Isteri Jangan Terlalu PANDAI Urus Semua Kerja Rumah, Nanti Suami Makin BLUR

Share

Isteri ini semua perkara dia boleh buat. Baik dari jaga anak, kemas rumah, memasak dan sebagainya. Serah saja pada dia. Kalau suruh bertukang pun dia akan buat. Sebab itu, kalau isteri tak ada kat rumah, mahu kelam kabut semuanya, terutama suamilah.

Satu lagi, kalau isteri terlalu pandai urus rumah tangga, suami mulalah ambil jalan mudah dan serahkan segalanya pada isteri. Makin naik lemaklah jadinya.

Dalam perkongsian daripada Busseroa Abd Jalil, seorang isteri kena jadi kurang cerdik dalam bab-bab urus kerja rumah. Jangan semua nak dilakukan. Simpan sedikit untuk suami buat.

Baca Artikel Lain: Suami Kena Sensitif Dengan EMOSI Isteri. Dengar Cerita Pun Boleh Buat Isteri Bahagia

Isteri Cantik Di Luar Tapi SERABAI Di Rumah Sebab Amanah Dan Tanggungjawab

Isteri Kurang Cerdik

Dua tiga hari lepas ada family yang datang bermalam di rumah saya beberapa hari lalu bertanyalah golongan wanitanya beberapa soalan yang berbunyi:

1. Penyidai nak jemur baju kat mana?
Jawab saya, penyidai ada di belakang rumah. Tetapi saya tak pernah guna sejak dipasang kerana saya guna dryer. Lepas basuh kering terus dalam mesin yang sama dan tak perlu pindah-pindah dah.

2. Ohhh macam tu. Jadi ajarlah akak nak guna mesin ni macam mana?
Ohh.. saya tak tahu guna mesin tu kak. Nanti big boss ajarkan.

3. Hahhh?? Baru beli ke mesin ni?
Dah lama kak. Dulu guna mesin asing2 untuk basuh dan kering. Sekarang dah guna 2 in 1. yang 2 in 1 ini pun dah setahun lebih usianya.

4. Habis tu kenapa tak tahu guna?
Sebab saya tak nak jadi pandai dalam semua perkara. Kalau saya pandai dalam semua perkara, maka semua tugasan rumah tangga terpikul di bahu saya. Oleh itu saya sengaja membiarkan saya kekal bodoh dalam beberapa hal supaya tugas itu diambil alih oleh pasangan!

Kata saya lagi..
Cuba akak tengok di sekeliling kita, isteri yang overload kerja sampai tak kering tangan ialah isteri yang serba tahu semua benda.

Daripada hal dapur dia. Hal pakaian dia dan hal sekolah anak-anak pun dia. Hal mengaji quran anak-anak pun dia juga. Kereta rosak pun dia. Hal kewangan pun dia juga yang kena fikir untuk cukupkan.

Malah kadang-kadang bumbung rumah bocor pun dia yang cari tukang.

Kenapa tanggungjawab dia banyak sangat?? Sebab dia isteri yang sangat cerdik. Tahu semua benda. Maka sifirnya mudah…

Semakin cerdik seorang isteri maka semakin blur seorang suami.

Oleh itu, tak usahlah kita cerdik dalam semua perkara kak, supaya tatkala kita memilih untuk menjadi bodoh itu kebijaksanaan pasangan akan bercambah dan berkembang dengan jayanya.

Terlopong mulut kakak2 itu mendengar teori saya yang sudah 7 bulan tak ada maid!

MW: Betul apa yang diperkatakan itu. Bila isteri boleh buat semua kerja, suami mulalah ambil ringan sebab dia tahu kita boleh lakukan.

Sumber: Busseroa Abd Jalil

Published by
Nora