Sekarang ini tak hairan dah bila suami tolong isteri di dapur. Bukan setakat basuh pinggan mangkuk, malah memasak untuk isteri dan anak-anak pun ramai dah suami buat.
Sebab kesedaran untuk membantu isteri itu semakin menebal. Lagi pula, ada isteri yang bekerja demi bantu suaminya. Jika dia tidak bekerja sekalipun, isteri bukan duduk diam semata di rumah.
Paling tidak isteri menjaga anak-anak malah mengurus rumah dengan sebaiknya. Dan tugasan itu sebenarnya lebih berat kerana bukan sejam dua isteri hadap. 24 jam pun takkan habis.
Sayangnya ketika suami malah mentua semakin memahami, ada juga segelintir makcik pakcik yang tidak dapat menerima perubahan sedemikian. Bagi mereka, kerja rumah tetap hak mutlak isteri. Suami jangan sampai isteri arah itu ini.
Inilah yang dialami Nuraisyah Abu Husin yang berkongsi catatan dengan Mingguan Wanita. Walau pun suami dan mentua memahami keadaannya, tetap kata-kata ‘pedas’ saudara jauh yang datang ke rumahnya berbekas di hati.
Saudara Jauh ‘Sound’ Suami Basuh Pinggan Untuk Isteri
Terbaca 1 posting, maknye marah anak dia tolong isteri buat kerja dapur…. Ok meh kita cerita real story la ye.
Ads
Masa saya stay dekat shah alam almost 5 tahun, pernah skali rumah kami didatangi “saudara jauh”. Memang jauh sebab masing-masing pun xberapa kenal, tp kami invite sebab parent suruh singgah berkenal-kenal dengan sedara.
Saya panggil pakcik & makcik jela ye. Masa dorang datang ni, anak-anak kami kecik lagi. Ayra baru lahir, Adam pun kecik lagi sebab saya beranak dekat 2 beradik ni. Honestly saya memang kurang buat kerja rumah sebab saya LETIH. Letih apa? Letih jaga anak. Iya, letih berjaga malam, letih menyusukan BOTH Adam and Ayra.
Jadi siapa yang uruskan rumah? Yes husband saya. Pagi dia uruskan butik, lepas zohor balik uruskan rumah. Saya buli suami ke? Gilaaaa apa statement ni !
Makcik Bangga Menantunya Tip Top Uruskan Rumah
Ok balik semula cerita sedara jauh tadi, both of them datang singgah sekejap dalam 2 jam je tapi 2 jam tu teruk mental saya kena torture. Dorang sangat-sangat suprise sebab husband saya basuh pinggan lepas makan. I cannot brain la basuh pinggan je pun.
Ads
Makcik tu sound saya direct “Isteri jenis apa kamu ni, suami kena basuh pinggan” Nak menjawab orang tua, sedara suami pulak tu. Sambungnya lagi “anak makcik, isteri dia mmg TIPTOP uruskan rumah. semua siap, balik rumah tinggal nak rehat je”
Darah saya mendidih masa ni, kejap lagi kelentang kat meja makan Adam jatuhkan pinggan. Habis berlambak semua. Husband cepat-cepat kutip dan bersihkan kotor-kotor kat lantai.
Maka terkejut besarlah pasangan sedara tadi, pakciknya sound direct kat suami saya. Kenapa Faruq kamu yang bersihkan anak ni, kenapa bukan isteri kamu yang buat? Tugas urus rumah ni tugas isteri, jangan kita suami takut kat isteri pulak.
Aihhhhhhhh, saya panas gila dah. Masalahnya saya ni ada mertua lagi, pak mertua saya memang sejenis tolong mak mertua saya kat rumah. Tolong kemas, tolong masak, tolong everything. Dorang memang handle rumah sama-sama. Dah kenapa pulak acik-acik ni lagi pandai dari mertua saya kan?
Ok long story short, cerita pun dah basi. Cerita lama pun, tapi apa yang saya nak sampaikan macam mana kita didik anak lelaki kita itulah diri dorang lepas kahwin nanti. Kalau kau latih jadi tuan dari kecik, sampai besar panjang dia jadi tuan kat isteri and anak-anak.
Mak pak tak payah la ada mentaliti orang pompuan ni kena buat semua kerja rumah, ni semua mentaliti lapuk. LAPUK DEK ZAMAN ! Orang lelaki sekarang pandai berdikari, pandai tolong isteri, pandai basuh pinggan, selagi dia tak cacat jangan kau cacatkan dia ok !
