Berita

Isteri ‘Hilang Nyawa’ Di Tangan Suami Ketika ‘Live’ Di Facebook

Share

Isteri ‘hilang nyawa’ di tangan suami ketika ‘live’ di Facebook. Seorang lelaki nekad menikam isterinya hingga meninggal dunia. Gara-gara cemburu dengan isteri kerana sering menghubungi bekas suaminya.

Isteri ‘Hilang Nyawa’ Di Tangan Suami Ketika ‘Live’ Di Facebook

Lelaki yang dikenali sebagai Agus Herbin Tambun itu bertindak sedemikian ketika isterinya sedang ‘live’ di Facebook dan karaoke bersama keluarganya pada malam Sabtu lalu. Insiden itu turut disaksikan warganet yang menonton siaran langsung tersebut.

Mangsa, Hertalina Br Simanjuntak ditikam sebanyak lima kali oleh suaminya, Agus yang merupakan warga Desa Suka Damai Kecamatan Sei Bambam, Kabupaten Serdang Bedagai di Indonesia.

Menerusi klip video berdurasi 32 saat itu, ahli keluarga yang lain turut menjerit ketakutan apabila Agus yang datang dari arah belakang menikam isterinya secara tiba-tiba.

Pelaku bagaimanapun melarikan diri selepas insiden itu. Ahli keluarga mangsa kemudiannya membawa mangsa ke Rumah Sakit Chevani dan disahkan meninggal dunia.

Setelah laporan dibuat kepada polis, Agus berjaya diberkas pihak berkuasa dalam tempoh kurang 24 jam setelah dia bersembunyi di rumah saudaranya.

Siasatan awal mendapati suspek mengaku tindakan itu didorong oleh rasa sakit hati dan cemburu kerana Hertalina masih berbaik dengan bekas suaminya.

“Pisau yang dijadikan senjata adalah milik mangsa yang biasanya digunakan untuk memotong jeruk,” kata jurucakap polis.

Sumber: (Agensi) Sinar Harian

Baca artikel lain juga: Suami Curang, Isteri Kerja Luar Negara, Tanggung Nafkah Keluarga, Saya Macam Kahwin Dengan Biawak Hidup

Suami Tak Mampu Bersama, Isteri Berhak Mohon Fasakh

Suami Kata Isteri Kena Taat Walau Jahat Macam Mana Pun Dia, Sedangkan Taat Pada Suami Bukan Bersifat Mutlak

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE 

“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.

“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.

“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.

Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…

Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.

Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.

Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.

Published by
Has