Sebak membaca ciapan media sosial suami ini, ameenazizul terpaksa menunggu lama giliran naik lif. Dia sekeluarga mengunjungi pusat membeli belah bersama isteri yang hamil 5 bulan dan anak kecilnya yang diletakkan di dalam stroller.
Terpaksa menunggu giliran sehingga tujuh ke lapan kali lif turun naik. Sayangnya, tiada seorang pun daripada pengguna yang ada di dalam lif berkenaan memberikan laluan kepada keluarga ini untuk menggunakannya.
Paling sedih, dia bukan sekadar menunggu. Malah, meminta simpati daripada mereka sekiranya boleh diberikan untuk menggunakan lif berkenaan.
Pengguna yang ada di dalam lif berkenaan bukanlah orang yang tidak berupaya. Sebaliknya, orang muda yang cuma membawa beg membeli belah di tangan. Demikian kongsinya,
“Koyak teruk harini. 7-8 round tunggu turn nak naik lif di KLCC. Punyalah ignorant takda sorang pun bagi laluan. Padahal semua muda-muda, bawa shopping bag je, bukan stroller atau warga emas. Lama sangat tunggu last last kami mengalah, lipat stroller, dukung anak, turun escalator.”
Dan akhirnya keluarga ini mengalah untuk menggunakan escalator. Tak boleh bayangkan isteri yang hamil itu sambil menggendong anak kecilnya menuruni escalator, dan ayah tentunya membawa stroller yang berat itu.
Seakan tiada empati terhadap keadaan ibu hamil dan anak kecil ini yang menunggu lama giliran naik lif.
Sebenarnya, ini bukan cerita baru. Sekitar Julai lalu, pelakon Yana Samsudin juga pernah meluahkan rasa kesal dengan pengguna-pengguna lif yang tiada rasa empati.
Seharusnya ada kesedaran, bahawa penggunaan lif ini adalah untuk keutamaan warga emas, orang sakit, ibu hamil dan anak kecil.
Jika ada golongan sebegini yang memerlukan penggunaan lif, silalah berikan laluan kepada mereka dahulu. Tak rugi pun sebenarnya nak adakan rasa empati dalam diri itu.
Anda mudahkan orang lain, hidup anda InsyaAllah akan jadi mudah juga sebenarnya.
Baca : ‘Mica Tak Nak Naik Tangga..’ Lif PPR Rosak, Ibu Sedih Biar Anak Hidup Susah
Apa yang lebih melukakan, dalam pada ciapannya viral, ada yang membalas komen dengan kata-kata yang tidak sepatutnya dikongsikan. Seperti, “Siapa suruh buat anak bang.”
Balas suami ini lagi, “On that day, kami dah tegur dan dah cakap elok-elok minta bagi laluan sebab kami pakai stroller dan wife pregnant 5 months. Tapi memang tiada orang nak keluar dari lift dan buat tak tahu. I said I koyak bukan sebab penat, but because i had high hopes to us, Malaysians
.”Bak kata suami ini, seharusnya keutamaan penggunaan lif ini diberikan kepada warga emas, pengguna kerusi roda, ibu bapa yang membawa anak dengan stroller dan wanita hamil.
Bukan tiada peringatan mesra di papan kenyataan pusat membeli belah. Sayangnya, tiada siapa yang ambil peduli.
Bila mana sikap mementingkan diri lebih menebal. Maka, melukakan orang yang sedia susah itu yang menjadi pilihan.
Sumber/Foto : ameenazizul