Ada ibu bapa yang kurang senang dan membuat tuduhan melulu bila anak menantu balik beraya tapi tidur di hotel/homestay. Setiap kali hari raya, tidak kiralah hari raya Aidilfitri mahupun hari raya Aidiladha, apa bila ada ahli keluarga yang menginap di hotel ataupun di homestay, pasti ada yang memandang serong.
Ustazah Asma’ Harun memberi nasihat kepada ibu bapa supaya memahami keadaan anak menantu. Dalam ketika bergembira menyambut hari raya yang mulia ini, mungkin ramai yang lupa dalam menjaga batas-batas yang disyariatkan dalam Islam.
Kita seolah lupa dan terlalu berseronok sehingga banyak larangan yang diabaikan. Hal ini kerana apabila sudah bercampur beramai-ramai, agak sukar untuk menjaga perihal aurat.
Berikut perkongsian daripada Ustazah Asma’ Harun yang mengupas tentang topik ini secara menyeluruh.
BALIK KAMPUNG TAPI TIDUR HOTEL/HOMESTAY
Apabila tiba musim raya, isu tidur di homestay atau hotel akan jadi ‘trending’. Penuh berita mengenai isu ini dan kebanyakannya menjurus kepada tanggapan negatif, sama ada daripada ibu ayah, adik-beradik atau saudara-mara.
Maka ada yang mencemuh, pandang atas bawah atau cakap belakang. Cerita di sebalik beraya di kampung memang seronok tapi sebenarnya mudah terpalit dosa jika tidak diteliti sebaiknya.
Jika banyak keluarga berhimpun dalam satu rumah, tidur berjemaah di ruang tamu sebab tak cukup bilik, maka akan berlaku pendedahan aurat ipar, sepupu atau biras semasa tidur. Bukan itu sahaja, bagi yang menyusu badan lagi sukar kerana mungkin tak sedar auratnya terdedah ketika sedang tidur selepas menyusukan anak. Allahu Akbar.
WAHAI IBU BAPA, SELIDIK DAHULU. WAHAI ANAK, JANGAN MELULU
Semasa menjadi perunding cara rumah tangga dulu, memang ramai ibu bapa mengadu bahawa anak mereka terjebak dengan pornografi atau ketagih melihat benda lucah bermula dengan situasi begini di kampung.
Pada awalnya hanya ternampak sikit, kemudian datang keinginan untuk melihat dengan lebih banyak. Keadaan ini harus difahami oleh semua pihak dengan berlapang dada. Sudah menjadi tanggungjawab buat seorang suami untuk memelihara maruah anak isteri.
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.” (Surah at-Tahrim 66: 6)
Sebelum ibu ayah berkata sesuatu yang mungkin akan timbulkan salah faham, maka fahami dahulu situasinya kenapa. Bukanlah sebab rumah itu tidak selesa, tiada aircond, suasana kampung, dan lain-lain tetapi bagi menjaga maruah, aurat dan pergaulan anak dan isteri.
Seorang anak pula harus jujur jika bermalam di hotel/homestay. Terangkan kepada ibu ayah dengan baik dan jelas, kadang mungkin mereka terlalu rindukan anak yang sudah lama tak pulang, jadi tugas kita ialah cuba jelaskan dengan baik. Mudah-mudahan ibu ayah memahami dengan lapang dada.
Anak-anak yang memilih untuk tidak bermalam dirumah ibu bapa, perlulah sebab yang berkaitan syara’, bukan kerana tidak selesa dan lain-lain, dibimbangi akan membuatkan orang tua dan keluarga berjauh hati.
Dan pada waktu selain rehat malam maka sepatutnya perlu berada di rumah supaya boleh berbakti dan menggembirakan hati orang tua dan keluarga.
PENTING SANGAT, janganlah jadi seperti tetamu pula, datang pada waktu makan atau waktu tertentu sahaja, sikap ini memanglah akan menyakitkan hati banyak pihak. Tidur hotel atau homestay asalnya tiada masalah, tapi sikap kita yang bermasalah.
Maksudnya: “Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai ilmu tentang itu, maka janganlah engkau menaati keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku. Kemudian hanya kepada-Ku tempat kembalimu, maka akan Aku beritahukan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.” (Surah Luqman 31: 15)
BATAS AURAT WANITA DENGAN LELAKI AJNABI
Kita maklum bahawa batas aurat seorang wanita dengan lelaki yang bukan mahramnya (ajnabi) ialah seluruh tubuh badan kecuali muka dan kedua tapak tangan.
