Suami ni bukan tak faham. Dia terlebih faham sangat perangai isteri dia. Sebab itulah dia malas nak ambik port bila isteri buat muka.
Malas layan katanya.
Ada suami pulak terlebih rajin, dia layan lah rajuk isteri tu. Belikan macam macam. Isteri tak pandang pun.
Lagi jalan hentak-hentak kaki. Buat muka seposen dia tu. Hai lah abang! Kalau orang rumah tengah panas hati tahap meluap-luap.
Simpan dulu hadiah tu.
Tak berkesan! Nanti nampak dah sejuk sikit, baru datang dekat.
Iya mak-mak. Suami ni.. kadang nama je suami. Tapi bab nak fahamkan hati seorang isteri. Ya ampun.. susahnya nak hadam.
Ego kah?
Jatuh air muka kah?
Rasa harga diri dipijak-pijak kah?
Sebenarnya isteri tu nak suami dia rasa apa keinginan yang ada dalam hati dia.
Ambil berat pasal dia. Kalau dia nak pergi kerja, walaupun dia boleh drive sendiri.. suami kena tanya, “nak abang hantar tak ni?”
Walau pun masa itu kau penat gile baru balik kerja. Dia tak nak tau semua tu.
Dia cuma nak kau tanya, care pasal dia, ambil berat susah payah dia yang kejap lagi nak pergi kerja ni..
Nanti bila dia dengar kau tanya macam tu. Taknya pun dia suruh hantar.
Paling tidak dia akan balas, “takpelah.. awak penat tu. Saya boleh pergi sendiri.”
Bila dia jawab macam tu. Jangan kau ingat tugasan kau dah habis bro. Silap tu!
Tanya lagi, “Betul ni.. abang tak nak jadi apa-apa kat awak tengah jalan nanti. Abang sayang awak tau.”
Haa.. masa ni kau tengok reaksi dia. Kau ingat bila dia dengar perkataan ‘sayang awak’ tu dia nak ke hentak-hentak kaki lagi.
Paling tidak. Dia lari kat kau, salam dan cium tangan.
Iya.. perempuan ni memang manusia paling kompleks.. komplikated. Semualah.
Kau memang takkan faham emosi dia yang kejap naik, kejap turun tu.
Tapi isteri bukanlah nak suruh kau faham sampai tahap PhD pun.
Cukuplah kalau kau dapat rasa sedikit emosi yang dia lalui tu. Empati tu bang!
Payah rupanya nak dapat empati suami ni. Lagi suami cakap isteri mengada, degil tak dengar kata lagi ada.
Ewah! Ewah! Kita pun dari rusuk kiri dia. Siapa yang degil sebenarnya ni.
Dan bila suami sudah me ‘tone down’ kan egonya sendiri, dia akan dapat bahagia yang dicari dengan isterinya.
Isteri pun, bila suami dah boleh terima.. mula belajar nak berempati dengan isteri.. jangan kau naik lemak pulak.
Minta macam-macam, sampai kau ingat laki kau tu tokey Genting Highland.
Tak boleh macam tu.
Kena sama-sama, tolak ansur dan kita pun kenalah juga ada empati dengan suami. Kau faham tak empati tu apa? Haa.. google lah sendiri. Banyak dah curhat ilmu ni.