pedulikan Cakap-cakap Orang Luar
Jangan Biarkan Orang Tentukan Rumah Tangga Kita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI