Isteri Jadi Wanita Paling Bahagia Bila Suami Rajin Layan Bersembang

Share

Komunikasi diantara suami isteri sangatlah penting dalam hubungan perkahwinan. Tak kiralah apa juga topik, penting atau remeh rajin-rajinlah ringankan mulut bersembang dengan pasangan. Lumrahnya isteri lebih suka bercakap, meluahkan rasa hati itu dan ini.Suamilah yang perlu memainkan peranan, layankan saja apa yang isteri nak kongsi cerita. Kerana ia mampu membuatkan isteri rasa lebih bahagia.

Perkongsian daripada Puan Nadia Rafeeza ini boleh dijadikan panduan pasangan suami ini;

Masa akak di Krabi, hari terakhir, sebelah pagi kami ada trip ke Emerald Pool.Di dalam van, ada 3 pasang suami isteri. Dua daripada mereka dah ada anak. Yang satu lagi tu pasangan baru kahwin.Then campur kami 3 orang yang bujang di negara orang dan 2 orang awek Korea.Belakang seat akak, ada sepasang suami isteri. Dari Singapore. Melayu Singapore.

Sepanjang 80km dari hotel kami ke Emerald Pool, pasangan suami isteri belakang seat akak ni tak henti-henti bersembang. Si isteri cakap Bahasa Inggeris manakala si suami membalas 80% Bahasa Melayu. Selebihnya bahasa Inggeris.

Mereka tak menganggu akak pun. Sebaliknya akak pulak seronok dengar diorang laki bini bersembang.

Dasar mak cik bawang kan? Hahaahah

Apa yang akak seronok tu adalah, topik yang mereka bualkan. Topiknya remeh temeh je. Tapi diorang rancak berbual. Dalam hal ni, akak tabik spring pada si suami tadi. Sebab?

Akak tak rasa suami-suami Melayu Malaysia ni rajin layan isteri berborak macam tu.

Kalau ikut pengalaman akak, isteri pot pet pot pet bercerita si suami banyak diam je. Dengar je. Entah dengar entah tidak. Sekali sekala je menyahut tu pun bila isteri tadi tanya. Betul tak? U rasa ok ke?

Tapi si suami Singapore ni rajin layan wife dia bersembang. Antara topik perbualan diorang..

“Sayang, how was the food?” Isteri tanya suami pasal lauk lunch diorang tadi.

“Ok sedap” Jawab si suami.

“Yes…i agreed. The foods was so sedap. You know what, im quite surprised when the tour guide told me, the sweet sour dish is a fish. Cat fish fillet!”

“Eh, u tak makan cat fish kan?”

“Ya ya…I don’t eat cat fish. But this time, I can’t resisted.”

“owh no wonder I tengok u makan berselera.”

“Ya lah. So nicee. If I knew cat fish taste so good, i definitely will eat that fish long time agoooo.”

Gelak.

“The pumpkin masak lemak also nice kan sayang?” Tanya si isteri.

“Yes sedap.” Jawab si suami.

“I ate a lot today. I happy.” Jawab si isteri.

Suami gelak.

Kau nampak…diorang cerita pasal lauk je pun. Berjam-jam diorang sembang weh. Sebenarnya panjang lagi diorang bersembang pasal lauk pauk tu termasuk buah-buahan yang disediakan. Tak lalu pulak akak nak tulis semua. Hahaaah

Bersembanglah Dengan Isteri

Apa akak nak sampaikan adalah, betapa bagusnya mereka laki bini, boleh bersembang apa-apa topik. Walaupun hal-hal begitu.

Akak respect suami dia yang rajin layan isteri bersembang. Orang perempuan ni dia bukan nak harta berjuta pun. Dia cuma nak perhatian dari suami dan kawan dia bersembang.

