Sampai saat isteri berubah daripada banyak bercakap kepada kurang bercakap, itu petanda sesuatu tak kena. Kebiasaannya ia adalah isyarat dia mahukan me-time. Maklumlah tugas di pejabat dan di rumah bila digaul sekali memang membuatkan mental dan fizikal jadi letih.
Sebagai suami, seharusnya anda memahami perubahan isteri. Kadang-kadang isteri malas nak luahkan, jadi apabila nampak perubahan ketara pada isteri. Cepat-cepatlah pujuk dan biarkan dia berme-time.
Lepas melawat sekolah Rania tadi terus gerak ke Cheras dengan isteri. Sepanjang perjalanan dari Melaka ke Cheras dia senyap.
Bercakap sepatah saja keluar. Macam paksa diri kena ikut saja nadanya.
Ok lah. Lepas selesai sahaja urusan di Cheras buka waze nak balik melaka, dia nampak perkataan ikea keluar dekat situ.
Terus dia tempelak “Bang jom pergi ikea”
Tak ada benda nak buat pun jadi, “Ok boleh, jom.” Balas saya.
Personaliti Berubah
Start daripada saat itu personaliti isteri berubah terus. Dari tak bermaya tadi jadi banyak gaya pula.
Ads
Banyak betul lah dia cakapkan.
“Dah lama kita tak jalan sinikan bang”
“Abang lawanya bangunan tu, bangunan apa tu?”
Apa saja melintas dia nak borakkan.
Sampai dekat ikea lagi tak tentu arah. Tak sabar-sabar siap dari jauh lagi sudah nampak parking kosong.
“Dekat situ bang, dekat situ bang, ada kosong situ”
Kasihan Pada Isteri
Kesihan pula tengok isteri jakun tengok ikea macam ni…
Ads
Padahal sudah banyak kali datang sini. Lama dululah, dekat setahun rasanya tak datang. Patutlah jakun. Hahaha
Tapi sebenarnya jakun ni ada sebab.
Ya lah, setiap hari kerja dia dengar tangisan baby dekat wad, kerjanya jaga baby yang sakit. Jadi baby menangis itu normal, kalau baby tak nangis dia yang nangis. Berganti-ganti.
Lama-kelamaan otak pun jadi tepu dengar tangisan saja setiap hari…
Balik rumah pula dengan anak yang suka sepahkan mainan, dengan masalah air yang tak berkesudahan lagi, baju bertimbun 2 hari sekali baru basuh.
Me-time
Jadi terang sangatlah yang jakun isteri itu tanda dia sangat perlukan me-time untuk rawat otak yang dah tepu.
Ads
Itu yang sampai saja ikea ni terus lupa diri. Semua benda dia nak tengok dan belek. Orang ambil gambar dari belakang pun tak perasan.
Pengajaran baru hari ni.
Jika isteri jadi pendiam tu bahasa isyarat dia nak bagitahu kita yang dia nak me-time. Noted mem.
Wallahu A’lam,
Mohd Fhais
Kita lelaki balik rumah, terus landing atas sofa dah kira buat me-time tapi bagi wanita tidak.
MW: Dalam dunia rumah tangga ini mudah sahaja untuk bahagia, fahami sahaja antara satu sama lain. Bila berdepan masalah luahkan dan cuba selesaikan secara baik. Barulah suami, isteri bahagia walaupun setiap hari berdepan dengan pelbagai ujian.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Cerita yang dikongsikan Imam Muda Hassan Adli ini benar-benar terjadi dalam kehidupan suami isteri. Bila suami terlalu rajin buat kerja rumah, sampai isteri rasa tak seronok nak meneruskan hidup dengan suaminya itu.
Kata Imam Muda Hassan lagi, banyak pengajaran yang boleh didapati dari kisah suami isteri ini. Bahawa cinta itu janganlah terlalu dicari, tapi jemputlah cinta yang diberkati dalam alam rumah tangga.
Isteri Minta Cerai Sebab Suami Terlalu Rajin Buat Kerja Rumah
Betullah manusia ini sangat kompleks untuk difahami. Allah ciptakan akal dengan 1001 rahsia yang sukar untuk difahami. Hebat ciptaan Allah!
Berlaku di India, seorang isteri menuntut perceraian di peringkat pengadilan Syariah dengan alasan suaminya terlalu mencintainya dan terlalu rajin membantunya mengemas rumah, memasak untuknya, dan suaminya langsung tidak pernah meninggikan suara padanya.
Pegawai Syariah menung panjang juga bila mendengar alasan si isteri ini.
Cinta Bukan Untuk Dimiliki..
Si isteri inginkan seorang suami yang boleh dibawa bertengkar, pemalas, dan tidak terlalu mencintainya. Akhirnya pegawai Syariah terpaksa menolak permohonan luarbiasa daripada isteri ini.
Nak bagitahu di sini, cinta itu terlalu subjektif dan adakalanya sukar untuk difahami, dan adakalanya di luar jangkauan pemikiran manusia.
Ada benarnya kata bijak pandai, “cinta bukan untuk dimiliki, tapi untuk diperjuangkan.” Bila suami sibuk mencari cinta isteri, mungkin suatu hari nanti dia akan penat. Begitu juga bila isteri terlalu mencari cinta suami, akhirnya dia akan lelah juga.
Cinta bukan dicari tetapi dijemput dan diundang. Undanglah ia dengan keberkatan. Cinta yang diberkati, di dalamnya ada kalimah La Ilaha Illallah.
Bila mana Allah yang diangkat dalam cinta kita, in shaa Allah berkat cinta yang akan diperolehi oleh suami isteri.
Jemputlah cinta, jangan terlalu mencari!
#jiwatenang
MW : Memburu cinta diberkatiNya agar rumah tangga aman harmoni.
‘Kami alami tekanan, kesunyian.’ Gagal beri cucu, anak dan menantu disaman RM2.6 juta oleh ibu, bapanya. Soal anak ini bukan sesuatu yang mudah macam petik jari.
Kalaulah mudah macam tu sekali, mesti ramai yang beranak ramai. Soal anak adaah rezeki yang ditentukan Tuhan. Jika belum tiba masa dan waktunya maka menantilah dengan redha.
Kami Alami Tekanan
Sepasang suami isteri di India nekad menyaman anak lelaki tunggal mereka sebanyak AS$610,795 (RM2.6 juta) kerana tidak mengurniakan cucu buat pasangan itu, lapor akhbar Daily Mail.
Sanjeev Prasad, 61, dan isteri Sadhana, 57, memfailkan petisyen terhadap Shrey Sagar dan isterinya Shubhangi, yang berkahwin pada 2016 dan masih tidak mempunyai anak.
Kesunyian
Perkahwinan itu diatur keluarga dan mereka juga dihantar ke Thailand untuk berbulan madu bagi melahirkan waris keluarga.
Dalam petisyen surat saman tersebut, Shrey dan Shubhangi diarahkan melahirkan zuriat dalam tempoh setahun atau membayar saman kepada ibu bapa mereka.
Shrey yang merupakan seorang juruterbang terlatih telah dihantar melanjutkan pengajian ke Amerika Syarikat (AS) dengan yuran serta perbelanjaan ditanggung penuh oleh ibu bapanya.
“Kami berhak mendapat kebahagiaan sebagai datuk dan nenek tetapi anak menantu seperti tidak mahu menunaikan impian tersebut. Jadi, kami mahu menuntut ganti rugi,” kata Sanjeev.
Sajneev juga menulis dalam hujah mahkamah ibu bapa bahawa mereka terpaksa membuat pinjaman untuk membina rumah dan kini berdepan masalah kewangan.
Anak Menantu DiSaman RM2.6 Juta
“Kami juga mengalami tekanan perasaan kerana kesunyian tanpa kehadiran cucu untuk menemani hari-hari tua,” ujarnya.
Pertuduhan yang dikemukakan ke Mahkamah Daerah Haridwar disenaraikan sebagai penyakit mental dan gangguan atau secara teknikalnya dilabelkan sebagai kes keganasan rumah tangga. – Agensi.
Aliff Aziz tunai umrah, ibu doakan kesejahteraan dan keselamatan. Juara Gegar Vaganza musim kelapan, Aliff Aziz dan isteri telahpun beraangkat ke tanah suci bagi menunaikan umrah.
Seperti mana yang dikongsi menerusi akaun rasmi Instagramnya, Aliff menerangkan dia dan keluarga akan menunaikan umrah buat pertama kali dan memohon agar mendoakan mereka selamat pergi dan kembali.
Aliff Aziz Tunai Umrah
Paling menarik menerusi salah satu ruangan komen daripada ibu tercinta kepada Aliff iaitu Fiza Aziz menitipkan doa agar anaknya sekeluarga diberikan kesejahteraan dan keselamatan sepanjang keberadaan di sana.
“Allahuakbar Alah maha baik. Walaupun umi tak dapat peluk dan cium abang sebelum abang berangkat tapi umi tidak putus mendoakan kesejahteraan dan keselamatan abang dan semua jemaah dan umi yakin Allah menjaga abang serta keluarga”, komen Fiza Aziz.
Begitulah terharunya ungkapan seorang ibu sentiasa mendoakan yang terbaik buat anaknya.
Sebelum ini, isteri Aliff Bella pernah memaklumkan rancangan mereka menunaikan umrah ini sekali gus menyambut ulang tahun suaminya pada 16 Februari ini.
“Saya Mohon Dimaafkan Ya”
Dalam pada itu juga, Aliff juga memohon maaf kepada mana-mana pihak yang pernah tergores dengan perbuatannya.
“Assalamualaikum semua.
“Alhamdulillah hari ini berangkat saya sekeluarga untuk menunaikan umrah buat pertama kali. Mohon semua doakan semoga kami selamat pergi dan kembali.
“Kepada semua yang pernah terguris hati dengan apa2 perbuatan saya, mohon dimaafkan ya.
“Semoga perjalanan ini dilindungi dan dirahmati Allah Azzawajal dan menjadi asbab kebaikan kita semua insyaallahuta’ala,” tulis Aliff.