Isteri Ini Lembut Dan Mudah Dibimbing Jika Suami Menawan Hatinya

Share

Melentur hati seorang isteri perlu bermula dari suaminya sendiri. Bijak suami menawan, hati isteri maka mudahlah untuknya mahu melembutkan jiwa isteri.

Mudahlah baginya untuk membimbing isteri ke jalan yang diredhaiNya. Inilah antara perkongsian menarik Ustaz Ebit Lew. Agar menghargai dan menyayangi bidadari dalam hidup suami.

Maka itu, suami utamakanlah amalan yang paling utama bagi seorang suami iaitu menafkahi isterinya sendiri. Apabila cukup suami beri, ianya akan memberi bahagia di hati isteri.

Sayangi Bidadari Dalam Hidupmu

Hargailah dan sayangilah bidadari dalam hidupmu di dunia kerana dialah bakal peneman kita selamanya di syurga nanti. Dialah permaisuri di syurga kita nanti. Amin.

Pemberian paling utama bagi seorang suami ialah isterinya. Kewajipannya. Tanggungjawabnya. Ramai orang terlupa memberi nafkah pada isteri. Beri sedekah pada haiwan terbiar sahaja menjadi sebab di masukkan syurga.

Bayangkan nilai beri makan pada orang miskin dan anak yatim. Betapa besarlah pula nilai amalan memberi nafkah paling utama pada isteri.

Nilai amalan wajib dan sunat tak sama. Kerana itu membahagiakannya, menggembirakannya membuat kita lebih bahagia gembira. Lebih berkat. Lebih melimpah ruah rezeki dan nikmat. Redha Allah segalanya.

Bayangkan apalah hadiah Allah pada kita nanti. Saat kita diuji dialah peneman setia. Saat kita sakit dialah yang menjaga kita. Paling mengenal dan memahami kita sentiasa. Isteri anugerah Allah. Orang tanya saya apa buat terus kuat melalui semua ini. Anugerah Allah memiliki bidadari yang sangat baik.

Baca sini : Bidadari Syurga Kamu Manis Sekali, Sungguh Istimewa, Begitu Indah Kerana Ia Daripada Pancaran Hati Kamu

Wanita Mudah Dibimbing Jika Suami Menawan Hatinya

Kerana itu Saidina Ali ra pernah kata maksud doa ya Allah berilah kebaikan dunia dan akhirat. Apakah kebaikan dunia ini? Jawabnya beliau wanita solehah.

Mendapat itu dapatlah segalanya nikmat dunia ini. Kerana itu tugas kita suami menyayangi dan membimbing isteri kita cinta dan mengenal Allah. Wanita ini lembut dan mudah dibimbing jika kita menawan hatinya.

Saat kita mendapat hatinya mudahlah kita melenturnya dengan izin Allah. Alang-alang bercinta biarlah sampai syurga. Amin

Mingguan Wanita : Seorang isteri yang bahagia, sudah tentu dia akan membahagiakan hati suami dan seisi keluarganya.

Sumber/Foto : Ebit Lew

Published by
Netty Ah Hiyer