Kekeluargaan

Isteri Jangan Burukkan Adik Beradik Suami, Keluarga Sendiri Pun Tak Sempurna

Share

Isteri jangan burukkan adik beradik suami, keluarga sendiri pun tak sempurna. Apabila sudah berkahwin, tentu sekali kita akan mengenali ahli keluarga suami. Suka atau tidak kenalah terima seadanya.

Mungkin juga cara membawakan keluarga dia dengan keluarga kita jauh sangat bezanya. Berikut perkongsian Insyirah Soleha

Isteri Jangan Burukkan Adik Beradiknya, Keluarga Sendiri Pun Tak Sempurna

Mungkin juga timbul rasa kekok sebab tidak tahu cara kehidupan mereka. Bila dah lama kahwin barulah tahu perangai dan peel masing-masing dari pihak keluarga suami/pasangan. Tak kisahlah apa pun cara mereka, paling penting kenalah hormat.

Sedih juga bila menantu dan ipar duai ‘tak seteru’, mulalah bermasam muka dan tak bertegur sapa. Tak perlulah nak burukkan orang lain sebab kita pun belum tentu sempurna.

Keluarga Suami, Usah Remehkan

Masa awal perkahwinan, antara nasihat bonda pada saya adalah keutamaan melebihkan ibu mentua berbanding ibu sendiri.

“Kami ni besarkan kamu, kenal kamu dari baby, insya Allah tak ada rasa kecil hati. Tapi ibu mentua baru nak kenal kamu, mudah terasa hati.”

Antara nasihat paling win dari bonda ialah:

“KALAU MENTUA TANYA FASAL SUAMI, TANPA ADA SUAMI BERSAMA JAWAB SAHAJA TAK TAHU. BUKAN BERKIRA TAPI HAL PERIBADI SUAMI TAK PERLU KELUAR DARI MULUT ISTERI, IBU MENTUA NAK TAHU BIARLAH TAHU DARI MULUT SUAMI – ANAKNYA SENDIRI.”

Saya lihat bonda tidak mengalami konflik menantu-mentua kerana almarhumah nenda seorang yang tak banyak cakap dan tak suka kalau anak-anak cakap buruk pasal ipar duai. Layan anak dan menantu perempuan tanpa kasta, baik yang berpelajaran tinggi atau tidak.

Tak Perlu Ambil Tahu Hal Orang

Bonda pula sejenis suka bercerita tapi tak suka bercakap hal orang lain. Bonda hanya suka bercakap fasal anak-anak sahaja, tak suka ambil tahu hal anak orang lain.

Syukur kerana mentua saya juga bukan jenis bossy atau mengatur kehidupan anak menantu.

“KALAU KITA MASUK DALAM KELUARGA ORANG, JANGAN CAKAP BURUK PASAL ADIK-BERADIK ORANG. ADIK-BERADIK KITA PUN BUKANNYA SEMPURNA. NAK BUAT JAHAT, JANGAN PULA AJAK SEMUA ORANG BUAT JAHAT. KALAU NAK BUAT BAIK, AJAK SEMUA BUAT BAIK. KITA NI BUKANNYA BAIK MANA PUN, JADI JANGAN DUK KATA ORANG TAK BAIK.”

Selalu bonda ingatkan. Konflik berlaku bila masing-masing masih merasa kehidupan bujang dan lupa makin dewasa masing-masing berkeluarga.

“Kalau orang bercakap buruk fasal orang lain pada kita, orang tu pun boleh bercakap buruk fasal kita pada orang lain.”

Kurangkan bercakap, kurangkan meremehkan hal orang lain. Jaga mata, jaga telinga supaya lidah pun terjaga sama.

Sumber: Insyirah Soleha

Baca artikel lain juga: Suami Berilah Izin Isteri Ber Me Time Dengan Adik Beradik, Terapi Untuk Stres

Suami Derhaka Kepada Allah Bila Abaikan Isteri, Lebihkan Ibu & Adik Beradik

 

Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!

Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.

 

 

 

Published by
Has