Sampai saat isteri berubah daripada banyak bercakap kepada kurang bercakap, itu petanda sesuatu tak kena. Kebiasaannya ia adalah isyarat dia mahukan me-time. Maklumlah tugas di pejabat dan di rumah bila digaul sekali memang membuatkan mental dan fizikal jadi letih.
Sebagai suami, seharusnya anda memahami perubahan isteri. Kadang-kadang isteri malas nak luahkan, jadi apabila nampak perubahan ketara pada isteri. Cepat-cepatlah pujuk dan biarkan dia berme-time.
Ikuti perkongsian, Mohd Fhais :
Lepas melawat sekolah Rania tadi terus gerak ke Cheras dengan isteri. Sepanjang perjalanan dari Melaka ke Cheras dia senyap.
Bercakap sepatah saja keluar. Macam paksa diri kena ikut saja nadanya.
Ok lah. Lepas selesai sahaja urusan di Cheras buka waze nak balik melaka, dia nampak perkataan ikea keluar dekat situ.
Terus dia tempelak “Bang jom pergi ikea”
Tak ada benda nak buat pun jadi, “Ok boleh, jom.” Balas saya.
Start daripada saat itu personaliti isteri berubah terus. Dari tak bermaya tadi jadi banyak gaya pula.
Banyak betul lah dia cakapkan.
“Dah lama kita tak jalan sinikan bang”
“Abang lawanya bangunan tu, bangunan apa tu?”
Apa saja melintas dia nak borakkan.
Sampai dekat ikea lagi tak tentu arah. Tak sabar-sabar siap dari jauh lagi sudah nampak parking kosong.
“Dekat situ bang, dekat situ bang, ada kosong situ”
Kesihan pula tengok isteri jakun tengok ikea macam ni…
Padahal sudah banyak kali datang sini. Lama dululah, dekat setahun rasanya tak datang. Patutlah jakun. Hahaha
Tapi sebenarnya jakun ni ada sebab.
Ya lah, setiap hari kerja dia dengar tangisan baby dekat wad, kerjanya jaga baby yang sakit. Jadi baby menangis itu normal, kalau baby tak nangis dia yang nangis. Berganti-ganti.
Lama-kelamaan otak pun jadi tepu dengar tangisan saja setiap hari…
Balik rumah pula dengan anak yang suka sepahkan mainan, dengan masalah air yang tak berkesudahan lagi, baju bertimbun 2 hari sekali baru basuh.
Jadi terang sangatlah yang jakun isteri itu tanda dia sangat perlukan me-time untuk rawat otak yang dah tepu.
Itu yang sampai saja ikea ni terus lupa diri. Semua benda dia nak tengok dan belek. Orang ambil gambar dari belakang pun tak perasan.
Pengajaran baru hari ni.
Jika isteri jadi pendiam tu bahasa isyarat dia nak bagitahu kita yang dia nak me-time. Noted mem.
Wallahu A’lam,
Mohd Fhais
Kita lelaki balik rumah, terus landing atas sofa dah kira buat me-time tapi bagi wanita tidak.
Sumber: Mohd Fhais
MW: Dalam dunia rumah tangga ini mudah sahaja untuk bahagia, fahami sahaja antara satu sama lain. Bila berdepan masalah luahkan dan cuba selesaikan secara baik. Barulah suami, isteri bahagia walaupun setiap hari berdepan dengan pelbagai ujian.