Isteri hampir bun*h diri tertekan hutang banyak, “jadi bank” suami warga asing asyik buat pinjaman. Berkahwin memang indah namun jika mendapat “suami dari neraka”, rumah tangga tak akan bahagia selamanya.

Satu ingatan buat wanita di luar sana agar membuat pilihan yang tepat bila hendak berkahwin lebih lagi ia melibatkan  warga asing yang mempunyai agenda tersendiri bila mengahwini wanita tempatan.

Isteri Hampir Bun*h Diri Tertekan Hutang Banyak

Satu perkongsian di X, YB Marina Ibrahim  ADUN Skudai mengenai seorang isteri yang hampir membunuh diri kerana tertekan hutang banyak boleh dijadikan pengajaran buat wanita agar tidak menjadi BANK dengan membuat pelbagai pinjaman semata-mata mahu membahagiakan lelaki.

Ini adalah kisah isteri teraniaya ini yang mana mengahwini warga asing 17 tahun lebih muda. Asyik disuruh buat pinjaman bank hingga kerjaya sebagai awam juga sudah terjejas. Hutang masih menimbun hingga isteri rasa hendak membunuh diri kerana tertekan.

Lepas Subuh ingat nak lelap sekejap. Seorang akak call menangis-nangis nak jumpa. Katanya hakim mahkamah bagi dia no telefon aku. Dengar suara dia, aku dah agak akak ni tengah dalam tekanan. Td jumpa dia. Penjawat awam , hilang kerja, tekanan sampai nak bunuh diri.

Ads

“Jadi Bank” Suami Warga Asing Asyik Buat Pinjaman

Berkahwin dengan lelaki warga asing yg 17 tahun lebih muda. Lelaki ni edar flyers je dulu, dah perhatikan akak ni lama.. so dia pancing. Jadi dia kahwin dan gunakan akak ni sebagai “bank”. Buat pinjaman dan sebagainya.

Rupanya modus operandi dia memang berkahwin dengan perempuan Malaysia untuk dijadikan bank. Akak ni berkali nak bunuh diri, tertekan. Dia cakap dengar suara suruh gantung diri, terjun. Nangis-nangis dia cerita tadi, tapi dia cakap dia lega sebab ada kawan bercakap harini.

Ads

 Mana tak tertekan, selain bebankan dia dengan masalah penipuan, hutang. Baru sebulan kahwin , tahu pula lelaki ni suka langgan perempuan sana sini sehingga terkena penyakit kelamin. Akak ni cuba bertahan selama 12 tahun redha.

Dia pun cakap dekat aku pesan dengan perempuan dekat luar sana jgn mudah terpedaya. Perancangan aku, nak bantu akak ni dapatkan nasihat dan kaunseling. Cuma tulah, akak ni tak suka hospital dan doktor. Kena ambil masa sikit.

Apa pun, jadikan kisah ini iktibar agar tak terpedaya muka kacak warga asing lebih-lebih lagi usia muda dari wanita.

Ads

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Suami Isteri Meninggal Dunia Kemalangan Motosikal, Bayi 8 Bulan Bergelar Yatim Piatu

Isteri Meninggal Dalam Labour Room, Suami Maafkan Jururawat Beri Alasan Mahu Tidur Dulu

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI