Mungkin ramai wanita yang mengalami masalah ini; rambut rosak dan berbau! Aduh, memalukan! Namun ramai yang ambil sikap sambil lewa saja. Ada yang anggap ia tak perlu diberikan perhatian khusus sedangkan ada masalah lebih besar menanti jika tak diatasi dengan segera.
Menurut puan Siti Hajar Jamil, 54, Pengarah Urusan Siti Salon Alzahrah, sebahagian besar wanita bertudung mengalami masalah berkaitan dengan rambut.
“ Hampir 90% wanita bertudung ada masalah seperti kelemumur, rambut gugur hingga hampir botak, berbau hapak dan kulit kepala berkuping-kuping. Cuma sama ada mereka ambil berat untuk selesaikan masalah ini atau biarkan begitu saja.
“Ada yang hanya biarkan saja kerana beranggapan masalah itu ‘tak nampak’ kerana mereka bertudung, tapi sebenarnya ia boleh memberi impak kepada hubungan dengan suami. Saya katakan begitu kerana rambut adalah ‘mahkota’ dan tarikan bagi seseorang isteri. Bayangkan, kalau rambut berbau hapak, macam mana dengan suami yang tidur di sebelah kita? Selesakah mereka?
“Jangan marah, jika saya katakan, ia boleh mempengaruhi atau mematahkan ‘selera’ suami, jika rambut isteri berbau. Jadi, kalau sayangkan suami, tolonglah jaga dan rawat rambut. Jangan pandang remeh tentang masalah rambut ini kerana tanpa sedar masalah yang dianggap ‘kecil’ ini boleh mencetuskan masalah lebih besar dalam hubungan suami isteri kelak.
” Saya pernah bertanya dan survey dengan lelaki-lelaki yang dah berkahwin tentang isu ini. Rata-rata menyatakan mereka tak sanggup nak bagitahu isteri kerana takut isteri kecil hati. Dalam masa yang sama mereka ‘makan hati’ dan tak selesa dengan keadaan itu. Malah, isteri kena tahu, dengan menjaga rambut, bukan saja untuk suami tapi untuk diri kita sendiri. Rasa yakin diri akan meningkat. Taklah risau orang akan terbau rambut kita jika perlu buka tudung di depan orang lain, contohnya bila berada di surau untuk solat.
“Salah satu penyebab utama pelbagai masalah rambut adalah penggunaan syampu yang tidak bersesuaian. Selain itu faktor perubahan hormon turut memainkan peranan. Namun, nasihat saya, silalah ke salon untuk merawat rambut sebelum masalah semakin serius. Ada wanita yang tahap hampir botak dan rambut berbau hanyir kerana masalah kulit kepala yang teruk,” ujar puan Siti 37 tahun berpengalaman dalam bidang rambut dan pernah menuntut ilmu sehingga ke London dan Itali bahkan akan datang akan ke New York untuk belajar berkaitan rambut.
1. Elakkan mencuci rambut pada waktu pagi bagi yang bekerja kerana ditakuti tidak sempat kering. Ini membuatkan rambut berbau hapak. Jika adalah kes kecemasan, gunakan pengering rambut atau buka tudung (di dalam surau misalnya) ketika waktu rehat sambil lepas bebas rambut untuk keringkan ia.
3. Syampu rambut sehingga ke kulit kepala dan fokuskan pada kulit kepala dengan mengaru-garu sedikit dengan tekanan yang sederhana. Jangan lupa untuk urut kulit kepala bagimelancarkan perjalanan darah.
4. Penggunaan perapi rambut adalah pada rambut dan jangan terkena pada kulit kepala. Jangan biarkan terlalu lama, terus cuci bersih.
5. Sebaiknya gunakan bahan-bahan berasaskan sunnah seperti inai dan minyak zaitun untuk mengatasi masalah rambut, seperti yang diamalkan di Siti Salon Alzahrah.