Bagi yang mengikuti ‘perjalanan’ pasangan doktor popular, Dr. Say dan Dr. Azura mendapatkan zuriat pasti mengerti betapa bermaknanya berita hamil anak kedua ini. Banyak dugaan yang ditempuhi sehingga anak pertama mereka, Ace lahir 5 Mei 2019.

Setahun lebih berlalu, pasangan ini sekali lagi menerima kejutan. Dr. Say berkongsi berita isterinya hamil anak kedua menerusi posting di Instagram miliknya. Beliau begitu teruja sehingga langsung berkongsi berita gembira ini dengan followernya.

“Saya mungkin akan dimaki bini akibat post gambar ni tapi saya tak boleh tahan! Pagi tadi saya dapat panggilan cemas daripada bini.

“Ubby, I buat UPT (Urine Pregnancy Test) tadi & dapat dua line. I cam tak percaya so I buat sekali lagi & dapat dua line jugak!Tapi samar-samar aa both, betul ke ni? I pregnant ke ni?

Post UPT Isteri Hamil Anak Kedua

“Dah dia kalut, saya lagi lah kalut.

“Wah best gila Unny! Alhamdulillah! Hepi gilaaa, mai gambar tengok.

IKLAN

“Maka di WhatsApp-kannya gambar di atas dengan pesanan,

“U jangan post, benda tak sure lagi, kalau tak jadi nanti I down.

“Tapi Say Shazril mana dengar cakap bini & Say Shazril mana boleh simpan excitement maka HERE IT IS PEEPS, ALHAMDULILLAH! Saya tau mana ada orang post keputusan UPT ni sehingga sekurang-kurangnya pregnancy week mereka dah masuk second trimester tapi bagi saya jadi atau tak itu belakang kira. Sekurang-kurangnya ada sinar harapan yang kami boleh mendapatkan zuriat,”ujarnya.

Baca sini

IKLAN

https://www.instagram.com/say_shazril/?hl=en

https://mingguanwanita.my/7-doa-ini-mujarab-buat-anak-aktif-lebih-mendengar-kata-mak-mak-sila-amal-dari-peringkat-awal/

https://www.mingguanwanita.my/dr-halina-hamil-kembar-lagi-dr-sheikh-muszaphar-sama-sama-naik-berat/

Akui Sukar Dapat Zuriat, Mohon Doa Kandungan Sihat

Dalam posting tersebut, Dr. Say turut mendedahkan rahsia yang disimpan sekian lama. Katanya, beliau dan isteri kemungkinan sukar mendapatkan zuriat lagi. Justeru, apabila UPT Dr. Azura positif,  ia sangat bermakna buat pasangan ini.

IKLAN

“Sebab apa doc cakap macam tu? Doc dah dapat Ace kot, kenapa nak risau takleh dapat anak lagi? Ahaa tu semua ada saya jelaskan dalam my first Youtube video coming up really soon peeps! Something yang saya dan bini tak pernah kongsikan dalam social media kami kemungkinan yang kami akan sukar mendapatkan zuriat lagi.

“Tapi ye lah masih terlalu awal juga maka di sini saya ingin memohon jasa baik anda, doakanlah kandungan kami ini terpelihara kesihatannya. Kesian tengok Ace takde kawan & kesian tengok daddy muka dia tak diturunkan kepada sesiapa. Hahaha,”cerita Dr. Say.

Tahniah Dr. Say dan Dr. Azura! Team Mingguan Wanita doakan semoga kandungan sihat dan Dr. Saya sekeluarga  sentiasa dirahmati Allah. Amin.

Semoga kisah Dr. Say dan Dr. Azura yang tak pernah  give up berusaha mendapatkan zuriat menjadi inspirasi kepada pasangan di luar sana. Teruskan usaha dan berdoa, insya-Allah ada rezeki anak untuk kalian nanti. Amin.

Sumber: Instagram say_shazril

Isteri Hamil Anak Kedua “BEST FATHER’S DAY GIFT EVER!!!-Dr. Say
Seperti mak ayahnya, Ace juga diminati ramai.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI