Isteri Fizo hamil, umur Khaleeda baru 7 bulan. Maryam bakal punya dua adik. Tahniah diucapkabn buat Fizo Omar dan isteri kesayangan Fazeera Nazri.
Soal dapat anak adalah ketentuan Allah. Rezeki anak telah ditentukan sejak dari awal kejadian kita lagi. Dek kerana itu Fizo dan isterinya, Fazeera bersyukur dikurniakan rezeki hamil anak kedua.
Isteri Fizo baru saja melahirkan anak sulung mereka, Wan Khaleeda yang kini berusia 7 bulan.
Untuk rekod Fizo juga dikurniakan anak bernama Wan Maryam iaitu hasil perkahwinan pertama bersama usahawan, Mawar Karim.
Sememangnya murah rezeki pasangan ini apatah lagi dengan kehadiran cahaya mata ketiga tidak lama lagi.
Wan Khaleeda Bakal Jadi Kak Ngah
Pemilik nama sebenar Wan Hafizol Wan Omar telah berkongsi video di Instagram. Pada video tersebut memaparkan dia memeriksa perut anak keduanya, Wan Khaleeda kini berusia tujuh bulan, yang kembung angin.
Tiba-tiba, isterinya, Fazeera yang datang mendekati Fizo dan memaklumkan perutnya juga berasa tidak selesa.
“Ayang (sayang), perut saya tak selesa jugalah,” ungkap Fazeera menerusi video itu.
“Eh! Menendang. Ini tak ada ubat, kena tunggu sembilan bulan,” jawab Fizo.
Pada masa yang sama Fizo turut menyatakan Wan Khaleeda bakal menjadi ‘kak ngah’, manakala anak sulungnya, Wan Maryam akan mempunyai dua orang adik.
Menerusi ruangan komen ramai yang mengucapkan tahniah dan mendoakan agar isteri Fizo selamat melahirkan anak kedua mereka kelak.
Baca Disini : “Alhamdulillah Maryam Dah Ada Geng” Fizo Omar Kini Ayah Kepada Dua Puteri
Gigihnya Zaman Belajar, Fizo Omar Berniaga Sebab Nak Tampung Bayar Kancil Turbo RM180 Sebulan!
Sumber Foto : Instagram Fizo Omar dan isteri
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.