Isteri sebelum kahwin bukan main cantik, bukan? Bila dah kahwin urus anak-anak, suami dan rumah tangga semua mood nak melawa hilang entah ke mana.
Jangan pula fikir sebab sudah ada suami, kaum isteri tak perlu melawa ya! Kena beringat, lelaki cukup suka tengok benda cantik. Walau mulutnya kata tak kisah atau guna ayat, “Tak yah bergaya lah isteri abang dah cantik” JANGAN PERCAYA!
Dari sudut pandangan seorang suami, Muhammad Ahmad ada kongsikan kenapa isteri patut melawa walau cuma duduk rumah, jemput baca…
Isteri ini ibarat bunga yang paling cantik, mekar mewangi. Bunga ini jika tidak dijaga akan layu, akan rosak, tidak sedap di pandang.
Manakala suami adalah BAJA dan BENTENG bagi sang bunga.
Baja bagi seorang isteri adalah KASIH SAYANG dan PERHATIAN. Dan benteng untuk jaga ‘bunga’ ini adalah TANGGUNGJAWAB dari suami yang SOLEH.
Namun bunga kena pandai hargai bajanya.
Seorang isteri yang hargai suami akan berusaha kelihatan cantik di mata. Penat macam mana pun berusaha cantik di mata suami, layan suami dengan baik, lemah lembut apabila berbicara.
Bibirnya sentiasa merah, lembab dari lipstick, mengenakan mascara atau natural makeup membuatkan mata tidak puas memandang. Kejap kejap nak tengok, kejap kejap nak tengok.
*ish lawa bebeno isteri aku ni.
Apalah kiranya jika berpakaian yang menyukakan suami. Rambut kelihatan lembab sentiasa. Yang buatkan suami rasa kagum, wow, jatuh cinta lagi, tiidak puas memandang, tidak mahu sikit pun memandang wanita-wanita lain hatta model terkenal sekali pun.
Dan berwangi-wangianlah dirumah dari wangi yang paling suami suka, wangian khas untuk sang suami sahaja. Suami penat balik kerja terus segar saat membuka pintu.
Rugilah jika isteri hanya berlawa, berwangian, bermakeup untuk ke pejabat, ke majlis rasmi, ke pasar raya, tatap facebook sahaja. Sedangkan di rumah?
“Tepuk dahi tanya diri”