Maksudnya: “Apa yang zahir daripadanya (perempuan) ialah muka dan telapak tangannya. Kedua-duanya bukanlah aurat kerana terdapatnya keperluan (hajat) untuk mendedahkannya. Adapun diharamkan untuk melihat pada kedua-duanya kerana biasanya kedua-duanya akan membawa kepada timbulnya fitnah.” (Kitab Asna al-Matalib, 1/176)
Walaupun batasan auratnya masih boleh dijaga, namun sebagai langkah berjaga-jaga, khususnya bagi saudara-mara yang ramai dan tiada privasi, sebaiknya bermalam di tempat berasingan kerana waktu tidur kita tak sedar apa yang terdedah.
Kecuali jika di kampung memang tak ramai atau setiap keluarga mendapat privasi yang diperlukan. Maka ketika itu tidur di rumah ibu bapa lebih baik bagi meraikan dan menggembirakan mereka.
Jika kita miliki anggota keluarga yang ramai, maka semakin ramailah orang yang perlu dijaga batas auratnya, terutama sekali wanita.
Mereka perlu menjaga aurat daripada sepupu, ipar, bapa tiri, adik-beradik angkat, biras, dll.
Maksudnya: “Dan hendaklah mereka menutupkan kain yang dipakai untuk menutup kepala (tudung) ke dadanya. Dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau anak-anak lelaki mereka, atau anak-anak lelaki suami mereka, atau saudara-saudara (adik-beradik) lelaki mereka, atau anak-anak lelaki kepada saudara-saudara (adik-beradik) lelaki mereka, atau anak-anak lelaki kepada saudara-saudara (adik-beradik) perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak suruhan (hamba) yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.” (Surah an-Nur 24: 31)
Semoga para suami, ibu ayah, abang, adik lelaki, ibu ayah mertua memahami akan kepentingan dalam penjagaan aurat ini dan tidak semudahnya berkecil hati dan bersangka buruk terhadap anak-anak yang memilih untuk bermalam selain di rumah.
Maksudnya : “Sesiapa yang memelihara penglihatannya, maka Allah SWT akan menyinari (memberi petunjuk) pandangannya dan juga hatinya.” (Kitab Tafsir Ibnu Kathir: Tahzib wa Tartib, Dr. Solah al-Khalidi, 4/2343)
DOA MENJAGA MARUAH DIRI
Mari kita amalkan doa ini, mudah-mudahan maruah diri dan keluarga kita sentiasa dipelihara oleh Allah SWT:
اللَّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِي وَآمِنْ رَوْعَاتِي
Maksudnya: “Ya Allah lindungilah auratku, amankanlah apa-apa yang menjadi pemeliharaanku.” (HR Ibnu Majah, hadis sahih)
Semoga penerangan ini bermanfaat, Allah merahmati dan melindungi seluruh ahli keluarga kita daripada perkara mungkar serta salah faham di dalam rumah tangga. Ameen Ya Rabbal Alamin.
Sedih sungguh setelah dua tahun PJJ (perhubungan jarak jauh) dan menanti zuriat, suami pergi sehari selepas tahu bakal bergelar ayah. Ternyata berat sungguh ujian ini.
Setelah mendirikan rumah tangga, setiap pasangan tentu saja menantikan kehadiran cahaya mata. Namun begitu tidak semua direzekikan zuriat cepat, ada setengah pasangan perlu berusaha bertahun-tahun sebelum dikurniakan anak.
Itulah yang dialami oleh sepasang suami isteri yang terpaksa berjauhan kerana mempunyai tugas dan tanggungjawab dek kerana pekerjaan masing-masing.
Dua Tahun PJJ & Menanti Zuriat
Sebelum ini, pasangan ini hidup PJJ selama dua tahun dan baru sahaja menetap bersama selama dua bulan.
Tentu saja bila berita kehamilan diketahui, pada suamilah paling teruja si isteri ingin berkongsi. Apatah lagi zuriat ini adalah penantian dua tahun.
Namun, pedih apabila keesokan harinya suami pergi buat selamanya setelah mengetahui berita gembira ini. Kongsi Shaa Ibrahim:
Suami Pergi Sehari Selepas Tahu Bakal Bergelar Ayah
’Pagi tadi saya hantar gambar ini dekat awak sayang. Rupanya awak tak sempat tengok . Allah panggil awak balik . Dua tahun awak tunggu sayang.