Isteri bila dah kawin, dia tinggalkan semua kawan-kawan dia. Yang dia ada hanya suami. Suami tu dunia dia, syurga dia. Segala-galanya!. Berbeza dengan suami, lepas kawin, masih lepak & keluar dengan kawan-kawan macam bujang.

Jadi bila dapat bersembang dengan suami tu, isteri dah rasa happy sangat. Malangnya suami-suami kat Malaysia ni, malassss nak bersembang dengan isteri. Baru isteri bukak mulut terus si suami cakap penat la, esok-esok je la sembang, ada yang terus marah isteri. Dah terbantut si isteri tadi nak bersembang.

Kalau ada suami yang dengar pun, mostly diorang dengar je la, ala kadar je respondnya. Ada yang langsung diam seribu bahasa, Serupa cakap dengan spenda (sorry contoh tak senonoh…hahaahah). Jenis hat diam ni, isteri tak sakit hati sangat. Sebab dia mau jugak dengar isteri pot pet. Kira pendengar setia merangkap penyimpan rahsia jugak (sebab dia tak ingat pun apa kita cerita). Gasakkkk janji dia dengar. Tak gitu?

Cuma akak heran, kalau si suami tadi bersembang dengan kawan-kawan, kemahin rancak, kemahin meriah, kemahin ramahnya. Kalah pak cik bawang. Eh? Tak bisu rupanya? Dah kenapa kalau nak bersembang dengan isteri macam ada emas dalam mulut tu?

Kecik hati isteri tau gais. Tak baik gitu. Walau remeh mana pun topik isteri tadi. Hambar sekalipun layan je la. Isteri tu just nak release stress dia. Nak berkomunikasi. Dia nak masa dengan suami dia. Dia nak tengok muka suami dia. Nak dengar suara suami dia. Dia nak tengok suami dia gelak, senyum, melawak. Nak tahu rahsia tak? Isteri-isteri ni rindu kat suami dia walaupun baru 8 jam tak jumpa (sebab bekerja). Sebab tu dia ajak bersembang. Tapi, tak ramai suami-suami yang faham kan?

Isteri Jadi Wanita Paling Bahagia

Jadi lepas ni, sila layan isteri hangpa bersembang. Lantak pi la sembang pasal pokok ke, paip air, taik telinga anak ke.

Janji spend time untuk bersembang dengan isteri. Dengar cerita si isteri tadi. InsyaAllah isteri akan jadi wanita paling bahagia ?

P/S: Sedikit update, pos ni bukan nak bukak aib suami ke, bukan tujuan buat comparison tu nak bgtau suami negara mana lebih baik ke apa. Perbandingan di buat untuk menyampaikan cerita. Sekadar hiburan petang. Bacaan santai, tapi kena dengan senario rumah tangga kebanyakkan dari kita. Pada suami yang rajin melayan isteri, tahniah akak ucapkan. Teruskan…

Pada suami yang sedar dah lama sangat tak bersembang dengan isteri, mulai hari ini, pergi dekat isteri anda, cuba mula bertanya ‘awak ok hari ni? Buat apa je hari ni?’ Akak jamin isteri hangpa pasti dah sangat gembira.

Pada para isteri yang suaminya kurang bercakap, pergi jumpa dia dan luahkan isi hati awak. Betapa awak rasa sunyi dan rindu nak dengar suara dia. Terlalu banyak buat hal masing-masing dan kurang bercakap pasal hal ‘kita & keluarga kita’. Akak doakan suami awak akan faham dan akan memberi masa buat awak.

Akak doakan seikhlas hati agar rumah tangga kalian sentiasa rukun dan damai. Bahagia, gembira hingga ke akhir hayat dan sentiasa di bawah rahmat kasih sayang Allah.

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Pesanan buat para suami, rajin-rajinlah ‘tadah telinga’ dan bersembang dengan isteri.Memang ada benarnya, ia mampu buat isteri bertambah bahagia dan lebih gembira.

Sumber: Nadia Rafeeza

Published by
Suhaidah Abd Wahab