Betapa besarnya peranan air tangan isteri dalam menentukan berat badan ideal suami. Rupanya kalau suami nak turun berat badan, selain semangat diri yang kuat, sokongan isteri itu paling penting sekali.
Ini telah dibuktikan oleh Puan Farihah Zulkifle ketika membantu suaminya turun berat dalam masa 3 bulan. Dalam tempoh itu, berkat air tangan isteri sebanyak 28kg berat badan berjaya dihilangkan.
Selain memilih jenis masakan dan makanan yang sesuai, Puan Farihah berkongsi 4 langkah mudah turunkan berat tanpa ubat kurus malah tak perlu stress sepanjang melalui tempoh dapatkan berat badan ideal.
Ini penting. Suku karbohidrat. Suku protein. Separuh gabungan buah dan sayuran.
Makan 3 kali sehari ikut portion ni. Bila lapar, makan buah. Tapi diet ni jarang buat kita lapar sebab nutrisi cukup.
Tapi awas ya, sukatan kena tepat. Jangan mengelat. Contoh-contoh menu suku-suku separuh ada di gambar.
Suami hanya bersenam 1 jam setiap hari. Samada berenang atau jalan-jalan di mall. Senam tak semestinya yang membebankan.
Bila kita buat benda yang kita terpaksa, benda tu takkan bertahan lama. Buat benda yang kita enjoy.
Cukupkan 3 liter sehari. Ikut keperluan badan dan aktiviti hari tu. Kita boleh tahu body kita tak cukup air bila bibir merekah dan air kencing berwarna pekat.
Dan yang penting untuk tips minum air, apa yang penting adalah penyerapan air, bukan berapa banyak liter yang kita minum. Jadi, tips penting, minum sikit-sikit tapi dengan kerap.
Makan awal. Lepas maghrib dah kena stop makan. Suami selalu akan tidur tidak lewat dari jam 10 malam dan bangun jam 5 pagi.
Tidur yang cukup dapat elak body stress. Stress akan menggangu penurunan berat badan.
Semoga bermanfaat & dapat beri inspirasi kepada yang masih berhempas pulas untuk dapatkan berat ideal.
Sumber/Foto : Farihah Zulkifle