Saya kuat sebab anak ini. Ini juga last Whatapps saya sempat hantar dekat awak . Lepas ini tidak akan ada lagi orang yang hendak hantar emoji lucu-lucu dekat saya.”
Bekal Tak Sempat Jamah
Manakala di posting yang lain, Shaa Ibrahim turut berkongsi tentang permintaan terakhir suaminya iaitu meminta dia menyiapkan bekal.
Tetapi malangnya, bekalan itu tidak sempat dijamah kerana terkorban dalam kemalangan jalanraya. Kini pasangan ini menetap di Sungai Lembing, Pahang. Jadi setiap hari suaminya berulang-alik dari Sungai Lembing ke Kemaman, Terengganu kerana arwah bertugas di sana.
“Bekal awak tak sempat jamah. Pagi tadi awak request hendak nasi goreng dan udang goreng kunyit.
“Saya tanya awak nak sambal belacan tak. Awak kata nak. Ceria saja suara awak sayang.
“Macam biasa breakfast roti bakar favourite awak cuma pagi tadi saya minta tolong awak sapukan butter.”
Di samping itu, jelas Shaa Ibrahim, ramai kawan-kawan arwah suaminya datang menziarah arwah untuk kali terakhir dan mereka turut mengalirkan air mata kerana sedih kehilangan seorang kawan yang baik.
Arwah suami Shaa Ibrahim telah selamat dikebumikan di kampung halamannya di Pasir Mas, Kelantan.
“Saya minta maaf tak mampu tengok awak tadi dekat tempat kejadian.”
Demi Allah awak terlalu baik. Tidak sekalipun awak marah saya. Tidak sekalipun kata-kata kasar keluar dari mulut awak. Allah sayang awak.
Respon Netizen:
Ramai kenalan serta netizen bersimpati dengan apa yang berlaku pada Shaa Ibrahim dan mendoakan dia terus kuat menempuhi hari mendatang demi anak yang dikandungnya.
Mingguan Wanita : Semoga Shaa Ibrahim tabah dan terus kuat berdepan dengan ujian berat ini. Tentu apa yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. MW merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga arwah Wan Muhamad Hasruldin bin Wan Mustapa. Al-Fatihah.
Setiap pasangan yang berkahwin tentunya inginkan zuriat sebagai penyambung keturunan. Zuriat yang sihat, sempurna fizikal dan mental. Begitu jugalah pasangan Rohani Md Tahir, 40 tahun dan Nik Mustaffa Siddiq Nik Mohamed, 42 tahun. Langsung tidak terlintas akan menerima anugerah istimewa ini, lebih-lebih lagi ini adalah anak sulungnya.
Walau bagaimanapun, Rohani dan suami tetap bersyukur dengan ketentuan yang Allah berikan ini. Dia dan suami menerima Nik Afiq Muzakkir, 16 tahun dengan seadanya dan terbuka.
Rasa Tidak Sedap Hati
Menyingkap tentang awal-awal mengandung, semuanya tidak mengalami sebarang masalah termasuklah membuat imbasan 3D sehinggalah Rohani selamat melahirkan anak secara normal di Hospital Selayang pada 1 April 2003.
“Peliknya, sebaik selamat bersalin, jururawat terus membawa anak saya keluar untuk dimandikan tanpa memberikan kepada saya terlebih dahulu. Dari situlah, saya mula rasa tidak sedap hati.
“Hampir satu jam, barulah doktor datang membawa anak dan memberitahu tentang anak lelaki saya mengalami masalah. Belum sempat doktor memberitahu, saya terus mengambil anak dan membuka lampinnya. Terus terkeluar tangan anak. Dia hulurkan sendiri tanpa sempat doktor memberitahu dan pandangan simpati mata anak tepat ke mata saya,” kata Rohani penuh syahdu mengimbas kembali kenangan itu.
Bayangkan masa itu, perasaan sedih dan pilu bermain-main di fikiran Rohani. Memikirkan bagaimana bila dia besar nanti, macam mana dia makan, menulis dan sebagainya sehingga membuatkan Rohani menangis setiap hari mengenangkan nasib anaknya.
Tangan Di Syurga
Walau bagaimanapun, Rohani bersyukur kerana suami sentiasa memberi kata-kata semangat untuk dia terima dan reda.
“Kami langsung tidak menyalahkan sastu sama lain, sebaliknya menerima Nik Afiq dengan hati yang terbuka, seadanya dan tahu Allah berikan ini sebagai satu hikmah,” mengingatkan Rohani kata-kata suaminya.
Dalam tempoh membesarkan Nik Afiq, Rohani sentiasa bersamanya. Malah, Rohani bersyukur, kecacatan yang dialami oleh anaknya hanyalah sedikit berbanding dengan ibu bapa laIn yang dikurniakan anak istimewa yang mungkin boleh meruntun hati.
“Walaupun tidak sempurna tetapi dia mempunyai harapan yang sama seperti anak normal yang lain, boleh berjaya, sokongan dan motivasi yang berterusan perlu diberikan.
“Malah, mempunyai anak OKU bukanlah satu perkara yang mudah kerana dia akan sentiasa bertanya tentang keadaan dirinya. Jadi, saya kena perlu bersedia dengan jawapan yang terutamanya apabila dia sudah pandai bercakap.
“Pernah dia bertanya ke mana tangannya? Saya hanya menjawab ada di syurga dan tangan itulah yang akan menarik dia masuk syurga. Selepas itu, barulah dia tidak bertanya lagi,” kata Rohani yang sentiasa memberi semangat kepada Nik Afiq.
Hati seorang ibu, bila sebut tentang keadaan anak, terus hati terusik dan rasa sebak. Begitu juga bila Afiq bergaduh dengan adik-adiknya dan si adik mengatakan tangan dia cacat, Rohani terus menangis.
“Pada masa inilah, ayahnya memainkan peranan dan menjelaskan pada mereka supaya jangan sesekali tak suka atau benci abang. Malah, adiknnya pernah bertanya kenapa tangan abang pendek. Saya hanya beri jawapan, jangan bermain pisau sebab inilah akibatnya. Sejak itu, adiknya tidak bertanya lagi,” kata Roahni yang turut selitkan nasihat dan contoh-contoh supaya anak tidak bertanya untuk kali kedua.
Berdikari Sejak Kecil
Jelas Rohani lagi, dia dan suami turut mendisiplinkan anaknya sejak dari umur dua tahun lagi. Dia mengambil langkah dengan memberi pendidikan agama seawal umur lima tahun dengan menghantar ke sekolah KAFA di Masjid Wilayah Kuala Lumpur berbanding dengan adik-adiknya ke tadika Cina.
“Begitu juga suami yang sama-sama memainkan peranan dalam mengukuhkan hubungan kekeluargaan dan kawan-kawan. Contohnya, sembahyang berjemaah dan dia sendiri menjadi iman,” kata Rohani yang turut mengambil pendekatan secara lembut dalam menasihatkan anak-anak.
Menariknya, dalam usia 16 tahun ini, Nik Afiq boleh diharapkan dalam memasak, membasuh baju dan membuat kerja-kerja rumah.
“Sejak kecil Nik Afiq suka melihat saya dan ayahnya memasak. Sehingga pada usia 10 tahun, dia mampu memasak walaupun telur goreng untuk diberikan kepada adik-adiknya.
“Dari situlah, dia mula belajar memasak hidangan yang ringkas dan turut menjadi kegemaran adik-adiknya adalah masak lemak cili api, nasi goreng kunyit, maggi goreng, ayam popcorn dan sebagainya,” kata Rohani yang turut berkongsi video masakan anaknya di youtube dengan tagline ‘Masak Cara Afiq’ dan wakil paralimpik badminton untuk Selangor OKU.
Cukup Bertuah
Walaupun dianugerahkan anak istimewa, Rohani dan suami langsung tidak merasa malu, sebaliknya bangga dengan kurniaan ini. Baginya, Allah anugerahkan anak istimewa ini kepada ibu bapa yang istimewa dan Dia tahu kita mampu memikul tanggungjawab ini.
“Kita adalah ibu bapa yang teristimewa kerana dipilih untuk menjaga amanah yang diberikan. Apa yang penting, kita kena kuatkan pendidikan agama sebaiknya untuk mereka, satukan ahli keluarga dengan kasih sayang dan anak istimewa ini adalah ladang pahala untuk kita,” kata Rohani yang turut mempunyai dua lagi anak perempuan, Nik Afiqah Musfirah, 11 tahun dan Nik Aqilah Muslihah, 9 tahun.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Nur Afiqah Amran yang juga Pengasas Perfume Paradise mengkagumi semangat pelakon veteran Ku Faridah atau lebih popular dengan panggilan Mak Engku. Wanita yang berusia...